Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rong.ga] | بروڠݢ

Definisi : lubang, ruang; ~ bulu Mn liang bulu roma; ~ dada ruang dada; ~ hidung lubang hidung; ~ kayu lubang yg terdapat dlm kayu; ~ mata lubang tempat mata; ~ mulut ruang mulut; berongga berlubang, beruang: batu-bata yg ~; gelang itu ~, tidak padat; merongga menjadi rongga; meronggai ark menjadikan berongga pd. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rong.ga] | بروڠݢ

Definisi : 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok), gegambir, keranji, pasak perahu, pokok se­lubat jantan, temilang, Aglaia odoratissima; 2. sj tumbuhan (pokok), Chisocheton erythro­carpus; ~ jantan sj tumbuhan (pokok), kelumpang, perupuk, unting-unting, Sterculia parviflora. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rong.ga] | بروڠݢ

Definisi : lubang atau liang pd sesuatu: ~ hidung lubang hidung. berongga ada lubangnya; berlubang; berliang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rongga (kata nama)
Bersinonim dengan liang, lubang, ruang, gerong;,
Kata Terbitan : berongga,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDOMEN

Abdomen ialah rongga badan di antara toraks

(dada) dengan rongga pelvik. Dinding otot yang

kuat, dikenali sebagai diafram, memisahkan

abdomen dari toraks. Tetapi tidak ada struktur

yang memisahkan abdomen dari rongga

pelvik. Organ abdomen terdiri daripada perut, hati,

pankreas, usus, ginjal, kelenjar adrenal dan limpa.

Membran nipis yang dikenali sebagai peritoneum

melapisi seluruh rongga abdomen dan melitupi

kebanyakan organ abdomen.

UMUM 
SELOM

Selom ialah rongga badan yang terdapat pada

vertebrata dan invertebrata peringkat lebih tinggi.

Organ dalaman yang lembut, seperti hati, ginjal dan

perut, terampai dalam selom.

UMUM 
PERIODONTITIS

Periodontitis ialah penyakit gusi dan tulang

yang menyokong gigi dalam rongga masing-

masing. Ia juga dikenali sebagai pyorrhoea

alveolaris dan merupakan punca utama gigi

tercabut apabila seseorang melebihi usia 35 tahun.

UMUM 
PUMIS

Pumis ialah sejenis kaca asli berwarna putih

kekelabuan yang mempunyai banyak rongga halus.

Pumis merupakan bahan melelas, menggosok, dan

menggilap yang berharga sama ada dalam bentuk

serbuk dan juga sebagai batu pumis.

UMUM 
PERITONITIS

Peritonitis ialah keradangan peritoneum , iaitu

membran nipis yang melapisi rongga abdomen. Ia

merupakan sejenis penyakit yang boleh membawa

maut. Peritoneum boleh menjadi radang jika

diserang oleh bakteria atau direngsa oleh bahan

asing.

UMUM 
VOKALbunyi bersuara, yang apabila dikeluarkan, menyebabkan udara keluar terus-menerus dari paru-paru menerusi rongga mulut.BAHASAKonsep
EPITELIOMA

Epitelioma ialah sebarang tumor pada epitilium,

iaitu tisu yang melapisi rongga badan dan meliputi

permukaan badan dan organ dalaman.

UMUM 
TIMUS

Timus ialah satu organ leper berwarna merah

samar yang memainkan peranan penting dalam

sistem imun tubuh badan manusia. Ia terletak di

bahagian atas rongga dada di belakang tulang

dada dan memanjang ke bahagian bawah leher di

bawah kelenjar tiroid.

UMUM 
TERSEDU

Tersedu ialah pengambilan udara secara

mendadak dan tidak dapat dikawal yang

disebabkan oleh kekejangan diafragma. Diafragma

ialah otot yang besar, kuat, dan berbentuk kubah

yang terletak di bawah rongga dada. Ia mengecut

dan mengendur untuk membawa udara masuk ke

dalam paru-paru dan mengeluarkannya.

UMUM 
SOLITAIRE

Solitaire ialah sejenis permainan papan yang

berasal dari Perancis. Ia dimainkan oleh seorang

pemain sahaja dengan menggunakan pasak atau

guli sebagai buah dan sebuah papan kayu khas yang

mempunyai lubang atau rongga.

UMUM 
12

Kembali ke atas