Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.sa/] | روسق

Definisi : 1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak ber­aturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima yg telah ~ ingat­annya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll): jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama); ~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b) buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~ namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok; berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya); merosak mempunyai sifat dll yg meng­aki­bat­kan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~; merosaki selalu menjadikan rosak: binatang pe­­liharaan yg suka ~ tanamannya; merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; So­­crates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda; kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; perosakan perihal merosakkan; perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan; binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~ kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg mengganggu ke­aman­an, pengacau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.sa/] | روسق

Definisi : 1 sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah (bkn rumah dll): Rumahnya masih baru tetapi sudah ~ dimakan anai-anai. 2 ki busuk atau buruk (bkn buah-buahan dll): Buah-buahan itu banyak yg ~ dimakan ulat. 3 ki tidak dpt berjalan lagi (bkn kereta, enjin dll): Keretanya ~ lagi pagi ini. ~ binasa rosak sama sekali. ~ moral buruk tingkah laku. ~ nama mendapat nama yg tidak baik. merosakkan menjadikan atau menyebabkan rosak: Angin ribut yg kencang itu telah ~ beberapa banyak bangunan dan tanaman. kerosakan keadaan atau hal rosak: Kalau ada ~ pd alat-alat elektrik itu, beritahulah juruelektrik utk membaikinya. perosak 1 alat yg merosakkan atau yg membinasakan. 2 orang, binatang dll yg merosakkan: binatang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,

Puisi
 

Nasi masak sayur pun masak,
     Turun ke tanah memetik lada;
Hati rosak jantungku rosak,
     Rasa bekah dalam dada.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Rosak bawang ditimpa jambak.

Bermaksud :

Menjadi celaka kerana perbuatan (kawan, kaum dan sebagainya) sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perishable foodsmakanan mudah rosakMakanan dan PemakananMakananMakanan yang berisiko untuk cepat rosak dan mempunyai jangka hayat yang pendek jika tidak disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 4 °C atau lebih rendah, atau dibekukan pada suhu 0 °C atau lebih rendah. Contoh makanan mudah rosak adalah seperti daging, ikan, susu dan telur.
damaged jackjek rosakSukanTiadaJek yang rosak ketika perlawanan.
broken lettertaip rosakPerpustakaanTiada1. Mata huruf yang telah rosak dan tidak boleh memberi cetakan yang lengkap.
brokekertas rosakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKertas koyak atau rosak yang terhasil di sepanjang proses pembuatan kertas. Kertas lebihan ini biasanya dikumpulkan untuk dipulpa dan diproses semula.
perishable foodmakanan mudah rosakPentadbiran PerniagaanTiadaMakanan yang mudah rosak seperti ikan dan sayur-sayuran.
battered lettertaip rosakPerpustakaanTiadaSatu bentuk taip pada permukaan cetakan yang telah rosak.
bad lettermuka taip rosakPerpustakaanTiadaHuruf, abjad, atau rumus yang telah rosak.
fault-tolerant computerkomputer boleh terima rosakTeknologi MaklumatTiadaSistem komputer yang masih boleh beroperasi walaupun salah satu komponennya rosak.
failed element indicatorpenunjuk unsur rosakKejuruteraanTiadaPenunjuk yang diletakkan pada litar pendingin primer reaktor nuklear supaya dapat segera mengukur kepekatan hasil pembelahan mengesan unsur bahan api yang rosak.
cut-and-patch repairpembaikan potong dan cantumBiologiGenetikPembaikan DNA yang rosak dengan cara pemotongan bebenang yang rosak oleh enzim dan sintesis semula bahagian yang dibaiki itu oleh polimerase DNA dan akhirnya berlaku penyambungan oleh ligase DNA.
12345678910...

Kembali ke atas