Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.cing] | رونچيڠ

Definisi : 1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip): jarinya yg ~; bambu ~ buluh yg ditajamkan hujungnya (tombak drpd buluh); 2. ki genting atau memuncak, tegang (ke­adaan, perselisihan, dll): ketegangan antara Filipina dgn Malaysia bertambah ~; ~ tanduk bangkah kening prb sudah terkenal ke­ja­hatannya; meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, per­se­lisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~; meruncingkan 1. membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dll) supaya runcing: ranjau ialah buluh yg diruncingkan tajam; masing-masing dgn batang kayu yg di­pe­r­buat spt galah dan diruncingkan hujung­nya; 2. menyebabkan genting (suasana dll): maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dlm negeri; memperuncing mem­pertajam atau mem­perhalus (semangat, pen­dengaran, dll): dan diperuncingnya pen­dengarannya; ia ~ telinganya; keruncingan 1. perihal runcing; 2. ke­gen­tingan (keadaan, perselisihan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.cing] | رونچيڠ

Definisi : 1 makin ke hujung makin kecil dan tajam; lancip ke hujung: Pensel ini ~. Jarinya ~. 2 ki genting atau memuncak (bkn keadaan, perselisihan dll): Perselisihan antara kedua-dua negara itu bertambah ~. meruncing 1 berbentuk runcing; menjadi runcing: Benua India ~ ke selatan. 2 menjadi genting atau memuncak; menjadi tegang (bkn keadaan dll). meruncingkan 1 membuat supaya runcing. 2 menyebabkan genting atau tegang (bkn keadaan, suasana dll). memperuncing menjadikan lebih runcing. keruncingan 1 keadaan atau sifat runcing. 2 keadaan atau hal genting; kegentingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runcing (adjektif)
Bersinonim dengan rancung, lancip, tirus, cerucup, gonjong, loncos, merunjung, mengerucut, luncung, rancap;,
Kata Terbitan : meruncing, meruncingkan, keruncingan,

Peribahasa

Runcing tanduk bangkah kening.

Bermaksud :

Sudah terkenal jahatnya. bangkah kening = dahinya berbelang, tanda jahat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
levalois pointed toolsalatan runcing levaloisArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat batu berbentuk runcing yang dihasilkan melalui tiga tahap. Tahap pertama, repihan dilakukan di sekeliling bantuan inti. Tahap kedua, repihan dilakukan secara mendatar pada bahagian kiri dan kanan batu sehingga terdapat lurah dan tajam pada bahagian tepi. Tahap ketiga, batu akan dipangkas pada bahagian atas dan mengeluarkan repihan kecil yang berbentuk runcing, kemudiannya, dipangkas sekali lagi di tempat yang sama sehingga menghasilkan repihan berbentuk runcing yang lebih besar dan berlekuk. Bahagian lekuk ini diikat dengan kayu dan dijadikan sebagai pemegang.
pahat baji runcing (Baj., Sam.)pahat baji runcing (Baj., Sam.)KesenianTiadaAlat tera yang dibuat daripada logam dan hujungnya dibuat dalam pelbagai bentuk untuk membuat motif.
pointed morelmorel runcingPentadbiran PerniagaanTiadaMorel berkepala kon runcing, berwarna kelabu atau kelabu kekuningan yang mempunyai lekuk tetapi tidak sedalam atau sejarang morel.
conical morelmorel runcingPentadbiran PerniagaanTiadaMorel berkepala kon runcing, berwarna kelabu atau kelabu kekuningan yang mempunyai lekuk tetapi tidak sedalam atau sejarang morel.
palisade fencepagar kayu runcingLandskapTiadaSejenis pagar yang diperbuat daripada kayu bulat yang atasnya berbentuk runcing atau bulat. Sinonim palisade.
bick iron stakepancang runcingKesenianTiadaAlat yang bentuknya dan fungsinya seperti andas tetapi berkecil-kecil dan mempunyai hujung yang runcing.
acuteakut; tirus; runcingKimiaTiada1. Akut: Berkaitan penyakit, dan merujuk gejala, atau tanda yang amat jelas dan cepat selesai - sama ada sembuh atau membawa maut. 2. Berkenaan dengan keadaan tajam atau runcing.
gadpahat runcingKejuruteraanTiadaTiada
direct-spikeruncing terusKejuruteraanTiadaTiada
acuteakut; tirus; runcingFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas