Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Ayat seru yang manakah betul? 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada!1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! Kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa16.10.2012
1. rupa-rupanya dan rupanya kedua-dua perkataan ini adalah sama maksud atau tidak ? Boleh berikan penerangan tentang perkataan-perkataan tersebut ? 2. Kami memberikan ( tepukan yang gemuruh.) ATAU Kami memberikan (tepukan gemuruh.) Yang manakah satu ayat paling sesuai ? Mengapakah ? 3. Beliau ( menyeru kami agar )selalu bersenam. ATAU Beliau ( menyeru agar kami )selalu bersenam. Yang manakah satu ayat paling sesuai ? Mengapakah ? Terima kasih.1. Rupa atau rupanya bermaksud perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar, manakala rupa-rupanya bermaksud kiranya atau barangkali.
2. Kami memberikan tepukan yang gemuruh. 
3. Beliau menyeru kami agar selalu bersenam. Menyeru ialah kata kerja tak transitif dan mesti diikuti objek daripada kata nama/frasa nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa17.04.2012
Ayat yang manakah gramatis ? 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan ! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya ! 3. Tiga orang murid sedang makan makanan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum minuman di kantin. Terima kasih.Ayat yang gramatis: 1. Oh, rupa-rupanya Encik Borhan! 2. Oh, Encik Borhan rupa-rupanya! 3. Tiga orang murid sedang makan di bawah pokok. 4. Tiga orang murid sedang minum di kantin.Tatabahasa29.02.2012
1.____, kamu rupa-rupanya yang mengambil beg saya! 2._____, rupa-rupanya kamu yang mencuri pen saya! Apakah kata seru yang paling sesuai untuk ayat-ayat ini?Kata seru yang sesuai digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut ialah oh.Tatabahasa24.08.2013
Salam, Tuan,apakah ayat 1 di bawah mengandungi kesalahan? 1.Barulah saya tahu rupa-rupanya itulah kotak gear. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Barulah saya tahu rupanya itulah kotak gear" - rupanya bermaksud sebetulnya.Tatabahasa15.10.2011
"Obor-obor" (ejaan perkataan yang digunakan merata-rata) tiada dalam Kamus Bahasa Melayu - kerana rupa-rupanya, ejaan sebenarnya ialah "ubur-ubur". Tapi di bahagian Istilah MABBIM, perkataan "obor-obor" pula digunakan. Boleh beri pencerahan tentang ejaan ini? Terima kasih.Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1554 dan 2454):

obor-obor  ► ubur-ubur

ubur-ubur1 kata nama 
haiwan laut tidak bertulang belakang, berbadan lembut dan kebanyakannya lut sinar, bentuk badannya seperti payung yang terbuka, bersesungut terjurai ke bawah, dan sesetengah spesies mempunyai sengat yang beracun untuk menangkap mangsa dan mempertahankan diri;
sinonim: ampai-ampai; lambur;
Nama saintifik: Rhopilema esculenta

Kata padanan bagi jelly fish yang telah disepakati MABBIM juga pengesahan pakar bidang Perikanan, Sains Marin dan Geografi ialah ubur-ubur atau ampai-ampai.

Kami mengambil maklum tentang hal ejaan kata ini.
Ejaan24.05.2023
swafoto- Saya pernah tengok cerita Indonesia yang dibuat dalam dua tiga tahun lalu dan ada dialog swafoto. Tapi di Malaysia penggunaan swafoto saya kira agak baru juga. Oleh itu saya ingin tahu adakah ia asalnya daripada bahasa Indonesia? Jerayawara juga baru tahu daripada surat dari agensi kerajaan yang diterima. Rupa-rupanya ia sudah ada dalam kamus edisi keempat. Saya rasa perkataan yang lebih popular ialah jelajah dan jika menggunakan perkataan ini lebih tidak faham. Jika menggunakan perkataan jelajah adakah ianya tidak tepat?1. Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" merupakan awalan asing (sanskrit) yang bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya.

2. Perkataan jerayawara bermaksud persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dan sebagainya. Perkataan jerayawara lebih mengkhusus maksudnya berbanding perkataan jelajah yang bermaksud pergi berjalan ke merata-rata tempat (untuk menyelidik dan lain-lain).
Penyemakan dan penterjemahan09.04.2017

Kembali ke atas