Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : 1. yg satu-satunya, cuma, hanya, melainkan: tuan ~ yg dapat menolong saya; 2. selalu (demikian), terus (demikian): ia mengeluh ~; 3. juga (demikian), juga (begitu): muzik sama ~ mustahaknya dgn bahasa atau kesusasteraan; 4. barang ... pun, sebarang: apa ~; siapa ~; di mana ~; bila ~; 5. dgn mudah, dgn senang: disembelihnya ~ kijang yg tidak dapat berlari lagi itu; 6. -lah (sbg anjuran), lebih baik: makan ~ apa yg ada; 7. sangat (utk mengeraskan kata sebelumnya), sekali: mudah ~ mengalahkan orang itu; 8. sememangnya, memang: ~ sebenarnyalah pekerjaan spt titah duli tuanku itu; 9. sengaja, dgn niat sendiri: ~ aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; 10. spt biasa (tidak ditambah-tambah): dgn mata ~ dapat dilihat bintang itu; ~ bahasan prb sudah menjadi kebiasaan; bersahaja, bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pe­ngaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; kebersahajaan sifat atau keadaan bersahaja: ~nya menyampaikan ceramah itu menarik perhatian pendengar; menyahaja sl melakukan sesuatu dgn sengaja: bukan disahaja sebab akal budak; menyahajakan 1. menyederhanakan, memu-dahkan; 2. melakukan dgn sengaja; kesahajaan perihal sahaja, kesederhanaan; persahajaan perihal bersahaja; saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : 1 memang demikian (ke­adaannya dll); sudah sememangnya: Jika layu rumput di halaman Yang Dipertuan, ~ spt titah yg maha mulia itu patik kerjakan. 2 tidak perlu ditokok atau ditambah; apa-apa yg ada: Dgn mata kasar ~ pun, kita dpt melihatnya dgn jelas. Makin ~, makin elok parasnya. 3 dgn sengaja; dgn rela hati; tidak dipaksa-paksa: ~ aku sembahyang subuh, dua rakaat tunai kerana Allah Taala. bersahaja dgn apa-apa yg ada; tidak berlebih-lebih; sederhana: pakaian yg ~; hidup ~. menyahajakan melakukan sesuatu dgn sengaja. mempersahajakan men­­jadikan bersahaja (sederhana); me­mudahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,

Puisi
 

Pinang muda sedang dicacak,
     Cacak sahaja di dalam cawan;
Orang muda sedang berkacak,
     Kacak sahaja belum melawan.


Lihat selanjutnya...(35)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekahalamempunyai satu hala sahajaKamus Dewan Perdana
mengekor-ekormengikut sahaja berulang kali sst yg dilakukan oleh orang lainKamus Dewan Perdana
ekaarahberoperasi dlm satu arah sahajaKamus Dewan Perdana
egosentrikterlalu mementingkan kemahuan diri sendiri sahaja dan tidak menghiraukan perasaan atau keperluan orang lainKamus Dewan Perdana
empat mata(bertemu, berbincang dsb) berdua-duaan sahajaKamus Dewan Perdana
ekolaliakecenderungan mengulangi kata-kata yg baru sahaja dituturkan oleh sso secara spontan disebabkan kerosakan otak, terencat akal dan penyakit mentalKamus Dewan Perdana
ekasikalalat yg berfungsi spt basikal tetapi mempunyai satu roda sahaja, biasanya digunakan utk beriadah, pertunjukan akrobatik, sarkas dllKamus Dewan Perdana
egosentrismesifat atau sikap terlalu mementingkan kemahuan diri sendiri sahaja dan tidak menghiraukan perasaan atau keperluan orang lainKamus Dewan Perdana
eksoterik(bkn sst perkara atau pengetahuan) dapat diketahui atau difahami oleh sesiapa sahajaKamus Dewan Perdana
berekabahasabertutur dlm satu bahasa sahaja, iaitu bahasa ibundanyaKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas