Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : 1. yg satu-satunya, cuma, hanya, melainkan: tuan ~ yg dapat menolong saya; 2. selalu (demikian), terus (demikian): ia mengeluh ~; 3. juga (demikian), juga (begitu): muzik sama ~ mustahaknya dgn bahasa atau kesusasteraan; 4. barang ... pun, sebarang: apa ~; siapa ~; di mana ~; bila ~; 5. dgn mudah, dgn senang: disembelihnya ~ kijang yg tidak dapat berlari lagi itu; 6. -lah (sbg anjuran), lebih baik: makan ~ apa yg ada; 7. sangat (utk mengeraskan kata sebelumnya), sekali: mudah ~ mengalahkan orang itu; 8. sememangnya, memang: ~ sebenarnyalah pekerjaan spt titah duli tuanku itu; 9. sengaja, dgn niat sendiri: ~ aku mengerjakan umrah dan ihram dengannya kerana Allah Taala; 10. spt biasa (tidak ditambah-tambah): dgn mata ~ dapat dilihat bintang itu; ~ bahasan prb sudah menjadi kebiasaan; bersahaja, bersahaja-sahaja 1. sederhana (pakaian dll), tidak ditokok tambah (dihiasi dll), tidak secara berlebih-lebihan, biasa: perayaan yg ~; 2. sewajarnya, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksakan dsb): watak-watak kelihatan hidup, bertindak mengikut pe­ngaruh sekitar yg melingkunginya sehingga pertentangan yg ada menjadi ~ dan meyakin-kan; 3. dlm keadaan kuno, primitif: mereka itu dapat hidup di tengah-tengah rakyat yg masih ~ dlm hutan; kebersahajaan sifat atau keadaan bersahaja: ~nya menyampaikan ceramah itu menarik perhatian pendengar; menyahaja sl melakukan sesuatu dgn sengaja: bukan disahaja sebab akal budak; menyahajakan 1. menyederhanakan, memu-dahkan; 2. melakukan dgn sengaja; kesahajaan perihal sahaja, kesederhanaan; persahajaan perihal bersahaja; saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ha.ja] | سهاج

Definisi : 1 memang demikian (ke­adaannya dll); sudah sememangnya: Jika layu rumput di halaman Yang Dipertuan, ~ spt titah yg maha mulia itu patik kerjakan. 2 tidak perlu ditokok atau ditambah; apa-apa yg ada: Dgn mata kasar ~ pun, kita dpt melihatnya dgn jelas. Makin ~, makin elok parasnya. 3 dgn sengaja; dgn rela hati; tidak dipaksa-paksa: ~ aku sembahyang subuh, dua rakaat tunai kerana Allah Taala. bersahaja dgn apa-apa yg ada; tidak berlebih-lebih; sederhana: pakaian yg ~; hidup ~. menyahajakan melakukan sesuatu dgn sengaja. mempersahajakan men­­jadikan bersahaja (sederhana); me­mudahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,

Puisi
 

Pinang muda sedang dicacak,
     Cacak sahaja di dalam cawan;
Orang muda sedang berkacak,
     Kacak sahaja belum melawan.


Lihat selanjutnya...(35)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
onlyadv 1. no one or nothing more than, /hanya, cuma/ (sahaja), sahaja, saja: he has ~ one child, dia mempunyai hanya seorang anak; there are ~ three left, hanya tinggal tiga sahaja; I can ~ tell you what I know, saya hanya dapat memberitahu tuan apa yg saya tahu sahaja; the position is open to graduates ~, jawatan itu ditawarkan kpd siswazah sahaja; ~ a miracle can save him, hanya kejadian yg ajaib saja yg boleh menyelamatkannya; he was ~ joking, dia hanya bergurau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
only2. (when talking about merely a part or sample of st), /hanya, cuma/ (sahaja), sahaja, saja: ~ the front part of the house is damaged, hanya bahagian hadapan rumah itu sahaja yg rosak; these are ~ some of the methods used to extract information, ini hanyalah sesetengah drpd kaedah yg digunakan utk mendapatkan maklumat; 3. (emphasizing that st happened surprisingly recently) baru (saja); (with “recently”) sahaja, saja: I was told about it ~ yesterday, baru semalam saya diberitahu ttg perkara itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
only4. (used to indicate that the result of st is undesirable, unfortunate), /hanya, cuma/ (sahaja), sahaja, saja: you will ~ make things worse, kamu hanya akan memburukkan lagi keadaan; don’t say anything now; it will ~ make him angrier, jangan kata apa-apa sekarang; itu hanya akan membuat dia lebih marah; 5. (used to emphasize o’s hope, prayer, etc), /hanya, cuma/ dapat: I ~ hope he will not divulge our secret to the press, saya hanya dapat berharap dia tdk akan membocorkan rahsia kita kpd pihak akhbar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
negligibleadj sedikit sahaja; (of error) kecil sahaja: it costs a ~ sum, harganya sedikit sahaja; the dangers are ~, mara bahaya itu sedikit sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aloneadj & adv 1. on o’s own, (of person) seorang sahaja; (implying independence) seorang diri (sahaja), sendirian; (of animal) /satu, seekor/ sahaja; (of things), (/satu, sebuah/) sahaja: you are not ~ in that opinion, bukan kamu seorang sahaja yg berpendapat begitu; Hamid remained ~ in the shop, Hamid tinggal seorang diri di kedai; my father lives ~, bapa saya hidup sendirian; his house stands ~ on the hill, hanya rumahnya sahaja yg di atas bukit itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alonec. only, /hanya, cuma/... (sahaja); (of person) /hanya, cuma/... (seorang sahaja): God ~ knows what happened, hanya Tuhan sahaja yg tahu apa yg terjadi; of the hundreds of invitees, I ~ did not reply, drpd beratus-ratus orang yg diundang, hanya saya seorang sahaja yg tdk menjawab;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
onlyadj 1. (of child) sole, tunggal: an ~ child, anak tunggal; 2. the best, satu-satunya: she is our ~ hope, dialah satu-satunya harapan kami; pure wool is the ~ thing for warmth, satunya-satunya kain utk menahan sejuk ialah bulu biri-biri yg tulen; 3. alone of its kind, /hanya, cuma/...sahaja, sahaja: this is the ~ example I can give you, hanya inilah sahaja contoh yg dapat saya berikan or inilah sahaja contoh yg dapat saya berikan; you’re the ~ one who knows, hanya kamu sahaja yg tahu; we were the ~ people there at the time, kami sahaja yg berada di situ pd waktu itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
barelyadv 1. only just, baru (sahaja): he had ~ sat down when the telephone rang, dia baru sahaja duduk apabila telefon itu berdering; he died when he was ~ thirty, dia meninggal dunia sewaktu baru berusia 30 tahun; ~ enough, cukup-cukup (sahaja): there is ~ enough food for a week, bekalan makanan cukup-cukup sahaja utk seminggu; there is ~ enough time to get to the airport, masa cukup-cukup sahaja utk sampai ke lapangan terbang; 2. hardly, scarcely, hampir tdk: the old man was so shocked that he could ~ speak, orang tua itu begitu terkejut sehingga hampir tdk dapat berkata-kata; the room was ~ furnished, bilik itu hampir tdk ada perabotnya; ~ alive, hampir-hampir mati, tinggal nyawa-nyawa ikan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
idlyadv in a casual, superficial manner, sahaja: he lay ~ on the beach for hours, berjam-jam dia berbaring-baring sahaja di pantai; they talked ~, mereka berbual-bual sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
esotericadj (fml) difahami oleh beberapa orang sahaja: ~ language, bahasa yg difahami oleh beberapa orang sahaja; his poetry has always been ~, puisinya memang difahami oleh beberapa orang sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas