الصحيحان | dua kitab ṣaḥīḥ | Agama Islam | Hadith | Ṣaḥīḥ Bukhariy dan Ṣaḥīḥ Muslim. |
حسن الصحيح | Ḥadīth ḥasan ṣaḥīḥ | Agama Islam | Hadith | 1. Ḥadīth yang mempunyai lebih daripada satu sanad, di antaranya ḥasan atau ṣaḥīḥ. 2. Ḥadīth yang mempunyai dua sanad, ḥasan dan ṣaḥīḥ. |
authoritative edition | edisi sahih | Perpustakaan | Tiada | Teks sahih yang terakhir daripada karya-karya lengkap yang telah disahkan mengikut apa yang diharapkan oleh pengarang. |
authoritative | sahih | Sejarah | Tiada | Sesuatu yang bersifat benar dan sahih kerana berasal dari sumber yang boleh dipercayai. |
صحيح غريب | ṣaḥīḥ gharīb | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth gharīb sanadnya ṣaḥīḥ. |
صحيح الاسناد | sanad ṣaḥīḥ | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang sanadnya ṣaḥīḥ. |
authoritative | sahih/autoritatif | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sifat sesuatu sumber atau perkara yang diakui ketepatan, kebenaran atau kepastiannya. Dalam konteks pentadbiran awam, autoritatif berkait rapat dengan sesuatu peraturan, keputusan, tindakan, maklumat atau perintah. Contohnya, keputusan yang sahih adalah keputusan yang dibuat melalui mesyuarat atau arahan pihak atasan secara bertulis. Tindakan yang sahih pula ialah tindakan yang dibuat berdasarkan arahan dan undang-undang. |
صحيح لغيره | ṣaḥīḥ lighayrihi | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth ḥasan lidhātihi yang ditingkatkan ke darjat ṣaḥīḥ melalui sanad yang lain yang sama atau lebih kuat. |
real gas | gas sahih | Kimia | Tiada | Gas yang tidak menunjukkan gas ini gas unggul. Molekul gas ini mempunyai saiz yang tertentu dan terdapat daya tarikan di antara molekul-molekulnya. Misalnya, CO2, dan NH3. Gas sahih mematuhi hukum gas pada tekanan rendah dan suhu tinggi. Bgd. gas unggul. Sin gas tak sempurna. |
‘aqd sahih | akad sah | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh dua pihak yang sempurna rukun dan syaratnya. Contohnya, akad jual beli harta yang dibenarkan oleh syarak dan sah pemilikan harta dengan bayaran. |