Peribahasa

Dilumas dengan daun katang-katang.

Bermaksud :

Sangat marah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai diurap dengan daun katang-katang, b. Beruras katang-katang).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
non-verbal behaviortingkah laku bukan lisanPsikologiPsikologi UmumSebarang bentuk tingkah laku yang berupa bahasa gerak-geri, sentuhan, ekspresi muka atau gerak isyarat yang dipamerkan sewaktu berkomunikasi. Contohnya, mempamerkan muka marah menunjukkan perasaan individu yang sangat marah.
intensitykeamatanKesusasteraanPuisiKeadaan yang amat sangat, dan bersungguh-sungguh dalam mencitrakan sesuatu imej, seperti imej alam, imej manusia dan sebagainya. Keadaan ini boleh meninggalkan pelbagai kesan seperti sedih, marah dan simpati kepada khalayak apabila puisi itu dideklamasikan. Sinonim intensiti.
limbic systemsistem limbikPsikologiPsikologi UmumBahagian atau gugusan tisu otak yang terdiri daripada struktur penting seperti hipotalamus, talamus, badan mamilari, girus singulata, hipokampus dan amigdala. Sistem limbik dianggap sebagai pangkal primitif otak yang sangat berkait dengan kelahiran emosi manusia dan haiwan. Sistem ini berfungsi sebagai pusat emosi dan motivasi, marah, takut, respons seksual dan bangkitan yang tinggi.

Kembali ke atas