Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.si] | سڠسي

Definisi : = bersangsi (berperasaan) ragu-ragu, syak: mereka berasa ~ adakah perubatan itu akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya; menyangsikan menaruh syak akan, meragu-ragui: mengapa pula kita mesti ~ per-hubungan mereka? kesangsian perihal sangsi, keragu-raguan: tindakan masih belum tegas, masih penuh diselubungi ~; penyangsi (orang yg) selalu sangsi, (orang yg) tidak mudah percaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.si] | سڠسي

Definisi : IB 1. pengakuan sudah sah (diluluskan dll), perbuatan meluluskan, pengesahan (oleh parlimen dll); 2. tindakan (kuasa dll) utk memaksa orang menepati perjanjian dll; 3. tindakan dlm hal ekonomi dll sbg hukuman terhadap sesuatu negara (spt pemulauan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.si] | سڠسي

Definisi : berasa bimbang atau berasa ragu-ragu: Saya masih ~, adakah dia betul-betul mahu menyertai syarikat kita. menyangsikan 1 berasa sangsi terhadap; meragui: Dia masih ~ kejujuran saya. 2 menimbulkan rasa sangsi atau rasa ragu-ragu; membimbangkan; me­ragu­kan: Tingkah lakunya yg aneh itu ~ saya. kesangsian keadaan atau rasa sangsi; keraguan. penyangsian perbuatan, hal dsb sangsi atau me­nyangsikan. penyangsi (orang yg) selalu atau mudah sangsi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sangsi (adjektif)
Bersinonim dengan ragu-ragu, syak, curiga, was was, bimbang, khuatir, kurang yakin, bingung, harap cemas, terbata-bata, walang hati, gelisah, selempang;,
Kata Terbitan : menyangsikan, kesangsian, penyangsi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
homophonehomofonKesusasteraanPuisiPenggunaan yang sama pertuturannya namun berlainan ejaan, dan ertinya pun berbeza. Contohnya, perkataan sangsi dengan sanksi. Kedua-duanya apabila dilafazkan berbunyi sangsi, namun bila dilihat dari segi erti sanksi bermakna ancaman hukum sedangkan sangsi adalah ragu-ragu.
benefit of the doubtfaedah kesangsianUndang-undangTiada1. Faedah yang diberikan kepada yang dituduh apabila terdapat keadaan dan kenyataan yang menimbulkan keraguan kerana mempunyai dua interpretasi, satu memihak pendakwa, sementara yang satu lagi menyokong pihak pembela.,2. Faedah yang diberikan apabila wujud keraguan supaya keperluan dipenuhi, kepentingan dipelihara, dan faedah atau manfaat diperoleh.,3. Tolak ansur atau konsesi untuk menganggap bahawa seseorang itu tidak bersalah, apabila sangsi atau waswas kerana kekurangan bukti atau keterangan atau kenyataan.

Kembali ke atas