Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = bersangsi (berperasaan) ragu-ragu, syak: mereka berasa ~ adakah perubatan itu akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya; menyangsikan menaruh syak akan, meragu-ragui: mengapa pula kita mesti ~ per-hubungan mereka? kesangsian perihal sangsi, keragu-raguan: tindakan masih belum tegas, masih penuh diselubungi ~; penyangsi (orang yg) selalu sangsi, (orang yg) tidak mudah percaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sangsi (adjektif)
Bersinonim dengan ragu-ragu, syak, curiga, was was, bimbang, khuatir, kurang yakin, bingung, harap cemas, terbata-bata, walang hati, gelisah, selempang;,
Kata Terbitan : menyangsikan, kesangsian, penyangsi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Aidilfitri, Lim Huat berasa _______ untuk meminjam wang daripada abangnya A. takut B. gerun C. segan D. sangsi Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah C. segan.Tatabahasa20.08.2013
Adakah perkataan syakwasangka dipakai.?.dan bagaimana ejaannya?Ejaan yang betul ialah syak wasangka yang bermaksud rasa tidak percaya, sangsi. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=syak+wasangkaEjaan06.12.2015
kesangsian

Saudara Loh,

Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun, sekiranya makna perkataan diperlukan, perkataan ini bermakna  perihal sangsi, keragu-raguan. Sila rujuk kamus Dewan Edisi Keempat.

Lain-lain11.06.2009
1. Apakah maksud " berwas-was " ? 2. Ali "memadam" papan hitam atau " memadamkan " papan hitam ? Manakah satu jawapan betul ? Terima kasih..

1. Waswas ialah ejaan yang betul dan maksudnya ialah perasaan sangsi atau curiga terhadap sesuatu.

2. Frasa yang betul ialah Ali memadam papan hitam.

Makna08.04.2010
1. Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap berasa "berwas-was" untuk membuka pintu pada waktu larut malam. Bolehkah saya menggunakan "berwas-was" dalam ayat ini ? Adakah perkataan ini betul ? 2. Apakah maksud " berpancing" ? Boleh berikan ayat contoh. Terima kasih.

1. Waswas bermaksud (perasaan) sangsi, (perasaan) curiga, dan khuatir; oleh itu, ayat yang betul ialah "Sekalipun dia kenal sangat suara itu, dia tetap was-was untuk membuka pintu pada waktu larut malam."

2. Tidak ada kata terbitan berpancing, yang ada memancing, pemancing, terpancing dan sebagainya. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna setiap perkataan tersebut dan contoh penggunaannya.

Tatabahasa01.04.2010

Kembali ke atas