Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
frasa sebaik sahaja atau sebaik saja atau sebaik-baik sahaja atau sebaik-baik saja. yang mana lebih tepat? bolehke frasa sebaik saja digunakan sebagai penanda wacana atau sebaik-baik saja lebih tepat?Frasa yang paling tepat ialah sebaik-baik sahaja.Tatabahasa20.10.2010
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih.1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat )
Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal.
2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat)
3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat)
4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT)
5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT)
6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain.
7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat)
Tatabahasa13.08.2012
1)mencolok mata atau menjolok mata? 2)serbaneka atau serba aneka? 3)sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja?

Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok mata antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.

Serbaneka atau serba aneka kedua-duanya boleh digunakan.

Sebaik sahaja atau sebaik-baik sahaja kedua-duanya juga, boleh digunakan bergantung pada konteks ayat.

Tatabahasa29.09.2012
Kek itu mengembang sebaik sahaja dikeluarkan dari ketuhar. (Adakah ayat di atas betul?Saya berpendapat bahawa kata kerja "mengembang"yang digunakan tidak sesuai)

Saudara,

Perkataan mengembang dalam ayat itu sesuai  digunakan.

Tatabahasa07.07.2010
7. Lagu kebangsaan berkumandang di langit sebaik sahaja selesainya upacara tersebut. Tiada kesalahan. munsyi, adakah di langit salah? TQ adakah ayat ini gramatis?Penggunaan yang lazim digunakan ialah 'berkumandang di udara'. Ayat itu tidak gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa sebagai panduan membina ayat dengan gramatis.Tatabahasa11.03.2012
Tuan, a)Apakah jawapan paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah? 1.Beberapa ekor ikan yang berjaya disauk oleh Buar _______ sebaik sahaja dimasukkan ke dalam baldi. A. menggelupur B menggelegar C menggelepar D. menggeletik 2. Mina menulis surat kepada abangnya untuk menceritakan ________ keluarga mereka di kampung. A. perihal B perkara b) Apakah perbezaan penggunaan "perihal " dan "perkara"? Terima kasih.
Cadangan jawapan yang betul ialah:

1. .Beberapa ekor ikan yang berjaya disauk oleh Buar menggeletik sebaik sahaja dimasukkan ke dalam baldi.

2.   Mina menulis surat kepada abangnya untuk menceritakan hal keluarga mereka di kampung.

Untuk membantu tuan/puan mendapatkan maklumat yang lebih jelas, tuan/puan  boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.
Tatabahasa14.10.2020
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'merecup' sesuai digunakan pada masa kini? Adakah perkataan ini kerap digunakan? Contohnya dalam ayat, "Sebaik sahaja salji mencair pada musim bunga, ia pun mula merecup subur." Terima kasih.Dalam Korpus DBP terdapat 18 penggunaan perkataan "merecup" dan lazimnya penggunaan perkataan ini dalam bidang Kesusasteraan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh membuat rujukan di sini http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/Search2.aspxMakna07.10.2015
1. Bagaimanakah dapat membezakan antara kata sendi "untuk" , "demi" dan "bagi". Harap dapat penjelasan.Untuk dan bagi membawa maksud yang sama, iaitu guna, bagi, buat; demi = sebaik sahaja, pada ketika, kerana, untuk.Tatabahasa04.08.2008
Saya ingin mencari semula buku-buku teks komponen sastera yang terdahulu (2000 - 2009). Di mana saya boleh dapatkan buku tersebut? Apa yang terjadi kepada kesemua salinan buku teks di seluruh negara sebaik sahaja buku teks KOMSAS ditukar pada 2010?Dalam hal yang tuan nyatakan ini, kami sarankan tuan merujuk Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain18.09.2013
1.Pihak polis telah berjaya mengumpul pelbagai maklumat sebaik sahaja kejadian itu disiarkan melalui akhbar. tuan, jawaban ialah sebaik salah, apakah pandangan munsyi? TK 2Puan Intan sering teringat-ingat peristiwa kebakaran yang telah memusnahkan rumahnya dulu. tuan, jawaban yang tiada kesalahan, tetapi saya sepatutnta teringat-ingat akan, apakah pandangan tuan? TK1. Sebaik juga bermaksud sebaik-baik, namun lazimnya kita menggunakan perkataan sebaik-baik dalam konteks ayat tersebut. Lihat Kamus Dewan untuk melihat maknanya.
2. Frasa yang betul ialah "teringat-ingat akan".
Tatabahasa20.02.2013
12345

Kembali ke atas