Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas _____ menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang. A. dan B. lalu C. sambil D. hingga Apakah jawapan yang betul ? | Jawapan yang betul ialah C. sambil Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas sambil menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang. | Lain-lain | 16.12.2021 |
Adakah (meminta) sepatutnya menggunakan kata sendi (daripada)? Contohnya: meminta sedekah daripada seseorang ,meminta kebenaran daripada ibu dsb Jadi, meminta maaf (daripada/ kepada)? Merujuk kepada lampiran fail ,kamus dbp ada menggunakan meminta maaf kepadanya. | Frasa yang betul ialah "meminta sedekah/maaf daripada". | Tatabahasa | 30.07.2014 |
Selamat petang, saya nak tanya soalan ini hendak pilih jawapan yang mana satu? Saya tak pasti jawapannya ialah lalu atau sambil. Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas __________menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang. A. dan B. lalu C. sambil D. hingga Terima kasih untuk jawab soalan saya. | Jawapan untuk soalan tersebut ialah C. “sambil”. Peminta sedekah itu duduk di atas jejantas “sambil” menadah tangan meminta simpati orang yang lalu-lalang. | Lain-lain | 31.12.2021 |
Assalamualaikum. Penuntut ilmu agama Islam memberi (hadiah/sumbangkan/ sedekah) ilmu kepada orang jahil. Ketiga-tiga perkataan boleh digunakan? | Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk melihat perbezaan dan persamaan makna antara ketiga-tiga perkataan tersebut. Kami mencadangkan ayat tersebut diubah (tetapi mengekalkan amksudnya) menjadi "orang yang berilmu bertanggungjawab mengajarkan ilmu yang dipelajarinya kepada orang lain". | Tatabahasa | 21.04.2014 |
salam sejahtera Saya hendak bertanya, kami sekuarga dan keluarga saya tergolong sebagai kata ganti nama diri pertama atau ketiga? Bagaimana menjawab soalan penukaran ayat aktif kepada ayat pasif bagi soalan berikut: a. Kami sekeluarga memberikan sedekah kepada pengemis di kawasan itu. b. Keluarga saya telah memperoleh topeng muka yang diberikan oleh pihak kerajaan. | Kami sekeluarga dan keluarga saya ialah kata ganti diri pertama jamak. Ayat pasif: 1. Pengemis di kawasan itu diberikan sedekah oleh kami sekeluarga. 2. Topeng muka yang diberikan oleh pihak kerajaan telah diperoleh keluarga saya. | Tatabahasa | 12.06.2020 |
Memohon Khidmat Nasihat Tanda Baca | Hadis Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasullah SAW bersabda, "Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu; 1. sedekah jariah 2. ilmu yang dimanfaatkan, dan 3. anak soleh yang mendoakannya." | Tatabahasa | 25.09.2014 |
apakah beza melintas dengan melintasi? | perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut; melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll), mengatasi; | Tatabahasa | 20.10.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya nak tanya apakah perbezaan bagi geran dan dana? Terima kasih. | Salam, Geran bermaksud surat hak atau tanda milik. Contoh surat hak milik tanah. Manakala dana pula kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan, atau pemberian, sedekah, derma dsb.
| Makna | 26.06.2015 |
Salam sejahtera. Saya memerlukan khidmat tuan/puan dalam memberikan pencerahan tentang perbezaan dari segi konteks pengguna dan prosedur yang berkaitan : i. memohon sumbangan vs memohon taja ii. memohon sumbangan vs memohon derma iii. bagi perkara (i) & (ii), yang manakah memerlukan prosedur kelulusan daripada pihak berkuasa? Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, i. Taja bermaksud membiayai rancangan radio atau televisyen sebagai ganjaran masa tayangan iklan. Sumbangan bermaksud sesuatu yang diberikan sebagai bantuan. Derma bermaksud bantuan yang berupa wang atau pemberian yg ikhlas, sedekah. ii. Soalan tuan sudah keluar daripada bidang kepakaran kami iaitu perkhidmatan bahasa dan sastera. Mohon tuan dapat mengajukan soalan tersebut kepada pihak yang lebih arif. Sekian, terima kasih. | Istilah | 28.10.2017 |
Selamat sejahtera.Nak tanya,apakah perbezaan antara ukhuwah dengan silaturahim? | Makna kata ukhuwah dan silaturahim ialah seperti yang berikut: ukhuwah kata nama perhubungan sebagai saudara; persaudaraan: Contoh penggunaan Masjid bukan hanya menjadi tempat kita mengabdikan diri kepada Allah, tetapi tempat mempererat ukhuwah sesama kita. Manusia yang baik ialah manusia yang dapat menjalin dan mempererat ukhuwah antara sesama manusia. ukhuwah Islamiah persaudaraan dalam Islam; silaturahim kata nama 1 hubungan persaudaraan melalui kekeluargaan dan perkahwinan: Contoh penggunaan Janganlah kamu memutuskan silaturahim dengan keluarga kalian, sekalipun mereka menyakitimu. 2 hubungan persaudaraan antara orang-orang Islam: Contoh penggunaan Sedekah dapat mengeratkan silaturahim sesama umat Islam. Daripada takrif tersebut dapatlah diketahui perbezaan dan persamaan makna kata tersebut. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). | Makna | 03.12.2023 |