Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.de.kah] | صدقه

Definisi : 1. pemberian kpd fakir miskin dll (dgn ikhlas): orang memberi ~ kpd fakir bukan utk mendapat pahala; teringat saya akan duit ~ tahlil arwah ayah; 2. kenduri (minta selamat dll): tujuh malam kami membaca Kulhuwallah di madrasah sbg ~ kami kpd roh Ungku Sahrin; 3. jamuan (makanan, bunga-bungaan, dll) utk orang halus (penunggu, hantu, dll); ~ arwah kenduri utk memperingati arwah; ~ bumi kenduri (tanda bersyukur) sesudah menuai; ~ kubur a) kenduri selepas menge-bumikan mayat; b) sedekah yg di­berikan kpd orang-orang yg ada di kubur (pembaca talkin, penggali kubur, dll); bersedekah 1. memberi sedekah (hadiah, derma): ~ ialah satu drpd amal kebajikan; 2. berkenduri serta berdoa (moga-moga selamat, sentosa, dll): orang akan berdoa, ~ sedikit, akan melepaskan ia berjalan ke perantauan; menyedekahi 1. memberi sedekah kpd: aku tidak sudi ~ orang pemalas; 2. mengadakan kenduri utk: ia ~ arwah anaknya; menyedekahkan memberikan sesuatu utk sedekah, mendermakan: maka sekalian harta itu disedekahkan kpd segala fakir dan miskin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.de.kah] | صدقه

Definisi : apa-apa yg diberikan kpd orang (biasanya kpd orang-orang miskin) dgn hati yg tulus ikhlas. bersedekah mengeluarkan atau memberikan sede­kah. menyedekahi memberikan sede­kah kpd: ~ orang-orang miskin. menye­dekahkan memberikan se­suatu sbg sedekah: Dia ~ wang lima puluh sen kpd pengemis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedekah (kata nama)
1. Bersinonim dengan sumbangan: derma, bantuan, fitrah, dana, khairat, kebajikan, hadiah, pemberian,

2. Bersinonim dengan kenduri: selamatan, lat, jamuan, moreh, selapanan, belota, bewah, tolak bala, hol, tambul, tambur, pesta,

Kata Terbitan : bersedekah, menyedekahi, menyedekahkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sedekah JariahTiadaUtusan Zaman25.08.1985
SedekahTiadaUtusan Zaman25.11.1984
SedekahZahari HasibMingguan Malaysia16.11.2003
DBP: Sedekah seks tidak sesuai diungkap-Utusan Malaysia29.09.2008
Pahala, sedekah diutarakan dalam 'Kepulangan'Daniel Jebon JanaunBorneo Mail18.06.1995
Puisi SedekahZahari HasibUtusan Zaman15.01.1995
Peminta SedekahGoh TeckSin Chew Jit Poh12.11.1980
Penulis2 sedekah fatihah kepada Allahyarhamah Siti ZahrahS. EkhsanBerita Harian25.06.1974
Bahasa Melayu peminta sedekah di Sarawak?Idris BoiUtusan Borneo21.05.1996
"Kita jangan jadi peminta sedekah"Aziz TalibBacaria14.03.1987
12

Kembali ke atas