Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supportsokongSukanTiada1. Sokong: Bersip sedia untuk memberi bantuan sokongan semasa atlet melaksanakan sesuatu unsur.
paraphraseparafrasaMuzikTiada1. Karya polifoni abad ke-14 hingga abad ke-16 yang mengandungi petikan melodi yang dipinjam dan diubah suai daripada melodi sedia ada seperti canta. Contohnya, Missa Pange Lingua oleh Josquin de Prez (sekitar tahun 1450-an hinggatahun 1521). 2. Karya instrumental yang melibatkan teknik bermain vir-tuoso pada Zaman Romantik yang berasaskan melodi po­pular yang sedia ada seperti melodi daripada sebuah opera atau karya lain. Contohnya, Totentanz: Paraphrase uber das Dies irae (1849) untuk piano dan orkestra oleh Liszt.
bolusbolusVeterinarTiada1. Bahan yang berbentuk hampir spera yang berukuran 3-6 cm panjang dan 1 cm diameter yang terdiri sama ada makanan, ubat-ubatan atau bekalan mineral untuk ternakan terutamanya haiwan ruminan. 2. Bebola makanan yang telah dikunyah dan bercampur dengan air liur yang sedia untuk ditelan. Bebola ini boleh berupa kaca yang melarut dengan perlahan yang mengandungi kuprum, selenium dan kobalt sebagai sumber pelengkap mineral surih. Selalunya mineral surih ini digabungkan dengan natrium, fosforus, kalsium dan magnesium oksida dan boleh membekalkan kesemua unsur ini bagi tempoh 12 bulan. Kadang-kadang alat ini ditambah dengan bahan lain seperti ubat untuk mengawal jangkitan parasit.
addtambahMatematikTiada1. Melakukan operasi membanyakkan atau mempertingkatkan kuantiti yang sedia ada, biasanya disimbolkan dengan +.
continuationperselanjaran; sambunganPerpustakaanTiada1. Karya yang dihasilkan sebagai tambahan kepada karya yang telah sedia diterbitkan.,2. Bahagian sesebuah serial, siri atau buku yang dikeluarkan secara berterusan.
academic aptitudekecenderungan akademikPendidikanTiada1. Berkeupayaan menyelesaikan masalah yang abstrak secara intelek. 2. Kebolehan yang sedia ada dan diperoleh melalui pembelajaran yang diperlukan untuk kejayaan dalam situasi persekolahan. 3. Gabungan ciri peribadi dan tingkah laku yang diperlukan untuk kejayaan dalam situasi pembelajaran.
half timeseparuh masaSukanTiadaPertengahan masa pukul sedia iaitu kira-kira 2 1/2 minit.
hot sitetapak panasTeknologi MaklumatTiada1. Tapak sandaran yang dilengkapi kelengkapan komputer yang sama dengan sistem komputer yang sedia ada di organisasi anda. Banding: cold site. 2. Dalam WWW, rujukan kepada tapak web yang amat popular.
action architectureseni bina aksiKesenianSeni Bina1. Seni bina yang berubah-ubah melalui lakaran tanpa lukisan terperinci dan menggunakan bahan yang sedia ada serta mudah didapati. 2. Evolusi reka bentuk yang sentiasa berulang-ulang berdasarkan satu konsep. Contohnya, bangunan Parlimen Scottland.
isolated porepori terpencilKejuruteraanPetroleum1) Pori yang wujud bersendirian, terpisah daripada pori-pori lain. pori seperti ini biasanya wujud dalam butiran dan boleh disebut sebagai pori jenis ia butiran. 2) Pori jenis saling bersambungan tetapi sangat kecil sehingga bendalir yang sedia terdapat di dalamnya tidak dapat bergerak disebabkan oleh tarikan daya rerambut. Oleh itu, walaupun pori ini bersambungan dengan pori jiran tetapi dari segi sifat pengaliran bendalir, kesannya sama dengan kesan yang diberikan oleh pori yang wujud bersendirian.
12

Kembali ke atas