Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.gar] | سݢر

Definisi : 1. nyaman dan sihat (badan), tidak berpenyakit, cergas: perjalanan darah men-jadi bertambah kencang dan seluruh ang-gota akan ~; 2. menimbulkan rasa nyaman (enak, tenteram): angin yg berhembus sepoi-sepoi dr balik bukit itu ~ nyaman; 3. tumbuh dgn suburnya (bkn tumbuh-tumbuhan), tidak layu: tumbuh-tumbuhan hidup ~ di taman ini; 4. rancak, cergas, hidup: gaya peng-ucapan yg ~; ia juga mengharapkan novel Alias Ali yg akan datang akan lebih ~ drpd novel ‘Gersang’ ini; 5. masih baru (sesuatu barang, berlakunya sesuatu peristiwa dll), terlekat pd ingatan: segala apa yg terjadi antara dia dan teman-temannya masih ~ dlm ingatannya; tenaga-tenaga baru yg masih ~; ~-bugar = ~-pugar a) sihat (cergas, subur, pantas) benar: menangis ibunya melihat keadaan puteranya yg dahulunya ~-bugar, kini hanya sbg rangka; b) masih baru benar (sesuatu benda, peristiwa, dll); menyegar menjadi segar (kulit dsb): kulit boleh melembut dan ~ dgn menggunakan krim muka ini; menyegarkan menjadikan segar (sihat), menyebabkan jadi segar: bersenam dan bermain itu ~ otak; angin malam berhembus ~; kesegaran perihal atau keadaan segar (sihat, cergas, dll), kecergasan: ~ badannya dijaga sungguh-sungguh; penyegaran proses menyegarkan sesuatu; penyegar sesuatu yg menyegarkan (menye-babkan menjadi segar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gar] | سݢر

Definisi : lidi ijuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gar] | سݢر

Definisi : 1 be­­rasa sedap dan sihat badan; tidak berpenyakit: Selepas berehat se­minggu di Kuantan, aku ~ kembali. 2 hidup dgn suburnya; tidak layu: Pokok bunganya ~-~ belaka. Kalau pergi ke pasar pagi-pagi, dapatlah kita membeli sayur yg masih ~. 3 ki tidak pudar; masih baru: Senyumannya sentiasa ~. Kenangan itu masih ~ dlm ingatanku. ~-bugar (pugar) a. sihat benar. b. masih baru benar. menyegarkan menjadikan segar atau menyebabkan menjadi segar; menyi­hat­kan; menyuburkan: Bersenam dan bermain-main dpt ~ badan. kesegaran keadaan segar (sihat, cergas dsb). pe­nyegaran perihal atau perbuatan me­nyegarkan: Pembersihan dan ~ kulit adalah penting dlm menjaga kecantikan. penyegar se­suatu yg menyegarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segar (adjektif)
1. Dalam konteks badan
bersinonim dengan sihat, cergas, afiat, sejahtera, selesa,
Berantonim dengan lesu

2. Dalam konteks udara
bersinonim dengan nyaman, nikmat, sedap, selesa, seronok, enak, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan
bersinonim dengan subur, banyak, biak, umbur, umbul,
Berantonim dengan layu

4. Bersinonim dengan rancak: cergas, hidup, tangkas, giat, lincah, sigap, pantas, cekatan, gancang, cerdas, aktif,
Berantonim dengan lemah

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terlekat, ada, kekal, terngiang-ngiang, terbayang-bayang,
Berantonim dengan lenyap

Kata Terbitan : menyegarkan, kesegaran,

Peribahasa

Ibarat rumput yang sudah kering,
     ditimpa hujan segar kembali.

Bermaksud :

Orang melarat mendapat pertolongan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
segarsegarKesenianTiadaTiada
refresh periodkala segar semulaKejuruteraanTiadaMasa di antara operasi segar semula yang berturutan yang diperlukan untuk memulihkan perubahan pada sel ingatan dinamik. Sinonim: jeda masa segar semula.
freshsegar; bersih; baharuPentadbiran PerniagaanTiada1. Segar: Sesuatu yang baru dikeluarkan, baru tiba atau baru dipetik.,2. Bersih: Sesuatu yang tidak kotor atau dicemar.,3. Baharu: Sesuatu yang tidak buruk, lusuh, kumal dan sebagainya, belum pernah atau belum lama dipakai atau terpelihara dengan baik.
fresh gas inletsaluran masuk gas segarPerubatanTiadaLubang masuk gas segar daripada mesin anestesia ke sistem bulatan.
live steamstim segarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanStim yang diperoleh terus dari dandang dan masih segar. Stim ini digunakan dalam proses penstiman kayu di dalam tanur pengering.
fresh vegetablesayur segarHerbaBotani dan BioteknologiBahagian tumbuhan yang dimakan mentah atau dicelur bersama hidangan utama dan biasanya dimakan bersama sambal belacan, budu dan cencaluk. Sayur segar biasanya dimakan sebagai penyedap rasa dan mempunyai khasiat untuk kesihatan badan dan melindungi daripada penyakit. Contohnya, pegaga untuk mengubati darah tinggi dan menambah daya ingatan, buah peria katak untuk mengubati kencing manis, dan cekur untuk membuang angin dalam badan.
fresh milksusu segarMakanan dan PemakananMakananSusu bersih yang diperoleh daripada rembesan kelenjar mamari lembu, kerbau, kambing atau kambing biri-biri yang sihat dan diberikan makan dengan baik. Susu segar tidak termasuk rembesan yang diperoleh dalam tempoh empat hari selepas anak lembu dilahirkan. Sinonim susu mentah.
fresh fruit bunchtandan buah segarPertanianAgroteknologiTandan kelapa sawit yang baru dituai, yang dibawa ke kilang untuk pemerahan minyaknya. Biasanya, hasil kelapa sawit dinyatakan dalam bentuk berat tandan buah segar (tan sehektar). Singkatan FFB.
baitumpanPerikananTiadaBahan yang dilekatkan pada kail untuk menarik perhatian ikan. Umpan terbahagi kepada dua jenis, iaitu umpan segar dan umpan tiruan. Umpan segar terdiri daripada bahan semula jadi seperti anak-anak ikan, cacing atau serangga, manakala umpan tiruan diperbuat daripada pelbagai jenis bahan termasuklah kepingan logam, getah atau kayu yang diubah bentuk menjadi seakan-akan ikan, udang, sotong atau serangga.
oil extraction ratekadar pengekstrakan minyakPertanianAgroteknologiKadar berat minyak yang dapat diekstrak daripada tandan buah segar kelapa sawit. Biasanya, kadar ini ialah 20%, iaitu daripada 100 kg buah segar, 20 kg minyak sawit akan dapat dihasilkan. Singkatan OER.
12345678910...

Kembali ke atas