apa beza penggunaan kata sejuk dan dingin? contoh; kesejukan air sungai atau kedinginan air sungai? mana satu yg betul? saya perlukan penjelasan tetntang perbezaan penggunaannya | Sejuk bermaksud tidak panas atau tidak hangat, rendah suhunya dan dingin. Maksud dingin ialah tidak panas, sejuk. Ini bermakna, sejuk dan dingin merupakan kata sinonim dan kedua-duanya boleh digunakan berdasarkan contoh soalan yang telah diberikan. | Makna | 10.11.2020 |
1)Kamu hendak minum air teh sejuk?(atau) 2)Kamu hendak minum air teh panas? Jawapan: a)Kamu hendak minum air teh sejuk atau air teh panas? b)Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas? *Tuan,ayat majmuk (a) atau (b) yang betul?Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas? | Tatabahasa | 22.10.2015 |
Antara ayat berikut, yang manakah paling tepat? A. Air teh boleh diminum panas atau sejuk. B. Air teh boleh diminum panas atau diminum sejuk. | Ayat yang paling tepat ialah A. Air teh boleh diminum panas atau sejuk. | Tatabahasa | 27.10.2014 |
Ayat yang manakah tepat? 1) Bangunan itu terkenal dengan penyaman udara yang amat sejuk. 2) Bangunan itu terkenal dengan penyaman udara yang teramat sejuk. | Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah, "Bangunan itu terkenal dengan penyaman udara yang amat sejuk". | Lain-lain | 07.12.2022 |
Antara ayat yang berikut, yang manakah penggunaan ayat paling tepat dari segi tatabahasa? 1 Teh itu diminum sejuk atau panas? 2 Teh itu diminum sejuk atau diminum panas? Terima kasih! | Jawpan yang sesuai ialah (1) Teh itu diminum sejuk atau panas? Penggunaan kata "diminum" tidak perlu diulang sebanyak 2 kali. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
Saya nak tanya antara ayat berikut yang mana lebih tepat. 1. "Wah, sungguh nian sejuk air terjun ini!" kata Tinesh kepada kawan-kawannya. 2. "Wah, terlalu amat sejuk air terjun ini!" kata Thinesh kepada kawan-kawannya. | Ayat (1.) adalah salah. Ayat yang betul ialah 1. "Wah, sungguh sejuk nian air terjun ini!" kata Tinesh kepada kawan-kawannya. Ayat (2.) adalah betul. "Wah, terlalu amat sejuk air terjun ini!" kata Thinesh kepada kawan-kawannya. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Bolehkah kawasan sejuk dan dingin dianggap gurun? Ini demikian kerana, saya lihat di wikipedia menyatakan bahawa antartika merupakan gurun terbesar di dunia sedangkan apabila saya lihat di kamus gurun merujuk kepada kawasan yang kering dan panas. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, gurun ialah kawasan yang luas dan kering (biasanya diliputi pasir), padang pasir; ~ tandus gurun yang tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan. Puan digalakkan menggunakan Kamus Dewan sebagai rujukan penggunaan perkataan yang betul. | Makna | 16.09.2013 |
Sweater, bajuk sejuk atau baju panas? | Dua-dua boleh | Lain-lain | 21.07.2008 |
Salam sejahtera, Dalam membuat perbandingan, ayat manakah yang betul? 1. Udara panas kurang tumpat berbanding dengan udara sejuk. 2. Udara panas kurang tumpat daripada udara sejuk. Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'daripada' dan 'berbanding dengan' dalam melakukan perbandingan? | Ayat yang gramatis ialah "Udara panas kurang tumpat berbanding dengan udara sejuk".
| Tatabahasa | 04.11.2015 |
bolehkah pihak tuan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan lokusionari,ilokusionari dan perlokusionari dalam 'lakuan bahasa'. | Lokusioner ialah kita menyatakan maksud untuk menyampaikan mesej dengan terus-terang, contohnya; saya katakan "air dalam gelas ini sejuk". Tidak ada maksud lain selain daripada air di dalam gelas ini sejuk. Tetapi kalau ayat "eh... sejuknya air ni", bukannya mengatakan air itu sejuk tetapi menyampaikan pada masa yang sama maksud yang lain kerana kenapa beri air yang sejuk dan sudah tidak air lain lagi? Dengan suhu sejuk diberi pula air yang sejuk. Perlakuan ini disebut ilokusioner. Perlokusioner ialah intension menunjukkan apa yang hendak diperform. Contohnya dalam majlis perasmian, "dengan lafaz bismillah saya dengan sepenuh hati merasmikan menara Dewan Bahasa dan Pustaka ini", bercakap serentak dengan melakukan benda itu. Ini dikenali sebagai perlokusioner. | Tatabahasa | 28.08.2008 |