Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ju/] | سجوق

Definisi : 1. tidak panas atau hangat, rendah suhu-nya, dingin: peti ~; 2. segar dan nyaman: apa-bila banyak udara keluar masuk dr sesebuah bilik, maka bilik itu akan menjadi ~; 3. berasa dingin: kulit ini memelihara tubuh drpd ~, basah, ...; 4. ki tenang dan tenteram (fikiran), senang dan lega: berita yg hendak hamba nyata-kan ini elok didengar ketika fikiran sedang ~ dan nyaman; ~ hati tidak risau, lega, tenang; ~ paru-paru sj penyakit bengkak paru-paru; ~ senyek Kl sejuk benar (macam air batu); bersejuk terdedah kpd keadaan sejuk, kena sejuk: kenapa ayah dibenarkan bangun pd pagi hari utk ke tandas sedangkan ia tidak tahan ~? menyejuki menjadikan sejuk oleh sesuatu: bilik itu disejuki oleh sebuah kipas gantung; menyejukkan 1. menjadikan sejuk (dingin, segar, dll), mendinginkan: dia pergi meren-damkan dirinya dlm sungai utk ~ badannya yg panas itu; 2. menenangkan (fikiran, perasaan, dll), meredakan atau menghilang-kan (kemarahan dll), menghiburkan, menye-nangkan: senyuman dan pandangan yg berisi itu ~ hatinya; cinta sbg api membakar, cinta sbg air ~; 3. ki membaikkan (keadaan), memulihkan: nilai mata wang sterling telah diturunkan utk ~ ekonomi yg terlalu kucar-kacir; kesejukan 1. perihal sejuk, kedinginan: di tengah-tengah ~ yg menjadi-jadi itu, Hayati merasai kedua-dua pipinya basah; 2. kena (mendapat) sejuk, masuk angin: kaki tangan­nya menggeletar ~; penyejukan perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); penyejuk sesuatu yg menjadikan sejuk (kipas angin, dll): mesin ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ju/] | سجوق

Definisi : ; daun ~ sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Kalanchoe laciniata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ju/] | سجوق

Definisi : 1 tidak panas atau tidak hangat; rendah suhunya; dingin: Dia berasa lega selepas minum air ~ segelas. 2 ki tidak panas hati; tenang dan tenteram fikirannya dll; senang; lega: ~ hatinya mendengar nasihat ayahnya itu. menyejukkan 1 menjadikan sejuk; mendinginkan: Baik kita duduk-duduk ~ badan di luar. 2 ki meredakan atau menghilangkan kemarahan dll; menenangkan fikiran dll: Dia pandai ~ hati orang. kesejukan 1 keadaan atau hal sejuk. 2 menderita sejuk; kena sejuk: Dia menggigil ~. penyejukan perbuatan atau hal menyejukkan; perbuatan menjadikan sejuk. penyejuk sesuatu yg menyejukkan (mis kipas): mesin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,

Puisi
 

Sejuk kuda jalan ke barat,
     Ambil kain buat panji;
Muda dia jangan diharap,
     Ambil kain buatkan ganti.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Bagai dirahap kain basah.

Bermaksud :

Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri. rahap = bungkus.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
garde mangerjurumasak makanan sejuk; bahagian makanan sejukPentadbiran PerniagaanTiada1. Jurumasak makanan sejuk: Jurumasak makanan yang dimakan sejuk. 2. Bahagian makanan sejuk: Bahagian yang menyediakan makanan yang dimakan sejuk seperti salad dan sos.
Cold injuryKecederaan sejukPertanianAgronomi

Kerosakan tumbuhan akibat suhu yang terlalu sejuk. Kecederaan sejuk boleh berlaku kepada semua bahagian tumbuhan termasuk daun, batang, dahan, bunga dan akar. Kecederaan bermula pada bahagian daun dan batang apabila kristal ais terbentuk dalam sel, menyebabkan tisu menjadi hitam dan lembik. Kecederaan pada akar menyebabkan kematian pokok. Sekiranya suhu sejuk berlaku bersama angin kencang, daun akan mula kering, menjadi perang dan gugur. Contohnya, tanaman limau di Florida, Amerika Syarikat yang kadangkala mengalami kecederaan sejuk apabila dilanda angin sejuk dari kawasan utara.

cold storestor sejuk; bilik sejukKomunikasi MassaTiadaTiada
cold resistancerintangan sejuk; tahan sejukKejuruteraanTiadaTiada
cold resistancerintangan sejuk; tahan sejukKimiaTiadaTiada
cold resistancerintangan sejuk; tahan sejukPertanianTiadaTiada
cold storestor sejuk; bilik sejukPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
cold frontperenggan sejukMeteorologiMeteorologi PerhubunganPerenggan yang pergerakannya menyebabkan jisim udara sejuk mengambil alih tempat udara panas. Laluan perenggan sejuk biasanya dikesan di permukaan bumi dengan kenaikan tekanan, kejatuhan suhu dan takat embun, dan dari pencongan angin. Kebanyakan perenggan sejuk akan menurunkan hujan yang mungkin tersebar 100 km hingga 200 km di hadapan atau di belakang perenggan itu. Sesetengah perenggan sejuk hanya membawa hujan diperenggan itu sendiri, dan ada juga yang tidak membawa kerpasan langsung. Petir dan sekali-skala badai jajar mungkin berlaku di perenggan ini. Cerun purata permukaan perenggan sejuk adalah lebih kurang pada nisbah 1:50. Secara purata perenggan sejuk bergerak dengan kelajuan komponen angin geostrofi seperti yang diukur tegak lurus pada perenggan.
cold frontperenggan sejukSainsHidrometeorologiPerenggan yang gerakannya menyebabkan udara sejuk mengambil tempat udara panas. Laluan perenggan sejuk biasanya dikesan di permukaan bumi dengan kenaikan tekanan, kejatuhan suhu dan takat embun dan dari pencongan angin (di hemisfera utara). Kebanyakan perenggan sejuk akan menurunkan hujan yang mungkin tersebar 100 � 200 km di hadapan atau di belakang perenggan itu. Sesetengah perenggan sejuk hanya membawa hujan di perenggan itu sendiri dan ada juga yang tidak membawa kerpasan langsung. Petir dan sekali-sekala badai jajar mungkin berlaku di perenggan ini. Cerun purata permukaan perenggan sejuk bergerak dengan kelajuan komponen angin geostrofi seperti yang diukur tegak lurus pada perenggan.
frozen fishikan sejuk bekuPentadbiran PerniagaanTiadaIkan yang dibekukan dalam peti sejuk atau bilik sejuk supaya tahan lama dan tidak busuk.
12345678910...

Kembali ke atas