Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.dar] | سقدر

Definisi : 1 sesuai atau seimbang dgn; sepadan dgn: ~ yg diperlukan. 2 hanya; cuma: ~ menunggu perintah ketua utk menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kadar (kata nama)
1. Bersinonim dengan daya: kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan,

2. Bersinonim dengan nilai: harga, taraf, pangkat, kualiti, status,

3. Bersinonim dengan kira-kira: rata-rata, lebih kurang, hitung panjang,

4. Bersinonim dengan nisbah: perbandingan berat, perbandingan darjah, perbandingan kuantiti, perbandingan saiz,

Kata Terbitan : sekadar,

Puisi
 

Dang ding dang cabai Melaka,
     Kulit kaki tumpang tenggiri;
Sakit hati berpandang mata,
     Sekadar menyakit hati sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Calak-calak ganti asah,
     menanti tukang belum datang.

Bermaksud :

Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
just perceptiblepenghitaman sekadarKomunikasi MassaTiadaTiada
proempendahuluanKesusasteraanTiadaPendahuluan yang ringkas, bertujuan sekadar untuk memperkenalkan serba sedikit tentang sebuah hasil karya atau ucapan.
figurantpelakon pelengkapKomunikasiTiadaPelakon yang memainkan peranan sekadar untuk melengkapi dan mengukuhkan sesuatu adegan.
catch talescerita olok-olokKesusasteraanTiadaCerita-cerita mudah yang direka sekadar untuk bercerita tanpa sebarang tujuan. Contoh: cerita-cerita yang diceritakan oleh nenek sewaktu menidurkan cucu-cucunya.
action orientedberorientasikan tindakanSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk orientasi yang bukan sekadar bersifat tingkah laku semata-mata, tetapi lebih menggambarkan atau menjelaskan matlamat sebenar tujuan tindakan itu diambil. Dalam amalan pentadbiran sesebuah institusi atau kerajaan, orientasi ini merupakan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, setiap tindakan yang diambil bermotifkan untuk mencapai sasaran dan juga visi tertentu. Contohnya, Dasar Pandang ke Timur merupakan satu dasar yang berorientasikan tindakan.
satisficingpemuasanPengurusanPerancanganPendekatan mencari dan memilih alternatif yang mencapai tahap penghasilan minimum, sekadar untuk memuaskan hati pembuat keputusan. Pendekatan ini dianggap pasif kerana lebih menjurus kepada pencapaian ala kadar kerana kurang berisiko dan selamat. Hal ini berlaku kerana sekiranya ingin mencapai yang terbaik, maka usaha, masa dan kos yang lebih diperlukan.
asymmetric crytographykriptografi asimetriTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah kriptograsi yang kekunci penyulitannya berbeza dengan kekunci penyahsulitan. Proses penyahsulitan dalam kaedah ini bukan sekadar penyongsangan daripada proses penyulitan tetapi merupakan transformasi matematik yang berbeza secara keseluruhannya. Kaedah ini sangat berkesan dalam kriptografi kerana satu kekunci tidak semestinya dikongsi bersama dua pihak yang berhubung.
psychological novelnovel psikologiKesusasteraanTiadaNovel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan standard psikologi untuk penulis lain. Novel psikologi mencapai kemuncak perkembangannya pada abad ke-20 apabila penulis menggunakan monolog dalaman dan aliran kesedaran yang menunjukkan cara minda subsedar suatu watak berfungsi. Contoh penulis sastea Barat yang terkenal ialah James Joyce (A Portrait of the Artist as a Young Man, Ulysses), Virginia Woold (Mrs. Dalloway, To the Lighthouse), dan Willian Faulkner (The Sound and the Fury). Contoh dalam kesusasteraan Arab ialah Ibrahim al-Khatib oleh Ibrahim Abd al-Qadir al-Mazini, dan Awda tal-Ruh dan Yawmiyat Na�ib fi al- Aryaf oleh Tawfiq al-Hakim. Contoh tempatan ialah novel Juara oleh S. Othman Kelantan. Lihat juga kritikan psikoanalitik.
suspension of disbeliefkepercayaan sementaraKesenianDrama dan TeaterKesan penerimaan penonton terhadap sesuatu kenyataan atau aksi yang dilakonkan. Kemudian penonton menyedari aksi yang dilihat sekadar lakonan dalam drama.
authoring toolalat pengaranganTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang digunakan untuk membina produk yang interaktif. Penggunaan perisian ini tidak memerlukan kepakaran atau pengetahuan pengaturcaraan yang tinggi tetapi cukup sekadar mengetahui kegunaan setiap fungsi yang disediakan oleh perisian tersebut. Terdapat banyak alat pengarangan di pasaran, namun alat pengarangan yang sering digunakan ialah Macromedia Authorware, Director, Toolbook, Flash dan DreamWeaver. Perisian ini banyak digunakan untuk membangunkan modul latihan dan pembelajaran. Bagi memastikan modul yang dibangunkan berkualiti, piawaian antarabangsa seperti Shareable Content Object Reference Model (SCORM) perlu dipatuhi.
123

Kembali ke atas