Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sék.tor] | سيکتور

Definisi : (séktor) 1. bahagian bulatan yg letak­nya di antara dua garisan lurus dr pusat bulatan itu, tembereng tajam; 2. bahagian (daerah) pertempuran (ketenteraan); 3. bidang sesuatu usaha (kegiatan industri, pertanian, dll): ~ pertanian merupakan tulang belakang eko-nomi Malaysia; ~ awam bidang yg berkaitan dgn kerajaan dan orang ramai; ~ swasta bidang yg ber­kaitan dgn pihak swasta (spt syarikat-syarikat perniagaan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sék.tor] | سيکتور

Definisi : /séktor/ 1 bidang sesuatu usaha spt pertanian, perkilangan: Menjelang tahun 1990, kerajaan mengharapkan kaum Bumiputera memiliki modal sebanyak 30% dlm ~ perniagaan. 2 bahagian dlm bulat­an yg terletak di antara dua garis lurus dr pusat bulatan itu; tembereng tajam. 3 bahagian (daerah) pertempuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sektor (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan bahagian: daerah, kawasan, zon, blok, cawangan,

2. Bersinonim dengan bidang: jurusan, pihak, kategori, peringkat, tingkatan, jenis, kelas, cabang.,



Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
carta paipie chartPerwakilan data statistik yang menggunakan sektor bulatan yang nilai-nilainya diwakili mengikut sudut sektor. Lihat rajahMenengah Atas
sektorsectorBahagian satu bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan titik hujung dua jejari itu. Lihat rajahMenengah Atas
sektorsectorBahagian dalam bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan titik hujung dua jejari itu. Lihat ContohMenengah Rendah
sektorsectorBahagian sesuatu bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan titik hujung dua jejari itu. Lihat ContohSekolah Rendah
radianradianUnit ukuran sudut sektor pada bulatan. ∏ radian = 180°, maka 1 radian = 57.296°.Menengah Atas

Kembali ke atas