Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.ma] | سلاما

Definisi : 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.ma] | سلاما

Definisi : sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Puisi
 

Baik-baik jaga kemudi,
     Kita tahu pergi kuala;
Selama banyak kain berkodi,
     Songket di gedung jarang jumpa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Selama enggang mengeram.

Bermaksud :

Lama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
London broilpanggang LondonPentadbiran PerniagaanTiadaMasakan potongan stik lambung nipis yang diperap selama beberapa jam, dipanggang selama 3 hingga 5 minit, dipotong melintang nipis dan dituang sos Bordelaise atau sos cendawan semasa dihidang.
drinks intervalwaktu minumSukanTiadaMasa rehat selama tiga 3. minit yang dibenarkan setelah bermain selama satu 1. jam. Masa rehat seterusnya, selama tiga 3. minit juga dibenarkan, selepas 45 minit permainan yang berikutnya.
during the pleasureselama diperkenankanUndang-undangTiadaSelama yang dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja melayu atau Yang Dipertua Negeri.
Smith periodkala SmithBiologiPatologiMasa selama dua hari dengan suhu tidak kurang daripada 10oC dan kelembapan relatif melebihi 90 % bagi sekurang-kurangnya selama 11 jam setiap hari. Kala tersebut merangsang penjangkitan Phytophthora infestans pada kentang. Sistem peramalan ini dicipta oleh Smith, seorang ahli patologi tumbuhan Inggeris. bd. kala Beaumont.
monsoonmonsunSainsHidrometeorologiIstilah yang asalnya merujuk angin Laut Arab yang bertiup selama lebih kurang enam bulan dari timur laut dan selama lebih kurang enam bulan dari barat daya, tetapi kini digunakan juga untuk angin lain yang nyata bermusim. Ia berasal daripada perkataan Arab �mausim� yang bermaksud musim. Sebab penting terjadinya angin ini ialah perbezaan pemanasan kawasan darat dan laut yang luas yang berubah mengikut musim. Keadaan monsun paling baik terjadi di kawasan subtropika, seperti di Asia timur dan Asia tenggara (monsun timur laut dan barat daya masing-masing pada musim sejuk dan panas). Musim hujan yang berkaitan dengan monsun barat daya ialah ciri menonjol iklim wilayah ini. Di subtropika, istilah �monsun� selalunya digunakan untuk menunjukkan hujan, tanpa rujukan kepada angin. Keadaan monsun boleh juga berlaku, tetapi kurang hebat, di bahagian utara Australia, bahagian barat, selatan dan timur Afrika, dan beberapa bahagian di Amerika Utara dan Chile. Istilah ini juga digunakan di barat laut Jerman.
monsoonmonsunMeteorologiMeteorologi PerhubunganIstilah yang asalnya merujuk angin Laut Arab yang bertiup selama lebih kurang enam bulan dari timur laut dan selama lebih kurng enam bulan dari barat daya, tetapi kini digunakan juga untuk angin lain yang nyata bermusim. Ia berasal daripada perkataan Arab "mausim" yang bermaksud musim. Angin ini terjadi akibat perbezaan pemanasan kawasan barat dan laut yang luas yang berubah mengikut musim. Keadaan monsun paling nyata terjadi di kawasan subtropika seperti di Asia Timur dan Asia Tenggara (montun timur laut dan barat daya masing-masing pada musim sejuk dan panas). Musim hujan yang berkaitan dengan monsun barat daya ialah ciri menonjol iklim wilayah ini. Di subtropika, istilah "monsun" selalunya digunakan untuk menunjukkan hujan, tanpa merujuk kepada angin. Keadaan monsun boleh juga berlaku, tetapi kurang heat, di bahagin utara Australia; bahagian barat, selatan dan timur Afrika, dan di beberapa bahagian di Amerika Utara dan Chile, dan di barat laut Jerman.
unit occupational riskrisiko pekerjaan unitKejuruteraanTiadaRisiko ke atas individu daripada dedahan kepekatan bahan berbahaya selama 40 jam per minggu selama masa bekerja.
pasteurisationpempasteuranMakanan dan PemakananMakananKaedah pengawetan makanan dengan cara mendedahkannya pada suhu antara 60°C hingga 65°C selama 30 minit atau 71°C selama 15 saat untuk membunuh kebanyakan mikrob patogenik seperti bakteria, yis dan kulat supaya makanan tersebut selamat digunakan. Contoh makanan yang melalui proses pempasteuran ialah susu, yogurt dan aiskrim. Pempasteuran bertujuan untuk mengelakkan makanan tersebut menjadi masam serta memanjangkan jangka hayat makanan. Pempasteuran berbeza dengan pensterilan kerana pempasteuran tidak membunuh kesemua mikroorganisma dan mengekalkan kebanyakan nutrien dalam makanan.
pasteurized milksusu pasteurMakanan dan PemakananTeknologi MakananSusu yang telah dipanaskan kepada suhu sekurang-kurangnya 72oC selama tidak kurang daripada 15 saat atau pada suhu 63-66oC selama 30 minit untuk memusnahkan semua bakteria patogenik, tanpa pempasteuran. Banding susu steril.
radioactive goldemas radioaktifPerubatanTiadaIsotop emas yang menunjukkan keradioaktifan. Yang biasa digunakan ialah 198Au yang mempunyai separuh hayat selama 2.7 hari dan 199Au yang mempunyai separuh hayat selama 3.3 hari.
12345678910...

Kembali ke atas