Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ultra-high temperature treatment/UHT treatmentrawatan UHTPertanianAgroteknologiProses untuk mengawet bahan makanan, terutamanya susu dengan cara menyahkumankannya menggunakan haba setinggi 135o C selama 1-2 saat, yang akan membasmi spora dalam susu tersebut. Susu UHT boleh tahan sehingga 6 - 9 bulan sebelum dibuka dan tidak perlu disimpan dalam suhu yang rendah. Rawatan UHT juga digunakan untuk mengawet bahan makanan lain seperti jus buah-buahan, krim, susu kacang soya, yogurt, sup dan madu. Proses rawatan UHT telah diperkenalkan pada tahun 1960 dan produk UHT mula digunakan pada tahun 1970.
watt-hourwatt-jamTeknikElektrikUnit kerja elektrik atau tenaga elektrik yang bersamaan dengan 1 watt kuasa elektrik yang digunakan selama 1 jam atau bersamaan dengan 3600 joule. Singkatan Wj.
ampere hourampere jamFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanUnit ukuran kuantiti elektrik yang lalu pada mana-mana keratan rentas suatu pengkonduksi apabila arus yang tidak berubah bernilai 1 ampere mengalir pada pengkonduksi itu selama 1 jam. Sebutan tersebut juga digunakan untuk menyatakan muata bateri.
DDTDDTBiologiEkologiNama kimia, 1,1,1,-trikloro-2,2,-bis (p-klorofenil) etana. Racun serangga hidrokarbon berklorin yang pertama kali dikeluarkan. DDT mempunyai separuh hayat selama 15 tahun, dan sisanya boleh menjadi pekat dalam tisu lemak setengah-setengah organisma, terutama ikan. Disebabkan oleh ketahanannya terhadap sekitaran dan kebolehannya untuk mengumpul dan menjadi semakin pekat dalam rantai makanan, kegunaannya telah diharamkan hampir di kesemua negara.
coccaine poisoningkeracunan kokainaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kokaina, iaitu ubat yang digunakan sebagai anestetik setempat pada membran mukus. Dos parah selepas digunakan pada membran mukus mungkin serendah 30 mg. Kepekatan toksik adalah dari 0.5 �g/mL. Tanda utama keracunan ialah konvulsi dan kegagalan pereda ran darah. Keracunan akut teljadi akibat pengingesan, penyuntikan, atau penyerapan melalui membran mukus atau pelelasan kulit. Gejala awal termasuklah keresahan, keadaan terangsang, halusinasi, takikardia, anak mata terbeliak, sejuk atau demam, aberasi deria, sakit abdomen, muntah, rasa kebas, dan spasma otot. Ini diikuti dengan pernafasan tak seragam, konvulsi, kegagalan peredaran darah dan koma. Kematian mungkin teljadi segera selepas penggunaan kokaina atau mungkin tertangguh selama 1- 3 jam. Keracunan kronik akibat pengingesan, penyuntikan atau penyerapan membran mukus atau pelelasan kulit menyebabkan halusinasi, kerosakan mental, hilang berat badan, atau perubahan watak. Penggunaan kokaina sebagai bahan sedutan boleh menyebabkan septum nasal berlubang.
cinchophen poisoningkeracunan sinkofenKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan sinkofen, iaitu ubat yang terkenal pada masa lampau sebagai agen analgesik, antipiretik, dan urikosurik dalam rawatan gout, dan masih digunakan dalam perubatan paten, campuran proprietari, dan preskripsi. Dos maut akut ialah 5 g - 30 g, walaupun kematian akibat kerosakan hati boleh terjadi dengan dos berulang serendah 1 g sehari selama 1 - 2 minggu. Tanda utama keracunan ialah hiperpnea, asidosis, dan demam kuning. Keracunan akut menyebabkan kerengsaan gastrousus, sakit epigastrik, anoreksia, cirit-birit, muntah, hiperpnea, tinitus, hipertelmia, delirium, konvulsi, dan koma. Keracunan kronik menyebabkan demam kuning, anoreksia, sakit abdomen, dan pembesaran hati yang menyakitkan. Dalam masa 1 - 4 minggu, saiz hati mengurang, asites abdomen terbentuk, dan pesakit mungkin mati semasa koma disebabkan kerosakan hati. Penemuan patologi ialah atrofi akut kuning hati dan degenerasi lemak dalam buah pinggang dan jantung.
phosphorous poisoningkeracunan fosforusKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada fosforus putih atau fosforus kuning, yang kadang-kadang terdapat dalam racun tikus, baja, dan mercun. Dos parah adalah lebih kurang 1 mg/kg, dan had pendedahan ialah 0. 1 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah demam kuning dan pengsan. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, ritma jantung tidak normal, dan nafas dan kumuhan berbau bawang putih, dan mungkin kelihatan berasap. Mati semasa koma atau jantung terhenti mungkin berlaku dalam masa 24 - 48 jam pertama, atau gejala pulih selama 1 atau 2 hari dan kemudian kembali semula, dengan loya dan muntah, cirit-birit, kelembutan dan pembesaran hati, demam kuning, kelesuan, tekanan darah turun, oliguria, hipoglisemia, dan perdarahan petekia multipel. Jika fosforus kuning dibiarkan kering pada permukaan kulit, ia akan tercucuh dan menyebabkan kebakaran darjah kedua hingga ketiga dikelilingi dengan lepuh. Luka akan sembuh secara perlahan. Penyedutan menyebabkan gejala keracunan akut selepas 1 - 3 hari. Keracunan kronik akibat pengingesan atau penyedutan memberikan gejala awal sakit gigi, diikuti bengkak pada rahang dan kemudian nekrosis mandibel. Gejala lain ialah keadaan lemah, hilang berat badan, hilang selera makan, anemia, dan keretakan tulang secara spontan. Penemuan patologi ialah demam kuning, degenerasi lemak dan nekrosis hati dan buah pinggang, dan perdarahan, kesesakan, dan hakisan saluran gastrousus.
drinks intervalwaktu minumSukanTiadaMasa rehat selama tiga 3. minit yang dibenarkan setelah bermain selama satu 1. jam. Masa rehat seterusnya, selama tiga 3. minit juga dibenarkan, selepas 45 minit permainan yang berikutnya.
lactating phasefasa penyusuanVeterinarTiadaFasa pengeluaran susu bagi haiwan tenusu selepas melahirkan anak. Bagi lembu dan kambing tenusu, anak disapih ketika berumur seminggu dan susu daripada ibu ternakan tersebut diperah sehingga 10 bulan untuk tujuan komersial. Hasil pengeluaran susu meningkat dengan cepat pada 1-1.5 bulan pertama selepas melahirkan anak dan kemudiannya menurun dengan perlahan sebelum dihentikan dua bulan sebelum kelahiran anak yang berikutnya. Bagi ternakan lain, tempoh ini berbeza mengikut jenisnya iaitu di sepanjang tempoh anak dibenarkan menyusu. Bagi lembu pedaging, tempoh penyusuannya berlaku selama 6 bulan, kambing dan biri-biri selama 3 bulan dan babi pula selama 3 minggu.
decadedekad/dasawarsaMatematikTiada1. Tempoh selama 10 tahun.
1234

Kembali ke atas