Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : (seléra) 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ = membangkitkan ~ menimbulkan nafsu ma­kan; patah ~ hilang selera; 2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan; ~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan; berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; menyelerakan memberikan (mendatang­kan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : (seléra) sl badan, tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : /seléra/ 1 kemahuan atau ke­inginan hendak makan; nafsu makan: Dia telah memakan hidangan itu dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai orang; kemahuan terhadap sesuatu: Siaran radio tidak dpt memenuhi ~ semua pendengar. berselera 1 mempunyai selera: Dia tidak sihat dan tidak ~ utk menjamah makanan. 2 penuh keinginan hendak makan: Adiknya ~ sekali menikmati makanan kegemarannya. menyelerakan menaikkan atau menimbulkan selera: Bau masakan ibunya amat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selera (kata nama)
1. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan keinginan, nafsu makan, syarah, dorongan,

2. Bersinonim dengan kegemaran: pilihan, kecenderungan, kesukaan, cita rasa, hasrat, kemahuan, kehendak, minat, harapan, animo, perhatian, sir, hajat,
Berantonim dengan kebencian

3. Bersinonim dengan nafsu: keinginan, keghairahan, idaman, kehausan, hajat,

Kata Terbitan : berselera, menyelerakan,

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Pucuk sembung selera muda;
Kalau tuan kasihkan kami,
     Carilah tumbung kelapa muda.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Selera bagai cetus api.

Bermaksud :

Sangat rakus.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
appetiten 1. desire for food, drink, selera, nafsu makan: the swim had given them all an ~, berenang membangkitkan selera mereka; have an ~ (for food, drink) berselera, mempunyai selera: normally the boy has a good ~, biasanya budak lelaki itu berselera; spoil /o’s, so’s/ ~, (menyebabkan sso) /patah selera, tdk lalu makan/: don’t spoil your ~ by eating sweets before dinner, jangan makan gula-gula sebelum makan malam, nanti patah selera; the cakes have spoilt his ~, kek yg dimakannya itu menyebabkan dia patah selera; 2. desire to satisfy bodily needs, nafsu: sexual ~, nafsu seks; 3. desire, inclination, hasrat, keinginan: he seems to have lost all ~ for life, dia nampaknya telah hilang keinginan utk hidup; tales that whetted the boy’s ~ for adventure, cerita-cerita yg membangkitkan keinginan budak itu utk mengadu untung.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
regalevi menjamu selera: to ~ on strawberries and cream, menjamu selera dgn strawberi dan krim;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feast~ on, menjamu selera dgn: to ~ on venison and fruit, menjamu selera dgn daging rusa dan buah-buahan; ~ o’s eyes on /so., st /, menjamu mata melihat /sso, sst/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appetizing, appetisingadj /membangkitkan, mendatangkan/ selera, menyelerakan: the food was not ~ at all,makanan itu tdk membangkitkan selera sama sekali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stomach 3. a. appetite, selera: I’m afraid I’ve no ~ for oily spicy food, saya minta maaf, saya tdk ada selera makan makanan berempah; b. (fig.) relish, desire, inclination for st, gemar, suka, berminat: I’ve no ~ for wrestling, saya tdk gemar menonton perlawanan gusti; a rather timid man, who has no ~ for a fight, seorang yg agak penakut, yg tdk suka bergaduh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
starter 4. (UK), (colloq) first course of meal, pembuka selera: we’ll serve prawn cocktail as a ~, kami akan menghidangkan koktel udang sbg pembuka selera;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
palate she has a good ~ for wines , dia mempunyai selera yg baik thdp wain; a cheese that would not suit all ~s , keju yg tdk sesuai dgn semua selera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inner man, inner womann 1. soul, batin, jiwa; 2. (jocular) the stomach, selera: delicious food to satisfy the ~, makanan yg lazat utk memuaskan selera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
regale~ os /with, on/ st, menjamu selera sso: they found him in the kitchen regaling himself with hot buttered toast, mereka menjumpainya di dapur menjamu selaranya dgn roti bakar panas bermentega.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unappetizingadj tdk menyelerakan, tdk /membangkitkan, mendatangkan/ selera; (of character, prospects, etc) tdk menyenangkan: an ~ meal, makanan yg tdk menyelerakan; he faced the ~ prospect of six months in jail, dia menghadapi kemungkinan dihukum penjara enam bulan yg tdk menyenangkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas