Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : (seléra) 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ = membangkitkan ~ menimbulkan nafsu ma­kan; patah ~ hilang selera; 2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan; ~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan; berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; menyelerakan memberikan (mendatang­kan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : (seléra) sl badan, tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.ra] | سليرا

Definisi : /seléra/ 1 kemahuan atau ke­inginan hendak makan; nafsu makan: Dia telah memakan hidangan itu dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai orang; kemahuan terhadap sesuatu: Siaran radio tidak dpt memenuhi ~ semua pendengar. berselera 1 mempunyai selera: Dia tidak sihat dan tidak ~ utk menjamah makanan. 2 penuh keinginan hendak makan: Adiknya ~ sekali menikmati makanan kegemarannya. menyelerakan menaikkan atau menimbulkan selera: Bau masakan ibunya amat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selera (kata nama)
1. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan keinginan, nafsu makan, syarah, dorongan,

2. Bersinonim dengan kegemaran: pilihan, kecenderungan, kesukaan, cita rasa, hasrat, kemahuan, kehendak, minat, harapan, animo, perhatian, sir, hajat,
Berantonim dengan kebencian

3. Bersinonim dengan nafsu: keinginan, keghairahan, idaman, kehausan, hajat,

Kata Terbitan : berselera, menyelerakan,

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Pucuk sembung selera muda;
Kalau tuan kasihkan kami,
     Carilah tumbung kelapa muda.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Selera bagai cetus api.

Bermaksud :

Sangat rakus.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
appetite suppressantpenahan selera makanPerubatanTiadaBahan yang mengurangkan selera makan dan biasanya digunakan dalam rawatan obesiti. Ia bertindak dengan cara mengubahsuai sistem selera melalui laluan katekolamina atau serotonina di otak yang mengubah kepada perasaan lapar dan kenyang. Antara ubat yang digunakan sebagai penahan selera makan ialah Amfepramone, Phentermine, Fenfluramine dan Fluoxetine. Sinonim agen anorektik.
appetite suppressantpenekan selera makanFarmasiFarmakologi1. Agen yang mengurangkan selera makan dan biasanya digunakan dalam rawatan obesiti. Agen ini bertindak mengawal atur pusat selera makan dengan meningkatkan kepekatan serotonina atau katekolamina di bahagian otak. 2. Agen yang digunakan untuk menggalakkan pengurangan berat badan dengan mengurangkan selera makan atau meningkatkan rasa kenyang. Contohnya, sibutramina, fentermina dan fluoksetina.
appetite suppressantpembantut seleraPerubatanTiadaBahan yang dapat menindas selera makan.
appetite stimulantperansang selera makanFarmasiFarmakologiAgen yang merangsang selera makan. Agen ini biasanya digunakan untuk merawat anoreksia berkaitan kanser dan AIDS. Contoh agen ini ialah antidepresan trisiklik, siproheptadina, buklizina dan megestrol asetat.
appetizerpembuka seleraHerbaPemiawaianHerba yang dapat merangsang atau meningkatkan selera. Contohnya, ulam-ulaman seperti pucuk gajus (Anacardium occidentale), daun betik (Carica papaya), pegaga (Centella asiatica) dan daun mengkudu (Morinda citrifolia).
appetizerpembuka seleraSains KesihatanTiadaMakanan atau minuman yang dapat membuka selera.
vegetable hors d'oeuvresayur seleraPentadbiran PerniagaanTiadaPembuka selera daripada sayur-sayuran segar seperti lobak merah, daun saderi, timun, cendawan, ubi bit, lik dan kentang.
appetite centrepusat seleraPerubatanTiadaSekumpulan neuron di hipotalamus lateral yang meningkatkan selera makan.
appetiteseleraMakanan dan PemakananPemakananTindak balas bersepadu daripada penglihatan, pemikiran atau rasa tentang sesuatu makanan. Selera dapat membantu dalam memulakan atau melambatkan keinginan untuk makan tanpa pengaruh rasa lapar.
food pornfoto selera sajiFotografiTiadaGambar hidangan makanan yang dipersembahkan dengan cara yang sangat menarik dan membuka selera makan orang yang melihatnya.
12345678910...

Kembali ke atas