Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.long.song] | سلوڠسوڠ

Definisi : Jk 1. salut, kelubung, pembungkus, sarung; 2. simpai atau berangus (pd mulut anjing); menyelongsongi membungkus, mengelu­bungi, menyalut, menyelubungi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.long.song] | سلوڠسوڠ

Definisi : salut pd muncung anjing (supaya tidak dpt menggigit); berangus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selongsong (kata nama,)
Bahasa Asal :Jakarta
1. Bersinonim dengan salut: kelubung, sarung, pembungkus, bekas, sampul, pembalut, pembebat, selubung, penutup, penyalut, barut, pembarut, pengikat, pembelit, selaput,
Berantonim dengan isi

2. Bersinonim dengan simpai: berangus, bingkai, gelang-gelang, sampak, lenja, salut, sendi, ikatan, tepi,

Kata Terbitan : menyelongsongi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah Bahasa Malaysia yang betul untuk "aircraft fan case". Adakah ia selongsong kipas pesawat atau kelongsong kipas pesawat?Kami mencadangkan "aircraft fan case" diterjemahkan sebagai "selongsong kipas pesawat"
Penyemakan dan penterjemahan23.07.2020
Apa terjemahan ke dalam bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "folder", selain daripada "fail"?Perkataan folder boleh diterjemahkan kepada folder, selongsong dan pelipat mengikut konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang. Untuk maklumat lanjut, klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=folder.Penyemakan dan penterjemahan09.06.2015
Selamat petang Encik/Puan, Perkataan yang sesuai dalam Bahasa Malaysia untuk perkataan 'casing'(computer). Sekian terima kasih Admin Pustaka VisionUntuk makluman tuan, terdapat beberapa terjemahan bagi perkataan casing termasuklah selongsong, perumah, bingkai  seperti dalam http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=casing&d=346196&#LIHATSINI. Pada pandangan kami, padanan bahasa Melayu yang paling hampir ialah perumah jika bersesuaian dengan konsep.Penyemakan dan penterjemahan03.11.2017
Assalamualaikum, Terjemahan sesuai bagi 1. Case/Casing telefon pintar 2. True Wireless Stereo(TWS), penerangan True wireless earbuds have no cord to keep each bud connected to each other. They rely on wireless technology such as Bluetooth to transmit audio from a hardware device. Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi istilah phone case/casing ialah selongsong telefon dan padanan istilah True Wireless Stereo (TWS) ialah stereo nirwayar sepenuhnya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.12.2022

Kembali ke atas