Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.long.song] | سلوڠسوڠ

Definisi : Jk 1. salut, kelubung, pembungkus, sarung; 2. simpai atau berangus (pd mulut anjing); menyelongsongi membungkus, mengelu­bungi, menyalut, menyelubungi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.long.song] | سلوڠسوڠ

Definisi : salut pd muncung anjing (supaya tidak dpt menggigit); berangus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selongsong (kata nama,)
Bahasa Asal :Jakarta
1. Bersinonim dengan salut: kelubung, sarung, pembungkus, bekas, sampul, pembalut, pembebat, selubung, penutup, penyalut, barut, pembarut, pengikat, pembelit, selaput,
Berantonim dengan isi

2. Bersinonim dengan simpai: berangus, bingkai, gelang-gelang, sampak, lenja, salut, sendi, ikatan, tepi,

Kata Terbitan : menyelongsongi,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOM

Bom ialah senjata yang meletup. Bom digunakan

terutamanya dalam peperangan. Pengganas

juga menggunakannya. Bom membunuh dan

mencederakan manusia dan memusnahkan

bangunan, kapal terbang, kapal laut, dan sasaran

lain. Kebanyakan bom terdiri daripada selongsong

logam berisi bahan letupan atau bahan kimia.

Sesetengah bom cukup kecil hingga boleh dibawa

dengan tangan. Pengganas sering menggunakan

bom demikian. Dalam peperangan, bom kecil

boleh dicampakkan sebagai grenad atau

dilepaskan dari meriam. Walau bagaimanapun,

kebanyakan bom adalah besar dan digugurkan dari

kapal terbang.

UMUM 

Kembali ke atas