Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.long.song] | سلوڠسوڠ

Definisi : Jk 1. salut, kelubung, pembungkus, sarung; 2. simpai atau berangus (pd mulut anjing); menyelongsongi membungkus, mengelu­bungi, menyalut, menyelubungi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.long.song] | سلوڠسوڠ

Definisi : salut pd muncung anjing (supaya tidak dpt menggigit); berangus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selongsong (kata nama,)
Bahasa Asal :Jakarta
1. Bersinonim dengan salut: kelubung, sarung, pembungkus, bekas, sampul, pembalut, pembebat, selubung, penutup, penyalut, barut, pembarut, pengikat, pembelit, selaput,
Berantonim dengan isi

2. Bersinonim dengan simpai: berangus, bingkai, gelang-gelang, sampak, lenja, salut, sendi, ikatan, tepi,

Kata Terbitan : menyelongsongi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
protective casingselongsong pelindungKejuruteraanPetroleumSinonim: 1. rentetan selongsong pelindung 2. selongsong pertengahan Selongsong yang dipasang untuk beberapa tujuan tertentu seperti mencegah gugurnya formasi, mengawal telaga yang terdapatnya tekanan abnormal tinggi mencegah kehilangan edaran dan sebagainya. Jumlah selongsong pelindung yang diperlukan mungkin lebih daripada satu, bergantung pada kedalaman telaga dan masalah yang dihadapi semasa penggerudian. Kedalaman pemasangan berbeza-beza bergantung pada keadaan telaga. Garis pusatnya ialah antara 7 – 11 ¾ inci.
surface casingselongsong permukaanKejuruteraanTiadaRentetan selongsong yang dipasang antara selongsong pengalir dengan selongsong pertengahan.
intermediate casingselongsong pertengahanKejuruteraanTiadaSelongsong yang dipasang di antara selongsong permukaan dengan selongsong pengeluaran.
casing centraliserpemusat selongsongKejuruteraanTiadaPeranti yang dipasang pada rentetan selongsong supaya selongsong berada di tengah lubang gerudi.
long stringrentetan panjangKejuruteraanPetroleum1) rentetan selongsong terakhir atau selongsong terkecil yang diset pada sesebuah telaga. 2) Rentetan selongsong yang diset melalui atau menembusi zon pengeluaran sesebuah telaga. Kadangkala dikenali juga sebagai rentetan minyak atau selongsong pengeluaran. Beberapa rod penyedut yang diskrukan antara satu sama lain bagi menghubungkan unit pengepaman rasuk yang berada di permukaan dengan unit pam rod penyedut yang berada di dalam lubang telaga. Rujuk : unit pengepaman rasuk.
production casingselongsong pengeluaranKejuruteraanPetroleumTalian selongsong terakhir dan merupakan selongsong dengan garis pusat terkecil yang dipasang di dalam telaga yang di dalamnya akan tergantung talian tetiub. Kadangkala talian ini boleh bertindak sebagai media pengeluaran jika tidak terdapat talian tetiub di dalamnya.
casing pointtitik selongsongKejuruteraanPetroleumKedalaman lubang telaga untuk selongsong dipasang. Biasanya selongsong dipasang atau disimen di dalam lubang telaga.
casing centralizerpemusat selongsongKejuruteraanPetroleumSalah satu peralatan penyimenan yang digunakan dalam kerja-kerja menyimen selongsong. Alat ini bertujuan untuk menahan selongsong agar betul-betul berada di tengah-tengah lubang gerudi dan tidak menyentuh mana-mana bahagian dinding lubang semasa selongsong ditempatkan di dalam telaga. Keadaan ini diperlukan supaya terdapat lapisan simen yang seragam di sekeliling selongsong sehingga penyimenan yang terjadi lebih sempurna. Tanpa alat ini selongsong akan menyandari dan menyentuh dinding lubang telaga dan akan mengakibatkan ada bahagian di sekeliling selongsong yang tidak diisi oleh simen.
casing headkepala selongsongKejuruteraanPetroleumGegasan keluli mempunyai bebibir yang berat yang dipasang di bahagian atas rentetan selongsong. Berguna bagi menyediakan tempat untuk pasangan gelincir dan pasangan penggalas, penahan berat selongsong, menjadi tempat rentetan selongsong berikutnya bergantung dan untuk mengedap anulus bagi mencegah berlakunya aliran bendalir. Semasa operasi penggerudian atau operasi ulang kerja berlangsung, gegasan ini akan bertindak sebagai sauh kepada alat kawalan tekanan.
cement casingmenyimen selongsongKejuruteraanPetroleumMengisi anulus antara selongsong dan lubang dengan buburan simen, dengan tujuan melekatkan selongsong pada formasi, memberi sokongan pada selongsong dan mencegah perpindahan bendalir antara zon-zon yang telap.
12345678910...

Kembali ke atas