Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon semak terjemahan: 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama atau Perkhidmatan Guna-Sama 3. Micro Precision - Kejituan MikroTerjemahan yang diberikan adalah betul dan ketepatannya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.

1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian
2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama/Perkhidmatan Guna Sama
3. Micro Precision - Kejituan Mikro
Istilah11.01.2016
1. Saya terkeliru penggunaan tanda sempang pada kata ganda berentak. Mengapakah perkataan semak samun tiada tanda sempang tetapi sayur-mayur ada tanda sempang? Bagaimanakah untuk mengenal pasti sama ada ada tanda sempang atau tidak pada kata ganda berentak atau berima? 2. Apakah perbezaan oleh sebab dan oleh kerana?1. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan seperti semak samun (semak - semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar, samun - semak-semak dan belukar yg terbiar). Manakala, sayur-mayur perlu diletakkan sempang kerana "mayor" tidak mempunyai maksud yang membolehkannya berdiri sendiri. Akan tetapi, tidak ada rumus yang boleh digunakan untuk mengenal pasti bentuk ejaan ini kecuali merujuk kamus.

2.   Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. Kata pemeri ialah digunakan sebagai unsur persamaan atau ekuatif manakala adalah digunakan sebagai unsur huraian atau kualitatif. Cara membezakannya adalah melalaui penggunaannya dalam ayat. Contoh: perkara yang mustahak ialah usaha yang ... sumbangan beliau adalah dari segi... kamus merakamkan semua perkataan yang terdapat dalam penggunaan bahasa oleh masyarakat . Walau bagaimanapun masyarakat harus bijak memilih perkataan tersebut kerana bukan semua perkataan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
Tatabahasa13.08.2015
sila semak: 1.sel yang dibelah itu mendua 2. Emak menduai pisang itu agar boleh dibahagikan sama rata 3. Zali menduakan isterinya 4. Wang yang dicuri itu diperdua untuk diberi kepada orang bawahannyaAyat yang betul ialah "emak membahagikan pisang itu kepada dua agar boleh dibahagikan sama rat". Ayat yang lainnya adalah betul. Harap maklum.Tatabahasa24.09.2007
sila semak...1. jurutulis atau juru tulis 2. jurutera atau juru tera 3. jururawat atau juru rawat ....begitu juga perkataan lain, bagaimanakah hendak kita tahu yang mana perlu dijarakkan dan yang mana perlu dirapatkan?Jawapan yang betul ialah jurutulis, jurutera, jururawat. Perkataan yang perlu dijarakkan ialah perkataan yang ada makna dan boleh berdiri sendiri. Selain daripada perkataan perlulah dirapatkan. Harap maklumTatabahasa05.08.2007
Salam sejahtera. 1. check email dalam bahasa Melayu : semak emel atau periksa emel ? 2. Tempat bas berhenti di tepi jalan ialah perhentian bas ? Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah:

1. semak e-mel

2. perhentian bas

Istilah20.04.2011
I Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di tepi semak itu. IIKertas kerja yang telah siap ini akan kami semak bersama-sama. IIISemak hatinya apabila dia gagal dalam peperiksaan akhir tahun. IV"Sila semak jawapan anda dengan teliti sebelum mneghantarnya kepada saya," kata Cikgu Liyana kepada para pelajar Keempat-empat ayat semua betul atau salah satu ayat salah? Terima kasih1. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di tepi semak itu.
2. Kertas kerja yang telah siap ini akan kami semak bersama-sama.
3. Semak hatinya apabila dia gagal dalam peperiksaan akhir tahun.
4. "Sila semak jawapan anda dengan teliti sebelum mneghantarnya kepada saya," kata Cikgu Liyana kepada para pelajar.
Keempat-empat ayat semua betul, namun ayat 3 jarang digunakan kerana "semak" dalam konteks tersebut memberikan maksud kiasan kusut fikiran atau kacau.
Tatabahasa02.08.2022
Salam Satu Malaysia, Berikut merupakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang digabungkan.Tolong semak. 1.a)Hani menghantar e-mel kepada nenek.(dan) b)Hani menghantar e-mel kepada datuk. Hani menghantar e-mel kepada nenek dan kepada datuk? (adakah kata sendi 'kepada' datuk perlu digugurkan seperti kata sendi 'di"? 2. a)Semua komputer ada papan kekunci.(tetapi) b)Tidak semua komputer ada pad sentuh. Semua komputer ada papan kekunci tetapi tidak semua ada pad sentuh.(perlukah perkataan 'komputer' digugurkan selepas tidak semua? Sekian, terima kasih.1. Ayat yang gramatis ialah Hani menghantar e-mel kepada nenek dan datuk dan Semua komputer ada papan kekunci tetapi tidak semua ada pad sentuh.Tatabahasa20.10.2016
1.) Sila semak adakah bahasa melayu dan ejaan dalam baner betul sebelum saya mendapatkan Lesan Permohonan Permit Iklan Sementara. 2.) Boleh kah sata dapat kelulusan untuk baner sebelum saya cetak.Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain24.04.2014
1.) Sila semak adakah bahasa melayu dan ejaan dalam baner betul sebelum saya mendapatkan Lesan Permohonan Permit Iklan Sementara. 2.) Boleh kah sata dapat kelulusan untuk baner sebelum saya cetak.Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain24.04.2014
1)nak semak ejaan masukkan@masukan..yang mana yang tepat..

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain26.10.2010
12345678910...

Kembali ke atas