Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id, bp sama emak (ibu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, 1.Ayat berikut merupakan dua ayat tunggal yang akan digabungkan menjadi ayat majmuk. Tolong semak jawapan yang diberikan. a)Pasukan Merah yang menang? b)Pasukan Hijau yang menang? Jawapan:i) Pasukan Merah atau Hijau yang menang? ii) Pasukan Merah atau Pasukan Hijau yang menang? Jawapan I atau ii yang betul? Perlukan pasukan dalam ayat ii ditulis huruf besar? 2.Adakah murid Tahap Dua dianggap sebagai kata nama khas?Jawapan yang sesuai ialah i) Pasukan Merah atau hijau yang menang.
Murid Tahap Dua bukan kata nama khas.
Lain-lain11.10.2015
Assalamualaikum... Boleh jelaskan jawapan yang tepat. 1."Sila semak jawapan ________sebelum menghantarnya," pesan Cikgu Lina kepada murid-murid kelasnya. Jawapannya kamu atau anda. 2.Saya yakin ________dia akan menang nanti. Jawapannya yang atau bahawa 3. Adakah kedua-dua ayat ini ayat tunggal. i. Kucing itu mengiau. ii.Hakim membeli pen di Kedai Runcit Zaki.Waalaikumussalam,

1. Sila semak jawapan kamu sebelum menghantarnya," pesan Cikgu Lina kepada murid-murid kelasnya.

2. Saya yakin yang dia akan menang nanti.

3. i.. Kucing itu mengigau - ayat tunggal
    ii. Hakim membeli pen di Kedai Runcit Zakit - ayat penyata

Tatabahasa18.08.2015
Salam sejahtera, saya ingin bertanya beberapa soalan: 1.Yang betul adalah sekaligus atau sekali gus?Adakah penggunaan perkataan ini dibenarkan dalam penulisan artikel kerana tiada dalam kamus dewan? 2. Mohon semak penggunaan huruf besar bagi ayat di bawah: i)Di India, Daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta. ii)Di Jepun, Bandar Raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas. iii)Seperti gerakan koperasi di Jepun, Mesyuarat Agung adalah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori. Terima kasih.

Berikut adalah jawapan bagi soalan puan:

1.   Ejaan yang betul ialah sekali gus dan perkataan ini terdapat dalam Kamus Pelajar sebagai entri dan sebagai huraian dalam Kamus Dewan.

2.   Di India, daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta.

3.   Di Jepun, bandar raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas.

Seperti gerakan koperasi di Jepun, mesyuarat agung ialah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori.
Tatabahasa19.11.2014
Assalamualaikum, saya perlukan nasihat atas beberapa istilah sains berikut yang sepadan dengan istilah Bahasa Melayu. Baltimore virus classification Class I: double stranded DNA virus Class II: single stranded positive sense DNA virus Class III: double stranded RNA virus Class IV: positive sense single stranded RNA virus Class V: negative sense single stranded RNA virus Class VI: single stranded positive sense RNA virus with reverse transcriptase Class VII: double stranded DNA virus with reverse transcriptase 5′ (Five-prime) methylated cap 3′ (Three-prime) polyadenylated tail 5′ (Five-prime)-leader-untranslated region (UTR) RNA dependent RNA polymerase DNA dependent RNA polymerase DNA directed DNA polymerase RNA directed DNA polymerase Terima kasih
Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan puan, kami mencadangkan istilah-istilah yang berikut:

Pengelasan Virus Baltimore:
  1. Kelas i: Virus DNA bebenang ganda dua
  2. Kelas ii: Virus DNA bebenang tunggal deria positif
  3. Kelas iii: Virus RNA bebenang ganda dua
  4. Kelas iv: Virus RNA bebenang tunggal deria positif
  5. Kelas v: Virus RNA bebenang tunggal deria negatif
  6. Kelas vi: Virus RNA bebenang tunggal deria positif dengan transkriptase berbalik

Bagi mendapatkan padanan yang sesuai untuk istilah sains Kelas VII, mohon pihak puan untuk memberikan terjemahannya terlebih dahulu untuk kami semak dari segi bahasa. Puan juga boleh merujuk laman web prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan istilah yang bersesuaian.
Istilah04.04.2020
masalah penggunaan 'kan". keadaan bagaimana verb boleh tambah 'kan'. keadaan bagaimana 'kan' dihujung kata perbuatan tak patut letak 'kan' . saya perlu jawapan segera, kerana banyak 'kan' saya kena potong oleh supervisor semak thesis phdSemua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan.  Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan.
Mohon tuan dapat berikan contoh penggunaan -kan dalam tesis yang diterima dan dipotong.
Tatabahasa03.07.2014
Salam tuan,selamat hari raya di sana! Saya ada dua soalan yang memerlukan penerangan tuan. 1) Mengapakah "teringat dengan" tidak boleh diterima? Ayat: Saya teringat dengan dia. 2) Adakah kata nama boleh ditambah -nya untuk menunjukkan kesan penekanan? Ayat: Suaminya di mana? ( "suaminya" di sini tidak merujuk kepada suami dia. Pemcakap cuma ingin berkata jodohnya belum ditemui lagi,jadi adakah "suaminya" betul?) Saya telah semak nota berkaitan kata pembenda,kata penekan. Namun saya tidak nampak sumber yang boleh membuktikan ayat itu benar. ----- Ayat yang biasa dengar,pelayan selalu akan sebut "semuanya dua puluh ringgit.". Adakah "semuanya" di sini betul juga? Adakah "semua" ialah kata adjektif membuatkannya betul? ---- Terima kasih tuan!

1. Frasa “teringat dengan” atau ayat “Saya teringat dengan dia” tidak betul kerana kata sendi nama “dengan” yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama, hanya digunakan untuk membawa maksud seperti yang di bawah sahaja, iaitu:

i. Membawa maksud bersama-sama atau berserta
ii. Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan
iii. Membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat
iv. Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama

Ayat yang betul ialah “Saya teringat akan dia”.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1546, perkataan “-nya” merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, seperti rumahnya, suaminya dan yang seumpama dengannya. Selain itu, kata ganti nama diri orang ketiga “-nya” boleh berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Bentuk kata ini hadir selepas perkataan. Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya dan datangnya.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 104 dan 295-296.


Tatabahasa11.04.2024

Kembali ke atas