Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sempit (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan ketat, kecil, kupit, ketang, ketat, kopet, kincup, terik, sepan, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan cetek, picik, dangkal, singkat, pendek, tidak panjang, cupet,
Berantonim dengan luas.

3. Dalam konteks lipatan
bersinonim dengan khusus, terhad, kecil, terbatas,
Berantonim dengan merata

4. Bersinonim dengan miskin: sesak: susah, payah, sukar, picik, serba kekurangan, miskin, papa, teruk, terhimpit, tersepit, terdesak, sulit, rumit, berat, gawat,
Berantonim dengan kaya

Kata Terbitan : bersempit-sempit, menyempit, menyempitkan, mempersempit, kesempitan, penyempitan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah betul padanan jenis vokal dengan kata yang mengandungi vokal tersebut ? 1. vokal tengah = beranda 2. vokal belakang sempit = tulus 3. vokal depan separuh sempit = kole 4. vokal belakang separuh sempit = tolong

Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, walau bagaimanpun kami cadangkan saudara rujuk buku yang berkaitan dengan fonetik seperti:

Fonetik dan fonologi bahasa Melayu,PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., 2008

Fonetik dan fonologi,Gramedia Pustaka Utama, 1998

Pengenalan fonetik dan fonologi,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006

Tatabahasa26.08.2011
Assalamualaikum tuan DBP. saya ingin bertanya soalan. 1. Apabila kita mengatakan tentang akhlak perlu didasarkan dengan agama, ini bukan bermakna kita mengajak kearah subjektiviti akhlak yang sempit. Ayat yang betul : Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu didasari oleh agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda/kalian ke arah subjektiviti akhlak yang sempit. Apakah kesalahan tatabahasa yang dilakukan dalam ayat ini? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: Apabila kita mengatakan bahawa akhlak perlu berlandaskan agama, hal ini tidak bermakna bahawa kita mengajak anda ke arah subjektiviti akhlak yang sempit.  
Tatabahasa24.11.2020
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan bagi istilah berikut? 1)Narrow Bodied Jet Aircraft 2)Regional Jet Aircraft Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut;

1. Narrow Bodied Jet Aircraft - Pesawat Jet Berbadan Sempit 
2. Regional Jet Aircraft - Pesawat Jet Jarak Dekat
Istilah16.01.2016
1.Bagaimanakah caranya untuk mengenali 'e' taling dan 'e' pepet dalam satu perkataan. 2.Apakah sebutan untuk perkataan PANEL. terima kasih

1. Dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu, bunyi e seperti yang terdapat dalam perkataan 'leka' dan bunyi e dalam perkataan 'besar' diwakili oleh huruf yang sama, iaitu e. Huruf 'e' dalam 'leka' yang merupakan vokal depan separuh sempit disebut e taling  manakala huruf e dalam 'besar' yang merupakan vokal tengah separuh luas disebut e pepet. Hanya tiga vokal, iaitu i,a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling),  o dan e (e pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan.  Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman seperti sate, tauge, logo dan polo. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

2. panel (e pepet)

Ejaan08.02.2011
adakah maksud kesempatan sama dengan maskud kelapangan?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesempatan bermaksud peluang untuk, waktu yang terluang untuk. Contoh ayat: Rejab mengambil kesempatan itu untuk melarikan diri.  

Kelapangan bermaksud:

1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan. Contoh ayat: Dia semata-mata minta kelapangan pada tempat yang sempit

2. keluangan waktu, masa yang terluang (tidak sibuk). Contoh ayat: Tiap-tiap kali ada masa kelapangan, dia akan menemui Nahidah.

3. kelegaan (fikiran,kedudukan, dll) kemudahan. Contoh ayat: Masyarakat selama-lamanya mencari kelapangan dan kebebasan.

Makna16.04.2011
Salam, sukacita sekiranya pihak DBP dapat memaklumkan istilah yang sesuai untuk perkataan berikut: collared shirt = kemeja berkolar ribbed neckline = leher baju beralur round neck = leher baju bulat crewneck = leher baju kecil/ leher baju kru (Crewneck merujuk kepada leher baju berpotongan bulat tetapi saiznya lebih sempit berbanding leher baju bulat) Dalam laman web DBP, "scoopneck" diterjemahkan sebagai garis leher skup. Adakah leher baju lebih sesuai digantikan kepada garis leher atau boleh dikekalkan? Sekian, terima kasih.Untuk makluman, setakat ini perkataan bahasa Inggeris tersebut tidak mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Sunggupun begitu, kami mencadangkan terjemahannya seperti di bawah:

1. collared shirt - baju leher berkolar
2. ribbed neckline - baju leher beralur
3. round neck - baju leher bulat
4. crewneck - baju leher ketat
Penyemakan dan penterjemahan19.09.2018
Adakah perkataan ritual boleh diterjemah sebagai upacara?Berikut ialah makna bagi kata ritual dan upacara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

ritual
kata nama 1 tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan:
Jemaah haji melakukan pelbagai ritual dengan penuh ketulusan dan kesabaran Teater tradisional seperti makyung, mekmulung dan sebagainya memulakan persembahan dengan ritual.

kata adjektif 2 berkaitan tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan: Kita perlu membetulkan tanggapan sempit masyarakat mengenai masjid sebagai pusat kegiatan ibadah harian yang ritual dan statik.

upacara
kata nama 1 majlis keramaian menurut adat, kebiasaan atau agama: Upacara memotong kek dilakukan selepas bersanding. upacara peminangan;
2 majlis rasmi yang dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu, misalnya melantik sso atau memperingati sst: Upacara menaikkan bendera 10 buah negara Asia Tenggara yang bertanding diadakan di perkampungan sukan. upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara; upacara pertabalan;
3 klasik penghormatan rasmi kepada tetamu dan lain-lain: Maka baginda pun segera bangun berdiri serta memberi upacara dan berhormat-hormatan kedua betara itu.
4 klasik alat kerajaan atau tanda kebesaran seperti pedang dan payung.

Pemilihan kata ini adalah bergantung kepada konsep dan kesesuaian penggunaan kata tersebut.
Lain-lain17.07.2023

Kembali ke atas