Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
semu
1. Bersinonim dengan bukan yang sebenarnya
( tidak sesungguhnya, pura-pura, main-main, olok-olok, icak-icak, ecek, buat-buatan, palsu, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benar-benar

2. Bersinonim dengan semu-semu
( lebih kurang, agak, sedikit, sedikit sebanyak, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan banyak

3. Bersinonim dengan semu daya
( tipu daya, muslihat, pelabi, helah, helat, akal, tipu belit, honar, tipu helah, alasan, dalih, putar belit, kilah, jerat, )
(kata nama:)
Berantonim dengan nyata

Kata Terbitan : menyemu, menyemui, menyemukan, tersemu, penyemu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, 1. Adakah kata ganda semu termasuk dalam kategori kata ganda dalam Tatabahasa Dewan

Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa25.04.2010
Apakah maksud kata semu? Adakah betul 1. Apa nama anda? (Salah) 2. Siapa nama anda? (betul)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, semu bermaksud bukan yg sebenarnya, tidak sesungguh-nya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja. Frasa yang betul ialah siapakah nama anda ataupun nama anda siapa? Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Istilah20.07.2010
1. Adakah "para murid" digunakan betul? 2. Adakah "banyak kanak-kanak" digunakan betul? Atau "banyak kanak" betul?1. Murid boleh membawa maksud seorang atau ramai berdasarkan konteks penggunaannya. Oleh itu, perkataan murid tidak perlu didahului penanda jamak seperti para.
2. Kanak-kanak ialah kata ganda semu dan membawa makna yang khusus apabila digandakan dan kata ganda semu bukan penanda jamak. Oleh itu, frasa banyak kanak-kanak betul dan boleh digunakan.
Tatabahasa08.01.2014
Minta tuan jelaskan 1) penggunaan yang betul bagi kata "adalah" 2) perbezaan di antara "kepada" dan "ke" 3) perbezaan di antara "dari" dan "daripada"

Kata pemeri "adalah" digunakan untuk menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh ayat: Kursus ini adalah untuk memberi penjelasan berkenaan format surat rasmi.

2. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contoh ayat: Sila kembalikan borang ini kepada kerani pejabat ini, peserta bengkel dibahagikan kepada dua kumpulan, keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi.

3. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contoh ayat: Angin kencang bertiup dari arah selatan, perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi, anda datang dari mana?. Kata sendi nama "daripada" pula  hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang berkaitan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan abstrak; sumber atau asal kejadian sesuatu benda perbandingan; menyatakan sebahagian daripada semu, perbezaan, perubahan atau perbandingan. Contoh ayat: Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah, ukiran itu diperbuat daripada logam, edisi kedua buku itu lebih lengkap daripada edisi pertama.

Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 263-274.  

Tatabahasa06.05.2010
Dalam halaman 201 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Tiga, dalam contoh ayat 261-266, bolehkah saya ubah ayat kepada ayat yang seperti di bawah ini: 261. LAMPU-LAMPU yang bergantungan di dinding 262. BENDERA-BENDERA warna-warni berkibaran di sepanjang jalan. 263. BINTANG-BINTANG bertaburan di langit. 264. BURUNG-BURUNG layang-layang berterbangan di angkasa. 265. DAUN-DAUN/DEDAUN berguguran di halaman rumah. 266. (Ayat dikekalkan) Kanak-kanak berkejaran di padang sekolah. 1. Jika ayat tersebut tidak boleh diubah seperti yang saya tulis di atas, apakah sebabnya? Boleh berikan keterangan? 2. "Kanak-kanak" bukan kata ganda kerana "kanak-kanak" ialah satu perkataan? 3. "Dedaun" sama dengan "daun-daun"?Perkataan bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran dan berkejaran ialah kata kerja terbitan yang terhasil daripada  penggunaan apitan beR-...-an yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak.  Oleh itu subjek seperti lampu, bendera, bintang, burung layang-layang, daun kering tidak perlu digandakan lagi. 

Manakala kanak-kanak pula ialah kata ganda semu dan membawa makna yang khusus apabila digandakan dan kata ganda semu bukan penanda jamak. Oleh itu, kanak-kanak betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut..
Lain-lain05.05.2014

Kembali ke atas