Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
senak (adjektif)
1. Dalam konteks perut
bersinonim dengan mengah, senuh, sebak, segah, sangih, sekak, sendat, sebu, merasak,
Berantonim dengan lega

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hiba, terharu, rawan, gundah-gulana, pilu, susah hati, murung, masyghul, dukacita, sengsai, walang, lara, duka nestapa, duka lara, murum, suram,
Berantonim dengan gembira

3. Bersinonim dengan tergenang: penuh air, sebak, sabak, melimpah, bah, banjir, ampuh, lembak, banyak air, empoh, kojoh,
Berantonim dengan kering

Kata Terbitan : menyenak, tersenak, tersenak-senak, kesenakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
general adaptation syndromsindrom adaptasi umumPsikologiPsikologi UmumSatu siri reaksi badan terhadap stres yang dialami secara berterusan. Menurut Selye, terdapat tiga peringkat utama reaksi badan, iaitu peringkat kecemasan, peringkat rintangan dan peringkat kelesuan. Pada peringkat kecemasan, jentera badan individu akan digerakkan bagi menghadapi tekanan. Beberapa sumber biologi akan dikerahkan untuk berdaya tindak seperti rembesan hormon adrenalina dan noradrenalina yang bertujuan mempercepat aktiviti organ seperti jantung, paru-paru dan saluran darah untuk menghantar makanan dan tenaga bagi menghadapi kegawatan yang ditimbulkan oleh stres. Pada peringkat ini, mangsa boleh menghadapi beberapa simptom seperti sakit kepala, demam, sakit otot, letih, mengah, cirit-birit, senak perut, hilang selera makan dan kurang bertenaga. Pada peringkat rintangan, penyesuaian badan dapat menstabilkan diri terhadap tekanan. Apabila sistem pertahanan badan dapat mengimbangi keadaan, simptom-simptom reaksi kecemasan akan hilang. Walaupun secara luarannya individu kelihatan baik kerana badannya dapat berdaya tindak terhadap punca stres yang dialami, namun rintangan terhadap punca stres yang lain akan berkurangan. Contohnya, haiwan boleh mengatasi masalah kesejukan yang melampau tetapi kemampuannya untuk melawan serangan penyakit akan menjadi lemah. Pada peringkat inilah wujudnya tanda awal kelesuan. Pada peringkat kelesuan, sumber-sumber yang ada akan kehabisan dan hormon-hormon stres menjadi kontang. Individu yang terlibat berkemungkinan besar akan mengalami penyakit psikosomatik, kesihatan yang terganggu dengan teruk atau boleh membawa maut.
antidyspepticantidispepsiaHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat melegakan atau mengurangkan rasa sakit atau senak pada bahagian perut. Contohnya, ekstrak rizom kunyit (Curcuma longa) dan rizom lempoyang (Zingiber zerumbet) yang bersifat antidispepsia.

Kembali ke atas