Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sengkang (kata nama)
1. Bersinonim dengan palang: bantalan, bantal-bantal, kekang,

2. Bersinonim dengan tanda sengkang: sempang

Kata Terbitan : menyengkang, bersengkang mata, tersengkang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Terangkan dengan lebih terperinci penggunaan perkataan sengkang. 2) Adakah penggunaan perkaatan sengkang yang mewakili (-) masih diguna pakai pada masa kini? 3) Maksud dash (-) dalam Basa Melayu.

1)    1)  Penggunaan tanda sengkang adalah seperti yang berikut:

i.  Kata ulang (contoh: anak-anak).
ii. Menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris.
iii.Memperjelaskan ungkapan (contoh: k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g).
iv.Merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil (contoh: hamba-Mu, pro-Malaysia).
v. Merangkaikan “ke” dengan angka (contoh: ke-25).
vi.Hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah (contoh: alat pandang dengar).

Tanda sengkang yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan.

Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea (contoh: Segala impiannya – harta dan pangkat musnah akibat perbuatannya sendiri) atau menggantikan perkataan hingga, seperti Jun – September.

2) Tanda sengkang masih diguna pakai sehingga kini.

3) Maksud dash (-) dalam Bahasa Melayu ialah sengkang atau sempang. Sengkang dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tanda yang menceraikan suku kata dan lain-lain, sempang.

3)  

Lain-lain06.05.2020
penggunaan simbol sengkang ( / ) selepas penggunaan sengkang perlu jarak atau tidak perkataan berikutnya. contoh: 1. jabatan/ agensi yang terlibat. 2. jabatan/agensi yang terlibat. antara 2 contoh di atas yang mana betul?Tanda (/) atau dikenali sebagai Tanda Garis Miring yang berfungsi sebagai pengganti kata "atau" tidak perlu dijarakkan, contohnya jabatan/agensi yang terlibat,Lain-lain22.03.2011
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan sengkang em (em dash) dan sengkang en(en dash)? Mohon penjelasan lanjut dari pihak tuan/puan. Terima kasih.Sengkang em lebih panjang daripada sengkang en juga dikenali sebagai tanda pisah yang berfungsi:

1.  Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat:

     Segala impiannya - wang, nama dan kuasa musnah akibat perbuatannya sendiri.

2.  Menunjukkan aliran penulis yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah, atau berubah-ubah.  Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan.

     Semasa saya di kampong dahulu - saya sudah menyatakan hal ini tadi - saya pernah dilantik sebagai Ketua   Kampung.

3.  Menggantikan perkataan "hingga"

     Jun - Oktober
     Dia tinggal di Bandar itu dari tahun 1977 - 1980

Sengkang en pula dipanggil tanda sempang biasa. Umumnya digunakan untuk :

1.  Menegaskan ejaan sesuatu perkataan

     k-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-o-n-g

2.  Menunjukkan pertuturan yang tidak lancer.

     "M-m-maksud saya begitulah," katanya dengan gugup.

3.  Memisahkan angka yang berbeza fungsi.

     03-2481011                               3016280-07-1

4.  Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.

     Indo-Belanda    anglo-China

5.  Menggabungkan kata awalan dengan kata nama khas.

     anti-Rusia   

6.  Menunjukkan kata ganda.

     beribu-ribu     guru-guru         anak-anak kecil

7.   Pelbagai fungsi.

      Ulang tahun ke-25
      Tahun 60-an
Lain-lain11.06.2015
Apakah terjemahan "dash" dan "hyphen" ? Dalam bahasa Inggeris ada perbezaan antara kedua-duanya.Terjemahan bagi dash dan hyphen ialah tanda sempang/sengkang. Dalam bahasa Melayu yang berbeza ialah (tanda) sempang/sengkang dan tanda pisah.

Sengkang ialah tanda garis melintang yang lebih pendek daripada tanda pisah yang terdapat dalam kata ganda, untuk menghubungkan angka tahun dengan akhiran -an dsb, misalnya dalam perkataan usik-mengusik dan 1990-an;
Kata sinonimnya ialah sempang; tanda sempang; tanda sengkang;

Tanda pisah ialah tanda (–) yang panjangnya satu en yg digunakan untuk memisahkan keterangan sesuatu idea, aliran fikiran penulis dsb, atau menggantikan perkataan hingga.
Contoh penggunaannya ialah:
1Novel yang dibacanya itu meninggalkan pelbagai kesan pd dirinya – sedih, gembira, marah, kesal.
2. Jun – Oktober;

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Tanda Baca.

Lain-lain10.09.2023
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggabungan bahasa Inggeris. Contoh : internalnya. Perlukah diletakkan sengkang 'internal-nya' atau 'internalnya'? Jika internalnya, tanpa sengkang, haruskah diitalikkan internal sahaja? Begitu juga dengan perkataan arab yang berimbuhan? Diitalikkan kata asingnya sahaja? Sekian, terima kasih.

Padanan untuk kata bahasa Inggeris ‘internal’ ialah ‘dalaman”. Peraturan bahasa Melayu tidak membenarkan perkataan bahasa Melayu digabungkan dengan perkataan bahasa lain, kecuali perkataan asing tersebut telah diserap dalam bahasa Melayu dan melalui proses pembentukan istilah bahasa Melayu. Kata pinjaman harus dieja miring (italik) dalam bahasa Melayu. 1">

Penyemakan dan penterjemahan17.01.2015
Mohon pencerahan: Majlis Pelancaran Tadbir Urus 1 UiTM Multisistem. Multisistem perlu sengkang atau jarakkan?Multisistem dieja dalam satu perkataan.Ejaan09.10.2015
Bagaimanakah perkataan gabungan seperti berikut ditulis? 1) menyalah gambarkan 2) menyalah sampaikan 3) menyalah gunakan Sebagai 2 perkataan atau dengan sengkang atau digabungkan?

Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Oleh itu, ejaan yang betul ialah menyalahgambarkan, menyalahsampaikan dan menyalahgunakan.

Ejaan29.07.2011
Salam Perpaduan, 1. Apakah terjemahan yang tepat bagi program "My Beautiful Malaysia"? 2. Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam Bagaimanakah cara untuk menentukan penggunaan kata nama am atau kata nama khas bagi contoh di atas? 3) Apakah beza sempang dan sengkang? 4) Bilakah kita perlu menggunakan satu tanda petik dan dua tanda petik? Terima kasih.

1. Program My Beautiful Malaysia belum mempunyai terjemahan yang khusus dalam data PRPM. Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah Malaysiaku Permai.

2. Bagi ejaan yang dinyatakan dan cara hendak menentukan ejaan kata nama am atau kata nama khas, kami akan merujuk pakar bahasa dan akan memaklumkan kepada saudara kemudian. 
 
3. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, sempang dan  sengkang boleh merujuk simbol yang digunakan dalam kata hubung. Walau bagaimanapun kedua-dua perkataan tersebut ada makna lain yang tidak boleh disamakan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan atau layari prpm.dbp.gov.my .  

4. Tanda petik ("  ") digunakan untuk tujuan tertentu seperti; mengapit cakap ajuk; mengapit judul rencana dan mengapit istilah ilmiah. Tanda petik tunggal ('  ') digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik ("  ").

Tatabahasa07.02.2013
Salam 1Bahasa, Tuan, 1. Perkataan 'ubahsuai' dikatakan perkataan terbaharu Kata Nama Majmuk Mantap yang akan dimasukkan dalam Tatabahasa Dewan pada masa akan datang. 2. Ungkapan 'Sehubungan dengan itu...' dikatakan lewah kerana dalam Kamus Dewan, ungkapan 'sehubungan' bermaksud 'berkaitan dengan'. Dengan kata lain, 'Sehubungan (berkaitan dengan) dengan itu...' adalah lewah. Ada juga yang mengatakan fungsinya sebagai penanda wacana. 3. Perkataan 'cendera' dikatakan bermaksud 'melalaikan mata'. Jadi, kata nama 'cenderamata' adalah lebih tepat berbanding dengan 'cenderahati'. Dengan kata lain, kita bukannya hendak melalaikan hati tetapi melalaikan mata dengan pemberian cenderamata. 4. Perkataan 'sempang' dikatakan merujuk kepada penggunaan kata ganda, contohnya, gunung-ganang manakala perkataan 'sengkang' pula dikatakan merujuk kepada maksud 'hingga', contohnya, dari pagi - petang. Mohon penjelasan tuan tentang perkara di atas. Terima kasih.1. Ubah suai tidak tergolong dalam kategori kata majmuk yang telah mantap ejaannya sebagai satu perkataan. Sehingga kini ubah suai dieja sebagai dua perkataan.
2. Perkataan sehubungan bermaksud berkaitan dengan atau bersangkutan dengan. Frasa "sehubungan dengan itu" bermaksud sama dengan. Berdasarkan makna yang tersebut, perkataan sehubungan itu/sehubungan dengan itu sama, kedua-duanya boleh dipakai. Walau bagaimanapun, frasa "sehubungan dengan itu" yang lebih tepat kerana merujuk perkataan berhubung dengan itu, perlu adanya perkataan dengan dalam frasa tersebut.
3. Perkataan cenderamata dan cenderahati, kedua-duanya diterima pakai bagi merujuk sesuatu yang diberikan kepada seseorang sebagai tanda ingatan.
4. Dalam Kamus Dewan perkataan 'sempang' dan sengkang kedua-duanya boleh merujuk simbol yang digunakan dalam kata hubung. Walau bagaimanapun kedua-dua perkataan tersebut ada makna lain yang tidak boleh disamakan penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan.
Tatabahasa14.04.2012
1.Adakah penggunaan 'di' dalam ayat ini tepat: Namun, ada ketikanya para TG menggunakan “okyaku” iaitu pelanggan untuk merujuk PJ di bawah kendaliannya seperti Contoh 12 dan 13 2.Adakah tanda baca sengkang (-) yang digunakan dalam ayat ini betul: atau ayat keua yang menggunakan tanda koma lebih tepat? Begitu juga pada Contoh 13 - TG2 juga turut mengaplikasikan sistem panggilan sapaan formal Okyaku san/Tuan Pelanggan bagi merujuk PJ5 ketika berinteraksi. Begitu juga pada Contoh 13. TG2 juga turut mengaplikasikan sistem panggilan sapaan formal Okyaku san/Tuan Pelanggan bagi merujuk PJ5 ketika berinteraksi

Penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Namun, ada ketikanya para TG menggunakan “okyaku” iaitu pelanggan untuk merujuk PJ di bawah kendaliannya seperti Contoh 12 dan 13. (penggunaan di)

2. Begitu juga pada contoh 13, TG2 juga turut mengaplikasikan sistem panggilan sapaan formal Okyaku san/Tuan Pelanggan bagi merujuk PJ5 ketika berinteraksi. (penggunaan tanda koma)


Tatabahasa23.11.2020
12

Kembali ke atas