Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.o.lah.o.lah] | سا ءوله-اوله

Definisi : seakan-akan, selaku, seperti: me­langkah indah, ringan, cepat ~ tak ber­pijak di lantai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.o.lah.o.lah] | سا ءوله-اوله

Definisi : seakan-akan: Beliau melangkah ~ tidak berpijak di lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
olah1 (kata nama)
1. Bersinonim dengan canda: tingkah, ragam, kerenah, laku, fiil, perangai, gelagat,

2. Bersinonim dengan akal: muslihat, helah, dalih, tipu daya, kelentong, putar-belit, auta, temberang,

Kata Terbitan : seolah-olah, berolah, memperolahkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vertigovertigoPerubatanTiadaHalusinasi pergerakan, iaitu apabila seseorang terasa seolah-olah sekitarannya berputar (vertigo objektif) atau seolah-olah dirinya sendiri yang berputar (vertigo subjektif). Vertigo boleh dicetuskan pada subjek normal melalui rangsangan tertentu, atau akibat penyakit telinga dalam atau gangguan ke atas radas vestibul. Keadaan ini berlaku dalam beberapa penyakit, misalnya penyakit Meniere dan neuroma akustik. Tanda penting bagi keadaan ini ialah nistagmus, dan antara gejala lain termasuklah loya, muntah-muntah dan rebah.
hallucinationhalusinasiPerubatanTiadaKhayalan terhadap sesuatu perkara, seolah-olah perkara tersebut wujud pada orang yang mengalami keadaan ini. Dalam keadaan begini, orang yang berkhayal itu seolah-olah dapat melihat, mendengar dan menyentuh perkara tersebut, sedangkan perkara tersebut tidak wujud dalam dunia nyata.
dialogismdialogimeKesusasteraanTiadaKeadaan dalam novel yang memerihalkan kewujudan suara yang mencabar kuasa dominan, dan menentang pandangan penulis sendiri. Keadaan ini timbul apabila penulis seolah-olah enggan menguasai atau menyatukan pelbagai sudut pandangannya sendiri. Teknik yang membenarkan kehadiran pelbagai suara ini akan mengizinkan watak, seolah-olah bebas bersuara, dan hasilnya akan tercetus pelbagai pendapat dan suara (polifoni) dalam novel tersebut. Keadaan dialogik ini berbeza dengan keadaan monologik, iaitu suara dan sudut pandangan penulis menjadi dominan, dan watak dalam cerita berperanan semata-mata sebagai saluran pendapat penciptanya. Dialogisme dicipta oleh pengkritik Russia, M.M. bakhtin (1895 � 1975). Lihat juga polifoni.
pretended obsceneteka-teki seolah-olah cabulKesusasteraanTiada.
tingling sensationkederiaan sesemutPerubatanTiadaSensasi seolah-olah cucukan halus yang disebabkan oleh kesejukan, kejutan emosi atau pukulan saraf.
adenoid faciesroman adenoidPerubatanTiadaWajah seolah-olah orang bodoh, yang dicirikan dengan mulut yang sentiasa ternganga, seperti yang kelihatan pada kanak-kanak yang menghidapi pembesaran adenoid.
inertiainersiaFizikMekanikSifat hakiki jirim seolah-olah seperti rintangan yang menghalang perubahan momentum jirim tersebut.
shadow boxingtinju bayangSukanTiadaLatihan bertinju seolah-olah berhadapan dengan lawan tetapi sebenarnya hanya dalam bayangan.
zipzipTeknologi MaklumatTiadaAtur cara yang seolah-olah membungkus satu set fail ke dalam sebuah fail atau arkib yang disebut fail zip. Biasanya fail-fail di dalam fail zip dimampatkan supaya ia menggunakan ruang storan yang kurang atau menjimatkan masa untuk menghantar fail tersebut kepada seseorang. Antara atur cara zip yang popular adalah PKZIP untuk sistem pengendalian DOS, WinZip dan NetZIP untuk Windows, MacZip untuk Macintosh dan zip dan UnZip untuk sistem UNIX. Fail zip yang diterima perlu diekstrak dan dinyahmampat dengan menggunakan atur cara zip yang sama jenis.
pseudotropiapseudotropiaSains KesihatanTiadaMata normal yang seolah-olah berkeadaan juling.
12345678910...

Kembali ke atas