Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ragam (kata nama)
1. Bersinonim dengan olah: tingkah, kerenah, perangai, gelagat, canda, fiil,

2. Bersinonim dengan jenis: macam, bagai, aneka,

3. Bersinonim dengan lagu: langgam

4. Bersinonim dengan corak: ragi, sisik,

Kata Terbitan : seragam, menyeragamkan, keseragaman, penyeragaman, beragam-ragam, meragam, meragamkan, keragaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Untuk menggabungkan ayat-ayat di bawah menjadi ayat majmuk pancangan relatif, yang mana satu adalah betul? Atau kedua-dua jawapan adalah betul? Terima kasih. i) Pekerja restoran memakai pakaian seragam. ii) Pakaian seragam itu kemas. Jawapan 1: Pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas. Jawapan 2: Pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas itu.Jawapan yang betul ialah pekerja restoran memakai pakaian seragam yang kemas.Tatabahasa04.05.2018
Penggunaan Tatabahasa Ayat: 1. Semua pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap. 2. Semua pelajar tingkatan 1, tingkatan 2, tingkaan 3, dan tingkatan 4 diwajibkan menggunakan pakaian seragam sekolah yang lengkap Soalan: Ayat mana yang betul, 1 atau 2?. Apakah kesalahannya? Terima kasih.Kedua-duanya betul dan gantikan perkataan menggunakan kepada memakai.Tatabahasa07.02.2012
1. pakaian seragam pasukan kadet polis sekolah itu kemas nian/sungguh. boleh tolong terangkan perbezaan kegunaan bagi kedua-dua perkataan tersebut. setahu saya kedua-dua perkataan membawa erti yang sama. 2. kegunaan perkataan "titis" dengan "titik". apakah perbezaannya?1. Bergantung kepada kesesuaian ayat dan situasi. 2. Titik dan titis membawa maksud yg sama. Sila rujuk Kamus dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.Tatabahasa15.10.2009
Kata bilangan pisahan: Perlukah penjodoh bilangan diletakkan selepas kata bilangan pecahan 'setiap'? Contoh ayat: Yang manakah gramatis? Setiap murid mesti memakai baju seragam ke sekolah. atau Setiap orang murid mesti memakai baju seragam ke sekolah. Entri di bawah dipetik daripada Kawus Dewan. Penjodoh bilangan 'buah' diletakkan selepas kata bilanga pecahan 'setiap': 'Setiap buah kereta mesti didaftarkan'. Harap dapat jelaskan. Terima kasih. setiap 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban:Ayat yang lebih gramatis ialah ayat kedua kerana penjodoh bilangan "orang" perlu hadir dalam ayat tersebut sebagai penerang pada kata nama yang mengikutinya, seperti dua orang pelajar ...  dua orang ahli PBSM .... setiap orang murid...Lain-lain14.04.2014
Pakaian Seragam Berkualiti HebatUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.
1. Daftar Akaun Pelanggan (bagi pelanggan baharu).
2. Masukkan kata laluan yang diperoleh dan klik Daftar Iklan.
3. Pilih Jenis Iklan - contohnya Papan Premis Kedai (bagi iklan papan tanda syarikat).
4. Buat bayaran.
5. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-21479200/9400/9500.
Lain-lain27.11.2017
1. Apakah ejean yang tepat untuk Yang Berbahagia, Yang Berusaha, YBhg atau YBhg.,YBrs atau Y.Brs. atau YBrs. 2. Jika ejaan bagi screw ialah skru, bukan skrew. Dengan demikian crew harus dieja kru bukan krew. Ejaan tidak seragam antara TV3, RTM dan akhbar. Sila beri penjelasan. 3. Saya masih keliru tentang penentuan waktu. Saya pernah merujuk dgn BDP pada awal tahun 2000. Petang bermula pada pukul 2.00 hingga 6.59 petang. Malam bermula dari pukul 7.00 hingga 11.59 malam. Penentuan waktu ini tidak seragam. TV3 menggunakan petang dari pukul 1.00 hingga 7.00 petang. Ada ketikanya 7.30 pun masih petang. Boleh tuan jelaskan tentang penentuan waktu ini. Terima kasih.

YBhg. Datuk,

i. Ejaan yang tepat ialah YBhg. dan YBrs.  ii. Sehingga kini tiada pembentukan kata kru atau krew. Padanan yang digunakan ialah petugas, pekerja atau anak kapal. 3. Pukul 12.00 hingga 1.59 ialah tengah hari; 2.00 hingga 6.59 ialah petang; 7.00 hingga 11.59 ialah malam; 12.00 hingga 12.59 ialah tengah malam; 1.00 hingga 11.59 ialah pagi.

Dicadangkan semua stesen penyiaran di bawah Kementerian berkenaan bertemu dan membuat satu keputusan tentang penyeragaman penggunaan bahasa di semua stesen penyiaran.

Tatabahasa13.05.2010
1.apakah kebaikan bahasa baku? 2.Apakah keburukan bahasa baku

Saudara,

Bahasa baku menyeragamkan bentuk sebutan dan memudahkan pembelajaran terutamanya dari segi lafaz perkataan dan sebagai rakyat Malaysia kita semua menggunakan satu bentuk sebutan dan melalui penggunaan bahasa yang seragam dapat menyatupadukan rakyat.  Apabila sesuatu bahasa itu dibakukan dan disempurnakan tujuannya adalah untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat. Oleh itu, rasanya  tidak timbul masalah keburukan tentang perkara ini. 

Lain-lain01.07.2010
1. Bagaimana sejarah sebutan baku? 2. Apakah sebutan Johor-Riau boleh digunakan dalam situasi resmi?

Bahasa baku bermaksud sistem bahasa yang digunakan seragam dan mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan.

Manakala bahasa Johor Riau pula ialah bahasa yang kita gunakan pada masa ini yang tidak menyebut sesuatu perkataan mengikut sebutannya. Contohnya sebutan perkataan  saya disebut saya  bagi sebutan bahasa baku manakala dalam bahasa Johor Riau disebut saye.

Lazimnya dalam urusan rasmi penggunaan yang betul perlulah menggunakan bahasa baku

Lain-lain11.01.2020
1. Mahu mencari perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor Riau dari segi Fonologi. 2.Boleh berikan kebaikan dan keburukan sebutan baku

Puan,

Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Sebutan baku Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung, merupakan sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing.

Dari segi kebaikan sebutan baku menyeragamkan semua bentuk sebutan dan menghasilkan satu bentuk sebutan yang seragam yang dapat diucapkan oleh semua lapisan masyarakat di seluruh negara di dalam semua situasi rasmi. Sesuatu sistem jika membawa keburukan tidak akan diteruskan. dalam hal sebutan baku lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Keburukannya mungkin hanya daripada sikap penutur untuk bertutur lain  daripada kebiasaan yang dituturkan.

Tatabahasa22.06.2010
Salam sejahtera, Saya ingin mendapat khidmat nasihat tentang apakah terjemahan yang sesuai dan tepat untuk terma-terma Bahasa Inggeris berikut: 1. Standard subtitles 2. Bimodal subtitles 3. Reversed subtitles Mohon bantuan dan khidmat nasihat daripada pihak DBP. Terima kasih.

Cadangan padanan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

  1. Standard Subtitles - Sari Kata Seragam/Standard
  2. Bimodal Subtitles - Sari Kata Bimod
  3. Reverses Subtitles - Sari Kata Balikan

 

Tatabahasa23.10.2018
12

Kembali ke atas