Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ri] | سري

Definisi : (séri) ® siri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : 1. cahaya semarak: nila gunanya utk menghilangkan warna perang pd kain putih dan menambah ~ pd warna biru; 2. ke-muliaan, keindahan, kemegahan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ; ~ balai sl balai penghadapan (tempat raja dihadapi rakyat); ~ gadus sj kuih pipih dan bulat yg diperbuat drpd tepung gandum; ~ gunung kelihatan cantik (elok, bagus); ~ kaya sj makanan (drpd telur, gula, santan, dan tepung) yg biasanya dimakan dgn roti; ~ muka a) air (cahaya) muka; b) = berseri muka kelihatan bercahaya mukanya (kerana kegirang-an dll); c) sj penganan drpd pulut berlapis dgn seri kaya; ~ panggung orang bintang bangsa-wan (sandiwara dll); berseri 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya; menyerikan menjadikan berseri, menyinar­kan, menyemarakkan (majlis dll): majlis itu diserikan dgn pencak silat; pohon rendang yg sedang diserikan oleh bunga yg memerah cerah; keserian keadaan yg (ber)seri: ~ pakaian baginda terserlah dgn selendang kuning yg dipakainya; penyeri seseorang atau sesuatu yg me­nyeri-kan: anak-anak itulah yg menjadi ~ rumah tangga mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : panggilan utk memuliakan (raja, orang besar, dll): S~ Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; S~ Nara Diraja; perserian sl orang besar-besar (raja dll) yg mendapat gelaran penghormatan Seri (Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, dll): maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang besar-besar menjemput dia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : (séri) Id; pohon (bunga) ~ sj tumbuhan (pokok dan bunga). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : ; menyeri menghisap (madu) drpd bunga: laksana kumbang ~ bunga, kumbang terbang bunga pun layu; sari I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : 1 sesuatu yg menyebabkan se­suatu yg lain kelihatan bertambah indah atau cantik; cahaya; semarak: Nila digunakan utk menambah ~ pd kain putih. 2 sesuatu yg dianggap sbg lambang kemegahan atau kemuliaan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ. ~ gadus kuih yg bulat pipih. ~ gunung keadaan sesuatu yg kelihatan cantik dr jauh. ~ muka a. cahaya muka. b. kuih yg dibuat drpd pulut dan diberi berlapis dgn serikaya dsb. ~ pagi nama sj pokok atau bu­nganya (pokoknya menjalar dan bu­nganya berbentuk spt trompet), Ipomoea spp.. ~ panggung pemain sandiwara atau pelakon bangsawan yg terkenal. berseri 1 kelihatan elok atau indah; bercahaya; bersemarak. 2 = berseri-seri kelihatan cemerlang mukanya kerana kegirangan dll. 3 meriah dan ceria (bkn majlis, persem­bahan dsb): Jika dia datang, majlis itu akan lebih ~. menyerikan 1 menjadikan berseri (bkn wajah, suasana dsb): Ia ~ lagi suasana di ruang makan itu dgn hiasan yg indah. 2 menjadikan (majlis, kehidupan dll) meriah dan ceria: Ramai artis akan ~ konsert Ambang Merdeka. Ketibaan orang baru akan ~ lagi kehidupan mereka. penyeri orang atau sesuatu yg menyerikan: Anak gadisnya itulah yg menjadi ~ hidupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ri] | سري

Definisi : ; menyeri menghisap madu dr bunga-bungaan (bkn kumbang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ri] | سري

Definisi : yg mulia (sbg panggilan atau sbg sebutan utk menghormati raja, orang-orang besar dll): ~ Paduka Baginda; ~ Nara Diraja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seri (kata nama)
1. Bersinonim dengan cahaya: sinar, semarak, kilau, kilat,

2. Bersinonim dengan kemuliaan: keindahan, kemegahan,

Kata Terbitan : berseri, menyerikan,

Puisi
 

Seri Panji gelaran paman,
     Menjadi ratu raja di Kedah;
Bulan tinggi jauh pandangan,
     Hamba di bawah menumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(29)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perseriansl orang besar-besar (raja dll) yg mendapat gelaran penghormatan Seri (Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, dll): maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang besar-besar menjemput dia.Kamus Dewan Edisi Keempat
seri IIpanggilan utk memuliakan (raja, orang besar, dll): S~ Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; S~ Nara Diraja; perserian sl orang besar-besar (raja dll) yg mendapat gelaran penghormatan Seri (Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, dll): maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang besar-besar menjemput dia.Kamus Dewan Edisi Keempat
pudar1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang, kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak ber­seri-seri, luyu, ruyup (mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali; 3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (per­gerakan dll), agak kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya sudah ~ tidak bersemangat lagi; memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dsb); memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
Datin Serigelaran bagi isteri seseorang yg bergelar Datuk Seri (Dato’ Seri).Kamus Dewan Edisi Keempat
Datingelaran bagi isteri seseorang yg telah dianugerahi gelaran kehormatan Datuk (atau Dato’); ~ Seri gelaran bagi isteri seseorang yg bergelar Datuk Seri (Dato’ Seri).Kamus Dewan Edisi Keempat
Yang Berbahagiarujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato’, Datuk dan Datin (yg bukan wakil rakyat);Kamus Dewan Edisi Keempat
seri II(séri) Id; pohon (bunga) ~ sj tumbuhan (pokok dan bunga).Kamus Dewan Edisi Keempat
seri I(séri) ® siri.Kamus Dewan Edisi Keempat
Bijaya(bahagian drpd) gelaran; Seri ~ Adiraja juga disebut Seri Bija Diraja; Bija II.Kamus Dewan Edisi Keempat
seri kayamakanan yg dibuat drpd cam­puran telur, gula dll yg biasanya dimakan dgn roti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas