Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ri] | سري

Definisi : (séri) ® siri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : 1. cahaya semarak: nila gunanya utk menghilangkan warna perang pd kain putih dan menambah ~ pd warna biru; 2. ke-muliaan, keindahan, kemegahan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ; ~ balai sl balai penghadapan (tempat raja dihadapi rakyat); ~ gadus sj kuih pipih dan bulat yg diperbuat drpd tepung gandum; ~ gunung kelihatan cantik (elok, bagus); ~ kaya sj makanan (drpd telur, gula, santan, dan tepung) yg biasanya dimakan dgn roti; ~ muka a) air (cahaya) muka; b) = berseri muka kelihatan bercahaya mukanya (kerana kegirang-an dll); c) sj penganan drpd pulut berlapis dgn seri kaya; ~ panggung orang bintang bangsa-wan (sandiwara dll); berseri 1. bercahaya, bersemarak; 2. kelihatan cantik, berupa mulia (megah dll): maka negeri Melaka pun tiada ~ lagi; 3. = berseri-seri kelihatan bercahaya mukanya dll (kerana kegirangan, keriangan, dll): dgn wajah yg ~-seri, dibukalah surat itu dan dibacanya; menyerikan menjadikan berseri, menyinar­kan, menyemarakkan (majlis dll): majlis itu diserikan dgn pencak silat; pohon rendang yg sedang diserikan oleh bunga yg memerah cerah; keserian keadaan yg (ber)seri: ~ pakaian baginda terserlah dgn selendang kuning yg dipakainya; penyeri seseorang atau sesuatu yg me­nyeri-kan: anak-anak itulah yg menjadi ~ rumah tangga mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : panggilan utk memuliakan (raja, orang besar, dll): S~ Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; S~ Nara Diraja; perserian sl orang besar-besar (raja dll) yg mendapat gelaran penghormatan Seri (Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, dll): maka disuruh jemput orang itu, jika ~ orang besar-besar menjemput dia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : (séri) Id; pohon (bunga) ~ sj tumbuhan (pokok dan bunga). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : ; menyeri menghisap (madu) drpd bunga: laksana kumbang ~ bunga, kumbang terbang bunga pun layu; sari I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ri] | سري

Definisi : 1 sesuatu yg menyebabkan se­suatu yg lain kelihatan bertambah indah atau cantik; cahaya; semarak: Nila digunakan utk menambah ~ pd kain putih. 2 sesuatu yg dianggap sbg lambang kemegahan atau kemuliaan: Rafeah itu ~ segala perempuan di situ. ~ gadus kuih yg bulat pipih. ~ gunung keadaan sesuatu yg kelihatan cantik dr jauh. ~ muka a. cahaya muka. b. kuih yg dibuat drpd pulut dan diberi berlapis dgn serikaya dsb. ~ pagi nama sj pokok atau bu­nganya (pokoknya menjalar dan bu­nganya berbentuk spt trompet), Ipomoea spp.. ~ panggung pemain sandiwara atau pelakon bangsawan yg terkenal. berseri 1 kelihatan elok atau indah; bercahaya; bersemarak. 2 = berseri-seri kelihatan cemerlang mukanya kerana kegirangan dll. 3 meriah dan ceria (bkn majlis, persem­bahan dsb): Jika dia datang, majlis itu akan lebih ~. menyerikan 1 menjadikan berseri (bkn wajah, suasana dsb): Ia ~ lagi suasana di ruang makan itu dgn hiasan yg indah. 2 menjadikan (majlis, kehidupan dll) meriah dan ceria: Ramai artis akan ~ konsert Ambang Merdeka. Ketibaan orang baru akan ~ lagi kehidupan mereka. penyeri orang atau sesuatu yg menyerikan: Anak gadisnya itulah yg menjadi ~ hidupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ri] | سري

Definisi : ; menyeri menghisap madu dr bunga-bungaan (bkn kumbang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ri] | سري

Definisi : yg mulia (sbg panggilan atau sbg sebutan utk menghormati raja, orang-orang besar dll): ~ Paduka Baginda; ~ Nara Diraja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seri (kata nama)
1. Bersinonim dengan cahaya: sinar, semarak, kilau, kilat,

2. Bersinonim dengan kemuliaan: keindahan, kemegahan,

Kata Terbitan : berseri, menyerikan,

Puisi
 

Seri Panji gelaran paman,
     Menjadi ratu raja di Kedah;
Bulan tinggi jauh pandangan,
     Hamba di bawah menumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(29)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tiang seritiang seriKesenianHiasan DalamanTiang utama di dalam rumah tradisional Melayu. Tiang ini merupakan tiang pertama yang didirikan semasa pembinaan rumah, biasanya terletak di tengah rumah. Tiang seri dibuat daripada kayu pokok keras yang matang dan terpilih. Di sesetengah tempat yang mengikut adat, tiang seri akan diasap dan disertai dengan jampi serapah oleh tukang rumah sebelum dan semasa tiang didirikan.
potong seri kayapotong seri kayaKesenianTiadaMotif tenunan berunsur makanan berbentuk potongan kuih seri kaya.
tie breaker in jump eventsseri acara lompatSukanTiadaPerihal jika berlakunya seri, atlet yang mempunyai percubaan yang terkurang di peringkat seri diisytiharkan sebagai pemenang; sekiranya seri lagi, peserta yang mempunyai jumlah kegagalan yang paling sedikit dalam pertandingan tersebut termasuk ketinggian terakhir, diisytiharkan sebagai pemenang; jika melibatkan kedudukan pertama, peserta diberi sekali lagi percubaan pada ketinggian yang sama atau direndahkan sehingga salah seorang gagal dalam pertandingan tersebut. Seri pada tempat kedua dan ketiga tidak berubah.
seri uriseri uriSukanTiada1. Uri pemusing dan pemangkah mati serentak.
seri menanti(Br.)seri menanti(Br.)KesenianTiadaCorak anyaman bermotif lipuh secara selari serong yang bertimbal balik hingga membentuk motif kinuai.
tie breaker in other field eventsseri acara padang yang lainSukanTiadaPerihal seri dalam acara padang yang lain. Jika berlakunya seri di suatu kedudukan, prestasi yang kedua terbaik diambil kira bagi menentukan kemenangan.
charmpuisi pujaKesusasteraanPuisiPuisi tradisional atau puisi moden yang tema dan persoalan serta nadanya mengarah kepada pemujaan. Bentuknya kerap digunakan dalam mantera, jampi dan serapah. Contohnya, seperti mantera di bawah. Seri Dangomala, Seri Dangomali ! Hendak kirim anak sembilan bulan; Segala inang, segala pengasuh; Jangan beri sakit,jangan beri demam; Jangan beri ngilu dan pening; Kecil menjadi besar; Tua jadi muda; Yang tak kejap diperkejap; Yang tak sama dipersama; Yang tak hijau diperhijau; Yang tak tinggi dipertinggi; Hijau seperti air laut; Tinggi seperti Bukit Kaf.
F.I.T.A. roundpusingan F.I.T.A.SukanTiadaSatu pusingan yang terdiri daripada 4 jarak, tiap jarak terdiri dari 12 seri, dan tiap seri terdiri dari 3 anak panah, sehingga satu pusingan harus dilepaskan/dilancarkan 144 batang anak panah, pada sukan memanah.
tie breaker in track eventsseri acara balapanSukanTiadaPerihal menentukan kemenangan bagi tempat pertama jika berlakunya seri di antara dua 2. orang atlet yang memerlukan gambar foto penamat atau catatan masa yang dibaca dalam kiraan 1/100 atau 1/1000 saat.
supernatural powerkuasa adikodratiKesusasteraanTiadaKemampuan melakukan sesuatu yang di luar kekuasaan manusia. Contoh: kemampuan tangan Seri Rama menjadi landasan untuk Hanuman melompat ke Langkapuri dalam Hikayat Seri Rama.
12345678

Kembali ke atas