Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.rong] | سيروڠ

Definisi : (sérong) 1. menyimpang dr arah yg lurus (garis dll), tidak tepat atau tidak lurus (letak, potongan sesuatu, dll): letak rumah-nya ~; batang itu mestilah dikerat melintang, tidak dipotong ~; jalan yg ~ a) jalan yg tidak lurus (ke barat, ke timur, dll); b) perbuatan yg salah (tidak sbg semestinya); kain ~ (bugis) sj cara memakai kain; memandang ~ a) memandang ke samping; b) menganggap tidak wajar; 2. ki tidak lurus hati, tidak jujur, curang: berlaku ~; menyerong tidak lurus arahnya (berjalan, memotong, dll), mencong: masukkan jarum ~ dr belakang; menyerongkan 1. menjadikan serong (letak, bentuk, dll), memencongkan: ~ jarum ke kiri; 2. ki menjadikan curang, me­mesongkan: kekayaan boleh ~ kebenaran; keserongan ki perihal serong (curang dll), kecurangan; penyerongan perihal menyerongkan se­suatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rong] | سيروڠ

Definisi : (sérong); ~ ekor sj ikan laut, Mugil dussumierii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.rong] | سيروڠ

Definisi : /sérong/ 1 tidak lurus atau tidak tepat letaknya; menyimpang dr garis atau dr arah yg lurus: Tulisannya ~ sedi­kit. 2 ki tidak jujur; tidak lurus hati­nya; curang. menyerong me­nyimpang dr arah yg lurus; bergerak serong. menyerongkan 1 meletakkan atau menjadikan serong. 2 ki melakukan sesuatu dgn curang; memesongkan. keserongan 1 keadaan serong. 2 kecurangan; ketidakjujuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serong (adjektif)
1. Bersinonim dengan pencong: herot, bengot, benyot, rencong, sayung, genjang, condong, mengok, mengot, senget, miring, sendeng, sadak, tuding, tubing, mendoyong, jeneng, gendeng, sondai, sinting, serendeng, reyok, melereng, ruyung, kencong, mencong, menceng, mengsol,
Berantonim dengan tegak

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tidak jujur, curang, tidak lurus, selingkuh, kongkalikong, palsu, pura-pura, culas, selingkuh,
Berantonim dengan amanah

Kata Terbitan : menyerong, menyerongkan, keserongan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sharpness anglesudut ketajamanPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Dalam pemotongan putaran, sudut di antara bahagian hadapan atau pemukaan serong hadapan pemotong atau gigi gergaji, dengan permukaan serong pertama atau permukaan serong belakang pemotong, atau permukaan serong belakang atau permukaan serong atas gigi gergaji. 2. Dalam potongan ortogonal, sudut di antara bahagian hadapan dengan belakang atau permukaan serong belakang mata pemotong.
silat serongsilat serongKesenianTiadaSilat berjuring yang berlekuk serong. Sinonim: silat sodok.
oblique visibilityketampakan serongMeteorologiMeteorologi PerhubunganJarak terjauh sesuatu objek boleh dilihat dengan jelas di sepanjang garis pandang yang condong terhadap garis mendatar. Ketampakan serong terbahgi kepada dua, iaitu ketampakan serong ke bawah dan ketampakan serong ke atas. Ketampakan serong ke bawah merupakan suatu unsur yang penting dalma operasi penerbangan, dan ia berbeza daripada ketampakan mendatar yang diukur pada permukaan bumi, disebabkan oleh perubahan pekali pemupusan atmosfera dengan ketinggian dan latar belakang bumi. Istilah ini juga disebut sebagai jarak pandang serong dan ketampakan sendeng.
oblique-slip faultsesar gelinciran serong , sesar serongGeologiTiadaSesar yang gelinciran bersihnya terletak di antara arah kecondongan dan arah jurus.
corak serongcorak serongKesenianTiadaCorak batik berunsur benda dan geometri bermotif parang dan berjalur serong.
oblique aerial photographfoto udara serong; fotograf udara serongGeografiTiadaTiada
zero bevel geargear serong sifarKejuruteraanKejuruteraan MekanikGear serong khas yang mempunyai gigi melengkung dan sudut pilinnya berdarjah sifar. Elemen kon muka gear ini tidak melalui pic puncak kon, tetapi hampir selari dengan tapak kon pasangan gear untuk menghasilkan kelegaan gigi yang seragam. Tapak elemen kon juga tidak melepasi pic puncak kon disebabkan cara gear ini dipotong. Gear ini digunakan untuk menggantikan gear serong lurus apabila gear serong terkeras berkejituan tinggi diperlukan, dan digunakan juga apabila peralatan jenis pilin sahaja yang ada untuk gear serong memotong. Gear ini dibuat menggunakan mesin yang sama dengan mesin untuk membuat gear serong pilin.
straight bevel geargear serong lurusMekanikGunaanGear serong yang giginya lurus. Lihat juga gear serong.
spiral bevel geargear serong pilinMekanikGunaanGear serong yang giginya melengkung dalam bentuk pilin. Lihat juga gear serong.
skew bevel geargear serong pencongMekanikGunaanGear serong yang giginya lurus tetapi paksinya tidak bersilangan. Lihat juga gear serong.
12345678910...

Kembali ke atas