Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ru.pa] | سروڤا

Definisi : 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warna­nya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn “House of Commons”; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ru.pa] | سروڤا

Definisi : 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Singapura serupa-rupa,
     Anak Bugis jalan bertiga;
Hendak lupa tak boleh lupa,
     Hitam manis dikenang juga.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai bulan empat belas.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa burak).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
mekanik secara terperinci dengan menghuraikan mekanik geomet- ri ke bentuk aljabar. (FIZ) analyzer (alat analisis) Peranti optik seperti prisma Nicol yang diletakkan dalam kanta mata suatu teleskop atau alat yang serupa dengannya untuk mengesan pengutuban caha- ya. (FIZ) anamorphosis (anamorfosis) Pembentukan segmen abdomen tambahan pada serangga selepas menetas dari telur, seperti pada serangga primitif. (BIO) analog interface anamorphosis Kamus Sains.indb anisotropic dielectric (dielektrik tak isotrop) Sifat fizik hablur yang bergantung pada arah medan elektrik luar atau arah rambatan gelombang elektromagnet. (FIZ) anisotropy (anisotropi) Perihal bahan yang tidak mempunyai sifat yang serupa pada semua arah. Umumnya bahan bergentian seperti kayu bersifat anisotropi. Contohnya, kayu pejal mempunyai kadar pengecutan dan pembengkakan yang tidak sama pada arah jejari, arah tangen dan arah memanjang. (HUT

Kembali ke atas