Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.tem.pat] | ستمڤت

Definisi : 1. satu tempat sahaja; 2. = setempat-setempat hanya mengenai sesuatu tempat sahaja, tidak menyeluruh; 3. di tempat itu sendiri: hikayat ini tersiar di daerah yg sangat luas biarpun dlm bentuk yg berlainan dan disesuaikan dgn keadaan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.tem.pat] | ستمڤت

Definisi : 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ayam kelabu pakai topi,
     Rotan selingkar jatuh ke lubuk;
Inilah air pembasuh kaki,
     Inilah tikar setempat duduk.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
local windsangin setempat (local winds)MeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin yang bertiup dalam kawasan terhad, dan disebabkan oleh keadaan tempatan yang berbeza daripada angin akibat kesan taburan tekanan, atau angin yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut keadaan setempat. Angin setempat dikelaskan kepada empat kumpulan utama; i) angin akibat kesan topografi setempat, seperti angin ngarai, angin genting gunung dan kosava; ii) angin antitriptik, seperti bayu laut, bayu darat, angin gunung dan lurah, dan pada skala yang besar angin fohn, cinuk, bora dan mistral; iii) angin tak stabil yang diakibatkan oleh pemanasan setempat, atau akibat aliran udara sejuk, seperti ribut debu, hab dan angin ribut petir; dan iv) angin kencang akibat gradien tekanan yang kuat atau akibat aliran yang tak terganggu di atas permukaan yang rata atau kedua-duanya, seperti khamsin, siroko, ribut salji, buran, dan purga.
local advertisingpengiklanan tempatanKomunikasiKorporatAktiviti mempromosi atau publisiti barangan atau perkhidmatan yang berlaku dalam persekitaran setempat.. Konsep setempat merujuk kepada sesuatu kawasan, wilayah, atau negeri yang mempunyai sistem kuasa pentadbiran tunggal. Setiap aktiviti promosi atau publisiti yang perlu menggunakan ruang di sesuatu kawasan harus akur dengan peraturan dan undang-undang tempatan. Selain menggunakan sepanduk, pepanji, dan undang tempatan. Selain menggunakan sepanduk, pepanji, dan iklan jalanan, promosi atau publisiti boleh dilakukan melalui media cetak atau media elektronik. Sekiranya promosi atau publisiti barangan atau perkhidmatan berkenaan menggunakan media cetak atau media elektronik, maka ruang lingukungan edaran dan siarannya terhad dalam lingkungan tempatan atau hampir dengan sumber pengedaran barangan atau perkhidmatan. Pengiklanan tempatan biasanya diamalkan oleh syarikat kecil yang mempunyai peruntukan publisiti dan promosi yang terbatas. Kadar pengiklanan ini biasanya lebih murah berbanding kadar pengiklanan nasional. Sasaran khalayak pengiklanan ini ialah mereka yang tinggal di persekitaran tempatan tersebut. Antara faktor yang menyebabkan pengiklanan ini terus digunakan ialah faktor budaya, serta keberkesanan dan kecekapan pengurusan kos. Walau bagaimanapun, tidak semua jenis barangan atau perkhidmatan sesuai menggunakan pendekatan ini terutama barangan atau perkhidmatan yang telah kukuh dan terkenal dalam pasaran. Contoh pengiklanan ini ialah aktiviti promosi dan publisiti yang berkaitan harta tanah, barangan kesihatan, komputer, sukan, perkhidmatan pelancongan, perbankan, dan hiburan.
local anestheticanestetik setempatFarmasiFarmakologiDrug yang digunakan untuk menghilangkan rasa sakit setempat dengan menghalang secara berbalik penghantaran impuls ke sistem saraf pusat. Pemberian drug ini tidak menjejaskan tahap kesedaran seseorang pesakit. Kesan setempat drug ini dipengaruhi oleh sifat, formulasi dan cara pemberiannya Druginiboleh disapu pada kulit atau membran mukus (anestesia permukaan), disuntik di sekitar hujung saraf deria (anestesia penyusupan), disuntik berdekatan 1runkus sarafbesar (anestesia sekat saraf), disuntik ke dalam ruang epidural (anestesia epidural) atau disuntik ke dalam ruang subaraknoid (anestesia spina).
local timewaktu setempatMeteorologiMeteorologi PerhubunganWaktu yang dihitung bermula pada waktu tengah hari, di setiap tempat, iaitu waktu matahari sebenar atau min matahari melintasi meridian. Perubahan waktu setempat berdasarkan pada min matahari, manakala perakam sinar matahari menunjukkan waktu setempat sebenar.
sedentary soiltanah setempatGeografiTiadaTanih yang terbentuk setempat melalui proses pereputan batuan dasar.
local rainhujan setempatMeteorologiMeteorologi PerhubunganLihat kerpasan setempat.
in situ hybridizationhibridisasi setempatPertanianAgroteknologiLihat kacukan setempat.
running on the spotlari setempatSukanTiadaBerlari setempat di tempat yang sama.
local actiontindakan setempatKejuruteraanTiadaKakisan elektrokimia yang disebabkan oleh tindakan sel-sel setempat.
local colour / regional literaturewarna setempatKesusasteraanTiadaKarya yang menggambarkan budaya setempat dari segi sejarah, bahasa, adat resam, pakaian, dan sikap termasuk bentuk geografi. Contohnya Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad.
12345678910...

Kembali ke atas