Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam Sungai Palembang, Tempat orang turun menjala; Sungguh ada senjata di pinggang, Tidak boleh ditikam saja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke bukit mencari inai, Inai tidak berbunga lagi; Sungguh ada sutera cindai, Cindai tidak berguna lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pacu kuda di tepi kolam, Rasa kendur baik direnggang; Sungguh ada senjata tajam, Tidak kupotong sebarang bawang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mandi kuda di tepi kolam, Sudah mandi bawa pulang; Sungguh ada senjata tajam, Mahu dihiris daging dan tulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bawa tombak bawa cermin, Rendang lada simpul pulih; Tengok gambar dalam cermin, Sungguh ada nak ambil tak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak sungguh kayu di paya, Ada sebatang pokok meranti; Banyak sungguh anak dara, Ada seorang berkenan di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak sungguh bintang meninggi, Ada satu bintang kejora; Banyak sungguh orang di sini, Cuma yang satu permainan mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan memetik rambai, Rambai ada di hujung dahan; Sungguh berpantun kita beramai, Berserah kita kepada Tuhan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan mendaki bukit, Bukit didaki terlalu tinggi; Sungguh cantik bulan terbit, Ada bintang baru berseri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sultan Mahmud mangkat dijulang, Bunyi khabar di Kota Tinggi; Sungguh tuan rimau garang, Ada juga tidak bergigi. |