Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Pergi ke bukit mencari inai,
     Inai tidak berbunga lagi;
Sungguh ada sutera cindai,
     Cindai tidak berguna lagi.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBerapa dalam Sungai Palembang, Tempat orang turun menjala; Sungguh ada senjata di pinggang, Tidak boleh ditikam saja.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke bukit mencari inai, Inai tidak berbunga lagi; Sungguh ada sutera cindai, Cindai tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPacu kuda di tepi kolam, Rasa kendur baik direnggang; Sungguh ada senjata tajam, Tidak kupotong sebarang bawang.
Kurik Kundi Merah SagaMandi kuda di tepi kolam, Sudah mandi bawa pulang; Sungguh ada senjata tajam, Mahu dihiris daging dan tulang.
Kurik Kundi Merah SagaBawa tombak bawa cermin, Rendang lada simpul pulih; Tengok gambar dalam cermin, Sungguh ada nak ambil tak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak sungguh kayu di paya, Ada sebatang pokok meranti; Banyak sungguh anak dara, Ada seorang berkenan di hati.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak sungguh bintang meninggi, Ada satu bintang kejora; Banyak sungguh orang di sini, Cuma yang satu permainan mata.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan memetik rambai, Rambai ada di hujung dahan; Sungguh berpantun kita beramai, Berserah kita kepada Tuhan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan mendaki bukit, Bukit didaki terlalu tinggi; Sungguh cantik bulan terbit, Ada bintang baru berseri.
Kurik Kundi Merah SagaSultan Mahmud mangkat dijulang, Bunyi khabar di Kota Tinggi; Sungguh tuan rimau garang, Ada juga tidak bergigi.
12

Kembali ke atas