Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.rih] | سوريه

Definisi : 1. coret panjang (lurus, bengkok atau melengkung), jalur kecil, garis, gores; 2. kesan atau jalan yg telah dilalui oleh sesuatu, bekas; ~ gelombang jalan yg diikuti oleh sesuatu gelombang; kertas ~ kertas nipis yg digunakan utk meniru peta dll yg diletakkan di bawah­nya; bersurih ada garisnya (bekasnya), bergaris, bergores; menyurih 1. melukis garisan, menggaris, menggores; 2. melukis peta dgn menggunakan kertas surih (peta asal diletakkan di bawah­nya); menyurihkan membuat garisan, menggaris­kan, menggaritkan, menggoreskan; ~ api­-api menggores mancis api; ~ jalan a) mencari akal (daya upaya); b) memberi petunjuk (petua); ~ percakapan memesongkan per­bualan; penyurihan (Kim) penggunaan bahan (biasa­nya radioaktif) utk mengesan taburan, per­jalanan, atau kedudukan sesuatu unsur, sebatian, struktur, dll dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh; penyurih 1. orang yg melukis peta dll (dgn meniru dr peta yg sedia ada); 2. (Kim) bahan (biasanya radioaktif) yg digunakan utk me­ngenal pasti atau mengesan struktur tertentu dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.rih] | سوريه

Definisi : garisan yg halus panjang; jalur kecil; coret: kertas ~ kertas tipis yg digunakan utk menyalin peta yg diletakkan di bawahnya. menyurih 1 membuat garisan; menggores. 2 menyalin atau menekap peta dgn menggunakan kertas surih. penyurih 1 orang yg kerjanya menyalin peta drpd peta asal dgn menggunakan kertas surih. 2 bahan pengesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.rih] | سوريه

Definisi : pertalian keturunan yg dpt disusur kembali; hitungan keturunan; salasilah; susur-galur. bersurih me­ngira-ngira atau menceritakan asal usul keturunan seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[su.rih] | سوريه

Definisi : jumlah yg sedikit (bkn unsur kimia dlm organisma dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surih (kata nama)
Bersinonim dengan garis, coret, gores, calar, corek, garit, larik, satar;,
Kata Terbitan : bersurih, menyurih,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kertas surihkertas surihKesenianTiadaKertas lut sinar untuk menerakan lakaran sebelum ditekap menggunakan karbon pada papan ukir.
trace mineralmineral surihMakanan dan PemakananPemakananMineral yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil berbanding dengan mineral utama dalam diet. Terdapat sembilan mineral surih, iaitu iodin, zink, kuprum, manganes, kromium, kobalt, selenium, molibdenum dan florida. Mineral surih dikenali juga sebagai mikromineral.
tracingpengesanan; penyurihan; surihanKesenianTiadaPenyurihan: Proses melakar dengan meniru lukisan asal menggunakan pensel atau alat tajam dan kertas surih atau kotak surih.
trace metallogam surihMakanan dan PemakananTeknologi MakananUnsur tak organik yang terdapat dalam makanan pada kuantiti yang kurang daripada 50 mg/kg. Logam surih yang penting dari segi pemakanan termasuk kobalt, kuprum, ferum, iodin, mangan dan zink. Sementara logam surih seperti aluminium, boron, kromium, nikel, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, timah, selenium dan fluorida tidak mempunyai kepentingan dari segi pemakanan malah merosakkan tubuh dan otak.
return tracesurih kembaliKejuruteraanTiadaSurih kelam yang terbentuk pada layar tiub sinar katod oleh alur dalam tempoh terbang balik. Sin: terbang kembali garis kembali.
detail paperkertas surihKejuruteraanTiadaKertas surih yang lut cahaya, biasanya tak berminyak.
tracing vellumvelum surihKesenianTiadaBahan surih yang dibuat daripada kulit binatang.
sawtooth edgeroda surih gerigiKesenianTiadaRoda surih yang bermata gergaji.
smooth edge tracing wheelroda surih licinKesenianTiadaRoda surih tanpa gigi, digunakan pada fabrik yang sukar untuk ditanda, seperti fabrik tipis dan ringan.
trace slipgelinciran surihGeologiTiadaKomposisi gelinciran bersih pada suatu sesar yang selari dengan surih satah indeks pada satah sesar.
12345678910...

Kembali ke atas