Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nya] | تاڽ

Definisi : 1. permintaan keterangan (penjelasan dll): tinggal di bawah lembah gunung ini aman rasanya, tidak ada orang mengambil tahu dan tidak banyak ~ jawab; 2. bp = bertanya: pd siapa boleh saya ~ tentang hal ini; ~ jawab soal jawab, temu ramah, wawancara; tanda ~ tanda soal (?); bertanya meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; ~ tahu bertanya meskipun sudah tahu; tum-pang ~ bp kata hormat sebelum meminta keterangan kpd orang lain; membunuh tiada ~ sl membunuh orang dgn tiada izin raja; bertanya-tanya berkali-kali atau berulang-ulang bertanya, bertanya ke mana-mana, saling bertanya antara satu dgn yg lain: saya duduk bercakap-cakap dan ~ khabar negeri Singapura; bertanyakan bertanya bkn sesuatu, me­minta keterangan mengenai sesuatu: maka aku pun ~lah hal negeri itu; menanya 1. = menanyai bertanya kpd: seorang guru sekolah tempatan ~ Profesor Arthur Lew satu soalan; 2. = menanyakan meminang, melamar: disuruhnya orang tua-nya ~ gadis itu; menanyai bertanya utk mengetahui sesuatu, bertanya kpd, bertanya utk memeriksa: tukang kebun itu terus mendekatinya dan ~ maksudnya; menanyakan 1. bertanya tentang sesuatu kpd, meminta keterangan tentang sesuatu kpd: temuilah doktor utk ~ apakah berpe­nyakit atau tidak; 2. meminang, melamar; mempertanyakan menimbulkan per­tanya­an, mempersoalkan: karyanya tidak men­gandungi implikasi yg secara radikal ~ peranan penulis; tertanya-tanya 1. kehairan-hairanan, dlm kebimbangan: ia juga ~ apakah takbir mimpinya itu; 2. asyik bertanya, selalu bertanya: anaknya yg dua orang itu sentiasa ~ tentang baju baru; pertanyaan 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; penanya orang yg bertanya (menanyai, menanyakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nya] | تاڽ

Definisi : ; ~ jawab soal jawab (dlm majalah dll); temuramah (dgn orang-orang kenamaan dll). bertanya meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. bertanya-tanya berulang-ulang atau berkali-kali bertanya: Ia ~ kalau-kalau ada orang yg tahu akan hal itu. menanyai bertanya kpd: Dia ~ kawannya ttg hal itu. menanyakan 1 bertanya ttg sesuatu; meminta keterangan ttg sesuatu: Dia pergi menemui doktor utk ~ nama penyakit itu. 2 meminta persetujuan seseorang perempuan utk dijadikan isteri; melamar; meminang: Dia menyuruh orang tuanya ~ gadis itu. mempertanyakan menimbulkan se­suatu yg ditanyakan; menjadikan sesuatu sbg bahan bertanya(-tanya); mempersoalkan: Kerana difikirkan ti­dak menjalankan tanggungjawab, orang ra­mai ~ peranan pihak berkuasa. tertanya-tanya 1 dlm keadaan bimbang (hairan dsb) dan seolah-olah bertanya-tanya dlm hati: Ia ~ apakah maksud mimpinya itu. 2 selalu bertanya; asyik bertanya: Anak kecil itu sentiasa ~ akan ibunya. pertanyaan 1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya. 2 sesuatu yg ditanyakan atau yg dipertanyakan: ~ yg sukar. penanya orang yg bertanya, menanyai atau menanyakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Kalau beli bunga selengkar,
     Tanya dulu berapa harganya;
Ibarat telur penuh sesangkar,
     Pecah sebiji pecah semua.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Bagai si pekak tertanya-tanya.

Bermaksud :

Sangat ingin mendengar khabar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya tahu kenapa ayat tanya dengan kata tanya dan ayat tanya mudah kerap digunakan di sesebuah novel?Untuk makluman, ayat tanya atau kata tanya yang digunakan dalam sesebuah novel atau karya sastera kreatif itu bergantung kepada kekreatifan seseorang penulis. Tidak ada sekatan atau kesalahan seandainya  diguna sekerap atau sekurang mana pun, asalkan sesuai pada cerita dan jalan ceritanya.Lain-lain08.09.2015
saya ingin bertanya tentang tatabahasa. berapakah jenis-jenis ayat tanya yang terdapat dalam penggunaan tatabahasa? dan apakah jenis-jenis ayat tanya tersebut? berharap agar pihak anda dapat memberi penerangan dengan lebih lanjut. kerjasama anda sangat saya hargai.Terima kasih.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Ali hendak ke mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk  Tatabahasa Dewan. 

 

 

Tatabahasa30.01.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar atau kecil selepas tanda soal dan penutup kata. Contoh : "Kenapa awak menunggu saya di sini?" Tanya Siti. Perkataan 'Tanya' tersebut sepatutnya 'Tanya' atau 'tanya'? Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam.

Sebelum ini puan ada bertanyakan soalan tanda seru dalam kata petik.  Sama juga kesnya, untuk contoh cakap ajuk ini:  "Kenapa awak menunggu saya di sini?" Tanya Siti.  Huruf "T" untuk perkataan "Tanya" sepatutnya huruf kecil.  Yang betul ialah: "Kenapa awak mengunggu saya di sini?" tanya Siti.
Lain-lain13.12.2014
Tukarkan ayat tanya biasa kepada ayat tanya songsang. 1. Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalam? 2. Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan bila? 3. Cawangan bank tersebut ada di Kuala Terengganu? ~(a)Adakah partikel-'kah' diperlukan? (b)Adakah kita boleh menukarkan ayat tanya tanpa ~'kah'? ~(c)sila berikan jawapan yang lengkap untuk kami (guru-guru bahasa Malaysia dari Sekolah Menengah Pay Fong, Melaka) membuat rujukan dan perbincangan selanjutnya, terima kasihAyat Tanya tanpa kata tanya, boleh disertai partikel tanya -kah, atau sebaliknya; dan partikel -kah diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Contohnya:
Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalam?
Ayah kamu masuk ke Pusat Rawatan Islam semalamkah?
Ayat tanya dengan kata tanya hadir dalam predikat ayat, seperti Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan bila? Ayat ini perlu menerima partikel -kah pada unsur yang dikedepankan, seperti Bilakah Mesyuarat agung PIBG itu akan diadakan?
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 441 - 448.
Tatabahasa19.02.2016
kenapa kata tanya hanya boleh digunakan dalam ayat tanya?kenapa kita perlu guna APA-APA tapi bukan APA dalam pembentukan ayat?Kata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. Apa digunakan dalam ayat tanya dan apa-apa digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa.Tatabahasa01.04.2013
Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" Tanya Arif kepada kawannya. munsyi, soalan saya ialah tanya atau Tanya lebih sesuai digunakan? TQEjaan yang betul ialah Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" tanya Arif kepada kawannya.Tatabahasa07.02.2012
"Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" Tanya Arif kepada kawannya. tuan saya keliru, adakah selepas cakap ajuk, Tanya atau tanya digunakan? TQBagi sebarang bentuk kata tanya sama ada menggunakan "kah" seperti bilakah atau tidak, seperti bila, hendaklah menggunakan tanda soal "?"Lain-lain05.02.2012
1. Jawapan yang mana satu betul ? a) "Mainon, mengapakah kelihatan sedih ?" tanya Katini. b) "Mainon, mengapakah kelihatan sedih ?" tanya Katini. Ayat ( a ) atau (b) yang betul ? 2. (a) "Mainon, mengapakah kelihatan bersedih ?" tanya neneknya. (b) "Mainon, mengapakah kelihatan bersedih ?" tanya neneknya. Ayat (a) atau (b) yang betul ? 3. (a) " hendak ke mana ?" tanya Puan Ros kepada anaknya. (b) " hendak ke mana ?" tanya Puan Ros kepada anaknya. Ayat (a) atau (b) yang betul 4. (a) "Lily, apa yang sedang lukis ?" tanya Rosie. (b) "Lily, apa yang sedang lukis ?" tanya Rosie. Ayat (a) atau (b) yang betul ? 5. (a) " Hadiah ini saya belikan untuk ," kata Encik Rahman kepada isterinya. (b) " Hadiah ini saya belikan untuk ," kata Encik Rahman kepada isterinya. Ayat (a) atau (b) yang betul ? 6.(a) "Mengapakah tidak datang ke sekolah semalam ?" tanya Cikgu Zainon kepada Ramesh. (b) "Mengapakah tidak datang ke sekolah semalam ?" tanya Cikgu Zainon kepada Ramesh. Ayat (a) atau (b) yang betul ? 7. Bagaimana menggunakan kata ganti nama diri awak dan kamu ? Dalam situasi apa (awak dan kamu ) digunakan ? Sekian,terima kasih.1. "Mainon, mengapakah kelihatan sedih ?" Tanya Katini. 
2. "Mainon, mengapakah kelihatan bersedih ?" Tanya neneknya. 
3. "Hendak ke mana?" Tanya Puan Ros kepada anaknya. 
4. "Lily, apakah yang sedang anda lukis?" Tanya Rosie.
5. "Hadiah ini saya belikan untuk ...," kata Encik Rahman kepada isterinya. 
6. "Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah semalam?" Tanya Cikgu Zainon kepada Ramesh. 
7.  Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua yang sama maksudnya, namun dalam konteks rasmi perkataan anda dan kamu lebih sesuai digunakan.
Tatabahasa10.04.2014
Salam sejahtera. Kedua-dua ayat di bawah ialah ayat tanya tanpa kata tanya? Sekian. 1. Adakah air hujan di dalam tangki itu banyak? 2. Tahukah anda air hujan itu untuk menyiram pokok?Ya. Ayat tanya tanpa kata tanyaTatabahasa04.08.2021
Salam sejahtera, Tuan/puan, Biasanya kata tanya yang digunakan adalah seperti bagaimanakah atau mengapakah untuk membina ayat tanya. Bolehkah kata tanya digunakan tanpa -kah seperti dalam ayat berikut? Terangkan bagaimana/mengapa penebangan hutan menyebabkan perubahan iklim global. Minta penjelasan. Terima kasih.Ayat tanya ditandai dengan penggunaan partikel kah dan tanda tanya. Perkataan terangkan lazimnya digunakan bagi meminta sesuatu penjelasan bukannya pertanyaan, seperti terangkan bagaimana penebangan hutan menyebabkan perubahan iklim global.Tatabahasa02.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas