Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.duh] | تدوه

Definisi : 1. sudah beransur kurang, tidak kencang lagi, reda (angin, ribut, ombak, dll): maka ribut itu pun ~lah; 2. sudah beransur kurang, sudah berhenti, sidang (hujan): teman-temannya sedang berbual-bual sambil menunggu hujan ~; 3. terlindung drpd panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap: jika kita berdiri di tempat yg ~ kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya; 4. tidak hujan (cuaca), muram (matahari), redup, suram: matahari sudah mulai ~; 5. ki aman, tenang; Lautan T~ Lautan Pasifik; lagi ~ lagi berkajang, lagi terang lagi bersuluh prb memilih yg sebaik-baiknya (memilih menantu dll); berteduh 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; hujan tempat ~, panas tempat berlindung prb orang yg selalu mem-berikan pertolongan kpd orang banyak dlm segala hal; meneduh Jk berteduh; meneduhi melindungi, menaungi: anjung yg terbuka diteduhi oleh bidai putih hijau; meneduhkan 1. meredakan, menghentikan, menenangkan (hujan, ribut, dll); 2. menjadikan terlindung drpd panas matahari: dia ~ basikalnya di bawah pokok yg rendang itu; 3. membawa ke tempat yg teduh;keteduhan 1. perihal teduh, keredaan, ke-tenangan, kelindungan; 2. terlindung drpd hujan atau panas matahari: sudah hampir pukul lima, bangku tempat mereka duduk ~ pula; peneduh sesuatu yg boleh menyebabkan terlindung drpd panas matahari, hujan dsb: sekitar masjid dihiasi dgn pokok ~ dan bunga-bungaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.duh] | تدوه

Definisi : 1 sudah beransur kurang; reda (bkn hujan, ombak, ribut dsb): Mereka pun berbual-bual sambil menanti hujan ~. 2 terlindung drpd panas matahari; tidak kena panas matahari: Mereka berdiri di tempat ~ di bawah pokok yg rendang. 3 ki aman; tenang. berteduh 1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik, dia pun ~ di bawah pohon beringin. 2 ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb. meneduhkan 1 menjadikan teduh; menghentikan atau meredakan hujan, ribut dsb. 2 memberikan perlindungan drpd matahari, hujan dsb; membawa ke tempat teduh. keteduhan 1 keadaan teduh; keredaan; ketenangan. 2 tidak kena hujan, panas dsb; di tempat teduh. perteduhan tempat berteduh; (tempat) perlindungan. peneduhan perbuatan atau perihal meneduhkan. peneduh alat atau sesuatu yg me­neduhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teduh (adjektif)
1. Bersinonim dengan beransur kurang: reda, sidang, redup,
Berantonim dengan lebat

2. Bersinonim dengan redup: muram, suram,
Berantonim dengan cerah

3. Bersinonim dengan aman: tenang, damai,

Kata Terbitan : berteduh, meneduhi, meneduhkan, keteduhan,

Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Hilang kabus,
     teduh hujan.

Bermaksud :

Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Terang kabut, teduh hujan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lee wavegelombang teduh anginSainsHidrometeorologiSistem gelombang udara pegun (gelombang pegun) yang terbentuk dalam keadaan tertentu di sisi teduh angin bukit atau gunung yang menjadi penghalang kepada angin. Kewujudan angin sedemikian kadang kala ditunjukkan dengan adanya awan hampir dengan puncak gelombang (awan gelombang teduh angin). Kepanjangan gelombang teduh angin, iaitu jarak antara puncak-puncak gelombang teduh angin, iaitu jarak antara puncak-puncak gelombang yang bersebelahan biasanya antara 4 - 40 km. Amplitud geljmbang teduh angin, iaitu separuh jarak tegakan dari palung ke puncak gelombang, amat kecil pada aras yang amat rendah dan amat tinggi dan mencapai maksimum pada aras pertengahan. Keadaan meteorologi yang sesuai untuk pembentukan gelombang teduh angin ialah; suatu lapisan udara stabil di antara lapisan kurang stabil bumi dan di aras lebih tinggi; angin dengan kelajuan sekurang-kurangnya 15 knot merentasi bahagian atas banjaran; dan kemalaran arah angin sehingga ke bahagian atas lapisan stabil. R.S. Scorer menyatakan keadaan yang diperlukan itu secara matematik sebagai pengurangan ke atas l2 seperti yang berikut, l2 = gb - 1 d2V) V2 V dz2 dengan b ialah kestabilan statik (q -1 suhu keupayaan dan z ketinggian); g pecutan graviti; dan V komponen kelajuan angin ke arah merentasi bukit. Rangkap pertama adalah lebih penting.
lee wavegelombang teduh anginMeteorologiMeteorologi PerhubunganSistem gelombang udara pegun (gelombang pegun) yang terbentuk dalam keadaan tertentu di sisi teduh angin bukit atau gunung yang menjadi penghalang kepada angin. Kewujudan angin sedemikian kadangkala ditunjukkan dengan adanya awan hampir dengan puncak gelombang (awan gelombang teduh angin). Panjang gelombang teduh angin biasanya antara 4 ? 40 km. Amplitud gelombang teduh angin amat kecil pada aras yang amat rendah dan amat tinggi dan mencapai maksimum pada aras pertengahan. Keadaan meteorologi yang sesuai untuk pembentukan gelombang teduh angin ialah suatu lapisan udara stabil di antara lapisan kurang stabil bumi dan di aras lebih tinggi; angin dengan kelajuan sekurang-kurangnya 15 knot merentasi bahagian atas banjaran; dan kemalaran arah angin sehingga ke bahagian atas lapisan stabil.
leewardteduh anginSainsHidrometeorologiArah teduh angin sesuatu titik yang menunjukkan arah bawah angin dari titik tersebut misalnya ke arah timur bagi angin baratan.
leewardteduh anginMeteorologiMeteorologi Perhubungan1. Bahagian bukit, gunung atau pulau yang terlindung daripada arah tiupan angin atau ombak. 2. Arah teduh angin sesuatu titik menunjukkan arah bawah angin dari titik tersebut misalnya ke arah timur bagi angin baratan.
lee currentarus teduhPerikananTiadaArus di bahagian permukaan air tenang atau arus lemah yang bersebelahan dengan arus permukaan air berkocak atau air deras. Kebanyakan ikan gemar bermain di antara sempadan air tenang dengan air berkocak kerana kawasan ini mempunyai banyak sumber makanan. Pemancing gemar memancing di kawasan arus teduh kerana umpan bulu kering mudah digunakan di kawasan ini bagi memancing ikan yang memakan umpan dengan cara menyedut, seperti ikan kaloi.
shadeteduh; lorek; kegelapanFizikTiadaTiada
shadeteduh; lorek; kegelapan; letauKomunikasi MassaTiadaTiada
shadeteduh; lorek; kegelapanGeografiTiadaTiada
shadeteduh; lorek; kegelapanMatematikTiadaTiada
shadeteduh; lorek; kegelapanPerubatanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas