Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.li.ti] | تليتي

Definisi : 1. cermat (melakukan sesuatu), hemat, saksama: kumpulan buku yg ada, hendaklah diselidiki dgn ~; 2. dgn sungguh-sungguh, hati-hati, waspada: gadis yg manis itu turut me­mer­hati dgn amat ~ benar; meneliti 1. memeriksa (mengkaji, menye­lidik) dgn cermat: mereka ~ pendidikan dan pengalaman kerja yg sudah kulalui; 2. me­mer­hati dgn sungguh-sungguh, memandang tepat-tepat; ketelitian perihal teliti, kecermatan, kesak­samaan: dia sedar tentang ~nya menjalan­kan tugas sbg seorang ketua parti; penelitian perihal (kerja dsb) meneliti, peng-kajian, penyelidikan, pemeriksaan; peneliti orang yg meneliti, penyelidik, peng­kaji, pemeriksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.li.ti] | تليتي

Definisi : 1 cermat dan hati-hati (melakukan sesuatu): Dia membaca soalan-soalan itu dgn ~ sebelum menjawabnya. 2 sungguh-sungguh (ketika melakukan sesuatu); cermat; hati-hati: Direnungnya muka anaknya dgn ~. meneliti 1 memeriksa atau mengkaji sesuatu dgn teliti. 2 memperhatikan dgn sungguh-sungguh; memandang dgn tepat. ketelitian keadaan atau hal teliti; kecermatan. penelitian perbuatan atau hal meneliti. peneliti orang yg meneliti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Sarap sehelai dituilkan,
     batu sebuah digulingkan.

Bermaksud :

Menyelidiki dan memeriksa sesuatu dengan teliti. tuil = buang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
precision agriculturepertanian telitiPertanianAgronomi

Konsep pertanian yang mengambil kira variasi dalam sesuatu kawasan pertanian dan memberikan input mengikut keperluan setempat. Pertanian teliti menggunakan teknologi kedudukan global, satelit dan sensor serta maklumat perancangan untuk mengakses dan memahami variasi yang ada.  Data maklumat yang dikumpulkan digunakan secara teliti untuk menilai dan  meramalkan penggunaan benih, baja serta input pertanian yang lain. Teknik ini juga penting untuk meramalkan pengeluaran tanaman dan mengurangkan kos input seperti baja dan air.

hypercorrect formbentuk lampau teliti/bentuk hiperkorekKesusasteraanTiadaPembetulan sesebuah naskhah yang terlalu teliti sehingga menghilangkan bentuk asalnya dan mewujudkan satu versi baru.
personal equationteliti peribadiSejarahTiada1. Telitian peribadi: Penyelewengan yang malar atau sistematik daripada hasil pemerhatian yang dianggap tepat bergantung kepada sifat-sifat pemerhati tersebut khasnya dalam penulisan sejarah.
hypercorrectlampau teliti/hiperkorekKesusasteraanTiadaKeinginan untuk mencari kebenaran sesebuah karya dan akhirnya malah merosakkan karya tersebut.
compulsive cleanerpencuci telitiSosiologiTiadaTiada
detail observationpemerhatian telitiKesenianTiadaTiada
meticulous detailperincian telitiKesenianTiadaTiada
please verifysila telitiEkonomiTiadaTiada
finesse fishingpancing telitiPerikananTiadaKaedah memancing dengan memasang lampu pada tali pancing semasa berada di kawasan perairan yang bergelora. Lampu yang dipasang akan menarik perhatian ikan walaupun aktiviti memancing dilakukan di kawasan air yang bergelora.
careful handlingpengendalian telitiPertanian OrganikTanaman Makanan-
123456789

Kembali ke atas