Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tempat perpuluhandecimal placeBilangan digit selepas titik perpuluhan bagi suatu perpuluhan. Contohnya, (i) 5.2 (1 tempat perpuluhan); (ii) 5.23 (2 tempat perpuluhan); (iii) 5.234 (3 tempat perpuluhan).Menengah Rendah
nilai tempatplace valueNilai bagi kedudukan digit dalam sesuatu nombor. Contohnya, nilai tempat 6 dalam 6934 ialah ribu dan nilai tempat 5 dalam 523 089 ialah ratus ribu.Menengah Rendah
nilai tempatplace valueNilai bagi kedudukan digit dalam sesuatu nombor. Contohnya, nilai tempat bagi digit 6 dalam nombor 6934 ialah ribu, dan nilai tempat bagi digit 5 dalam nombor 523 089 ialah ratus ribu.Menengah Atas
tempat perpuluhandecimal placeKedudukan digit di sebelah kanan selepas titik perpuluhan. Lihat ContohSekolah Rendah
nilai tempatplace valueNilai bagi kedudukan digit dalam sesuatu nombor. Lihat ContohSekolah Rendah
pintasaninterceptTitik tempat garis lurus atau lengkung memotong garis paksi.Menengah Rendah
lintasanpathLaluan tempat sesuatu objek bergerak. Lihat ContohMenengah Rendah
saonesNilai tempat bagi digit pertama dari kanan dalam sesuatu nombor bulat. Lihat ContohSekolah Rendah
ributhousandsNilai tempat bagi digit keempat dari kanan dalam sesuatu nombor bulat. Lihat ContohSekolah Rendah
ratushundredsNilai tempat bagi digit ketiga dari kanan dalam sesuatu nombor bulat. Lihat ContohSekolah Rendah
123

Kembali ke atas