Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
metastasis  Penyebaran sel kanser dari tempat metastasis bermula ke tempat lain dalam tubuh. Nanoteknologi digunakan untuk mengesan dan merawat metastasis sebagai ganti kepada pengunaan kemoterapi. Teknik ini termasuk dalam bidang nanoperubatan.
microfluidics  Bidang yang mengkaji ciri bendalir pada skala mikro yang berbeza dengan ciri pada skala makro. Ciri ini termasuklah ketegangan permukaan, pelesapan tenaga dan kelikatan bendalir. Bidang ini penting dalam pembuatan alat automatik operasi kimia yang bersaiz kecil. Dalam bidang perubatan, kajian ini digunakan untuk memindahkan sel dari satu tempat ke tempat lain menggunakan saluran berisi cecair.
nanoscale synthesis  Sintesis yang berkaitan dengan penghasilan nanostruktur dengan geometri khusus dan pada tempat tertentu di atas suatu permukaan substrat. Sintesis ini juga melibatkan sifat kimia dan komposisi molekul yang digunakan. Kaedah yang biasa digunakan dalam sintesis ini ialah kaedah kimia, pengewapan laser, termolisis, dan kaedah denyutan laser.
crosslinked polymer  Bahan polimer yang mengandungi rantaian yang bertaut dengan rantai polimer yang sama pada tempat yang berlainan atau dengan rantai polimer yang berlainan menerusi ikatan kovalens. Polimer ini dapat membentuk sangkar untuk mengurung nanozarah bagi tujuan tertentu seperti perubatan.
double decomposition  Tindak balas penguraian antara dua sebatian yang berlaku dalam larutan. Setiap sebatian saling bertukar tempat untuk membentuk dua sebatian baharu melalui proses pertukaran ion/radikal. Tindak balas ini terdiri daripada dua jenis iaitu tindak balas pemendakan dan tindak balas neutralisasi. Pepejal akan terbentuk hasil daripada tindak balas pemendakan.
acceptor  Unsur atom kumpulan III, seperti Al dan Ga yang mempunyai tiga elektron dalam petala valensi dan mengambil tempat atom Si dalam hablur semikonduktor Si. Oleh sebab atom penerima ini memerlukan empat elektron valens untuk mengikat dengan atom Si jiran terdekat dalam tetrahedron, atom ini menerima satu elektron daripada jalur valens Si dan meninggalkan satu lohong pada bahagian atas jalur ini. Kewujudan lohong ini dapat mengubah sifat elektronik bahan semikonduktor Si, seperti peningkatan kekonduksian elektrik.
smart drug  Ubat yang dihasilkan menggunakan teknologi reka bentuk molekul dan nanobiologi yang dapat bertindak secara berkesan di dalam tubuh, di tempat dan pada masa yang diperlukan. Contohnya, ubat penenang dan ubat terapi molekul DNA.
siderophore  Molekul yang mengikat dan mengangkut ion besi Fe3+, dalam organisma atau tumbuhan. Ion besi mempunyai kelarutan yang rendah pada pH neutral dan tidak dapat digunakan oleh organisma atau tumbuhan. Molekul ini melarut ion sebagai kompleks Fe3+ dan seterusnya diangkut ke tempat yang dikehendaki.

Kembali ke atas