Sungguh indah Tanjung Lumpur, Tempat lalu kapal dagang; Hati gundah rasa terhibur, Budi yang baik punca kenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Pantai teluk terlalu indah, Tempat lalu perahu payang; Berjanji mulut memang mudah, Menepati janji sangatlah jarang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Budak-budak main ke tambak, Tempat lalu kereta kuda; Musim buah rambutan masak, Mengapa limau bertaruk muda? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pergi ke hutan pasang pelantik, Jaga denai tempat lalu; Tuah ayam tengok sisik, Tuah orang mana tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sifat kayu bertinggi rendah, Di sanalah tempat angin lalu; Adat Melayu berhati rendah, Di sanalah tempat beraib malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukit Kalong jalan ke Kedah, Tempat orang menumpang lalu; Minta tolong kepada Allah, Nak ambil juga pelepas malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |