Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rumah atau tempat yg didiami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Mana tiku mana piaman,
     Batu kecil kiliran padi;
Tinggal kampung tinggal halaman,
     Tinggal tepian tempat mandi.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bertilam pasir.

Bermaksud :

Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SARANG

Sarang ialah tempat yang disediakan oleh haiwan

untuk membesarkan anaknya. Lihat juga Burung

(Membina sarang; gambar: Jenis sarang burung) ;

Haiwan (Tempat tinggal); Lebah (koloni lebah

madu); Penyengat; Semut (Sarang); Sup sarang

burung; Tebuan; Tupai (tempat tinggal) .

UMUM 
DUNIA

Dunia ialah planet bumi yang dipandang

istimewa sebagai tempat tinggal manusia dan

hidupan lain. Bumi hanyalah salah satu daripada

elemen yang tidak terhingga bilangannya di alam

sejagat ini.

UMUM 
SULGRAVE MANOR

Sulgrave Manor ialah sebuah estet di

Northamptonshire, England, yang dianggap sebagai

tempat tinggal nenek moyang George Washington,

presiden pertama Amerika Syarikat. Keluarga

Washington memiliki estet ini dari tahun 1539 hingga

tahun 1610 apabila Robert Washington dan anak

lelakinya, Lawrence, menjualnya. Lawrence

Washington membina rumah manor tersebut pada

tahun 1500-an. Pada tahun 1914, kerajaan British

membeli rumah tersebut bagi merayakan 100 tahun

perdamaian antara Great Britain dengan Amerika

Syarikat. Rumah tersebut masih lagi terpelihara

dengan sempurna. Pertubuhan-pertubuhan patriotik

Amerika membantu melengkapkan rumah tersebut

dengan perabot dan membaiki bahagian dalam

bangunan itu.

UMUM 
NAZARETH

Nazareth (pend. 45 600) ialah sebuah bandar di

utara Israel. Untuk lokasi, lihat Israel (peta politik).

Ia merupakan tempat tinggal Jesus Christ semasa

mudanya. Bandar ini terletak di Galilee, provinsi

Rom (lihat Galilee ).

UMUM 
SCANDINAVIA

Scandinavia ialah nama yang sering diberikan

kepada semenanjung di Norway dan Sweden.

Walau bagaimanapun, Scandinavia sebenarnya

merujuk kepada negara tempat tinggal orang

Scandinavia. Negara tersebut termasuk Denmark,

Norway, dan Sweden. Negara-negara ini termasuk

Finland dan Iceland membentuk Norden . Negaranegara

Norden selalu menimbulkan kekeliruan

dan dirujuk sebagai Scandinavia.

UMUM 
TAMAN NEGARA MESA VERDE

Taman Negara Mesa Verde ialah satu kawasan

taman di Amerika Syarikat. Ratusan tahun dahulu,

Orang Asli Amerika membina tempat tinggal di

tebing kawasan penara tinggi di sepanjang tembok

ngarai, yang merupakan sebahagian daripada

dataran tinggi terbesar di barat daya Colorado,

Amerika Syarikat. Sebahagian daripada kawasan

petempatan cenuram masih lagi wujud sehingga

kini. Pada tahun 1906, Kongres Amerika Syarikat

telah memperuntukkan kawasan ini sebagai taman

negara. Taman ini dinamakan Mesa Verde

(perkataan Sepanyol bererti meja hijau ), kerana ia

dipenuhi oleh hutan pokok juniper dan pokok pain

piñon.

UMUM 
ARTIFAK ISLAM

Artifak Islam. Tinggalan purba pada umumnya

bermaksud benda-benda yang dibuat oleh

manusia atau digunakan oleh manusia berupa

tempat tinggal, perkakas rumah, alat-alat dan

kesenian yang kemudiannya ditinggalkan kerana

peredaran zaman. Sejak dahulu lagi, manusia

sudah tahu menghargai barang-barang purba. Ini

kerana menghargai barang-barang purba, menjaga

hak milik dan mengingati tuan punya, serta

menikmati kecantikan mempunyai hubungan yang

erat dengan kecenderungan dan naluri manusia

yang ingin memilikinya, menikmati keindahannya

serta ingin mengetahuinya.

UMUM 
QANAAH

sifat berpada-pada iaitu berpuas hati atau reda dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki, yang dapat memenuhi keperluan hidupnya sama ada dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain

AGAMAKonsep
SURAH AL-AHQAF

Surah al-Ahqaf ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-46 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an al-Karim dan mengandungi

35 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ahqaf

kerana ia merupakan tempat tinggal kaum ‘Ad yang

dibinasakan oleh Allah S.W.T. disebabkan

kezaliman dan keangkuhan mereka. Tempat tinggal

mereka di al-Ahqaf ini terletak di Yaman. Firman

Allah S.W.T. yang bermaksud:

Dan ingatlah peristiwa(Nabi Hud) saudara kaum

‘Ad, tatkala dia memberi peringatan kepada

kaumnya yang tinggal di lembah al-Ahqaf.”

(Surah al-Ahqaf 46:21)

UMUM 
TANAH JAJAHAN

Tanah jajahan ialah petempatan yang ditubuhkan

oleh sesuatu kumpulan penduduk di luar negara asal

mereka, tetapi tetap diperintah oleh tanah air mereka.

Tanah jajahan ditubuhkan dengan tujuan untuk

mencari lebih banyak kawasan yang dapat dijadikan

tempat tinggal agar dapat mengurangkan tekanan

kepadatan di tanah air mereka, untuk meningkatkan

perdagangan dengan mencari pasaran bagi barang-barang

buatan, untuk mendapatkan sumber bahan

mentah, untuk melindungi kepentingan ketenteraan,

dan untuk meningkatkan prestij negara ibunda.

Hampir separuh daripada negara anggota

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas

tanah jajahan yang mendapat kemerdekaan sejak

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
123456

Kembali ke atas