Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tentu1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur: belum ~ dia datang hari ini; bas itu tidak ~ tibanya, adakala lambat adakala cepat; 2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang: ~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza; 3. tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti: ~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu; bertentu 1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan (dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3. berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding: Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang saudagar; bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang; bertentukan sl mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok): setelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat; menentu; tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dll), tidak tentu; menentui Mn 1. memeriksa (supaya ke-tahuan), mengusut, menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll), menjenguk; 4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan; menentukan 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; tertentu 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mem­punyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebut­kan namanya (tempat-nya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu mem­ecah-belahkan rakyat; ketentuan 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetap-an: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), ber­aturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga; berketentuan; tidak ~ a) tidak ada ke­ten­tuannya, tidak mendapat sebarang keputus­an, tidak ada kepastian: rundingan kita tadi tidak ~ lagi; b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk: buku-buku tidak ~; ketidaktentuan perihal (keadaan dsb) yg tidak tentu, ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam; penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan; penentu yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan P~ segala kejadian.Kamus Dewan Edisi Keempat
tentu1 tidak berubah-ubah; sudah pasti; sudah tetap: Belum ~ dia akan datang. 2 tidak ragu-ragu lagi; mesti: ~ mereka gembira apabila mendengar berita itu. menentu; tidak ~ tidak teratur atau tidak tetap; tidak tentu. menentukan 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. tertentu 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. ke­tentuan sesuatu perkara yg sudah ditentukan; ketetapan. berketentuan ada ketentuannya; ada ketetapannya. penentuan perbuatan atau hal me­nentukan. penentu sesuatu atau sese­orang yg menentukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tentu1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini.Kamus Pelajar
maklum1. sudah tahu, sudah mengerti, faham, mengerti, mengetahui: kamu semua sudah sedia ~ bahawa perjumpaan ini adalah yg terakhir utk tahun ini; 2. = maklumlah tahu sahajalah, sudah barang tentu, tentu sudah tahu: ~ aku ini orang miskin; ~ balas maklumat yg diterima kembali sbg menjawab pertanyaan (soal selidik dsb atau sbg reaksi dsb sesuatu tindakan (kegiatan, keputusan, dsb); memaklumi memahami, mengetahui: aku harap kamu semua telah ~ perkara ini; memaklumkan 1. membuat maklum, men­jadikan maklum, memberitahukan, mengkha­barkan, menyatakan: ia datang hendak ~ hal ehwalnya; dipermaklumkannya yg ia hendak membalas kematian isterinya itu; 2. mengumumkan sesuatu (keputusan dll), menyatakan (perang dll), mengisytiharkan (kemerdekaan dll): mereka ~ perang dgn Belanda; termaklum sudah dimaklumi, sudah dike­tahui;makluman apa-apa yg dimaklumkan, pem­beritahuan;pemakluman pengumuman, pengisytiharan,penyataan;pemaklum orang yg memaklumkan sesuatu,orang yg memberikan makluman.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertentu1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan (dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3. berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding: Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang saudagar;Kamus Dewan Edisi Keempat
ketentuan1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetapan: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), ber­aturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga;Kamus Dewan Edisi Keempat
mudik1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik: marilah kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun dll); sehilir se~ setuju, sepakat; belum tentu hilir ~nya prb belum tentu ke­putusan atau kesudahan sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu maksud atau niat hen­daklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat; bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke; memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo; memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg deras, ia tidak dapat ~ perahunya; termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera mar-hum yg mangkat di Buantan.Kamus Dewan Edisi Keempat
satu1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
raban; bahasa ~ ark bahasa (cakap) yg tidak tentu (tidak keruan), bahasa yg bercampur aduk; meraban 1. mengigau, merepek; 2. berke­lakuan (berperangai) tak tentu arah: ia pun berjalanlah ~ dgn tiada tentu arah tuju­annya; jangan engkau ~ dlm kampung ini, nanti kepala engkau diketuk orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
tentu1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas